Zulhijjah~ Kembali Kepada ALLAH secara SUKARELA....

Kini telah  masuk tanggal 2 Zulhijjah 1435.
Semua  umat Islam amat disarankan agar perbanyakkan bertahlil, bertakbir, berzikir mengingati Allah.
Hadis  daripada Ibn Abbas telah berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda  yang bermaksud;

 "Tiada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah daripada hari  sepuluh ini (1-10 Zulhijjah), maka perbanyakkanlah  daripadanya tahlil dan takbir, maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, takbir dan zikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya  digandakan 700 kali ganda"  ( HR Al Baihaqi)

Post  kali ini ditujukan khusus kepada para sahabat, sahibah dan saudara mara, rakan taulan serta kenalan yang sudah berada di tanah suci menunaikan Haji.
 Mabruq buat kalian semua  kerana Allah izin kalian dapat  hadiah istimewa menjadi tetamu Allah pada  musim 'HAJI AKBAR!" (Wukuf di Arafah jatuh pada  hari Jumaat). 

Umat Islam yang tidak menunaikan haji di sunatkan berpuasa pada  hari wukuf  di Arafah.Hari Sabtu  sudah dikira hari raya Qurban walaupun Malaysia  menyambut  hari Raya Qurban pada  hari Ahad.Sebahagian ulama' khususnya Dr Harun Din berpendapat  sedemikian..Kalau nak berpuasa hari Arafah, ikut hari wukuf iaitu pada hari Jumaat..hari Sabtu jemaah jin  sahaja yang ada di Arafah. Jemaah Haji sudah ke Mina.Tergelak ibu membaca postnya di FB

Masalah khilaf ini bolehlah rujuk  link berikut;  http://www.dakwatuna.com/2014/10/02/57710/berhari-raya-dan-berpuasa-bersama-pemerintah-dan-mayoritas-manusia/#axzz3F3pGOy8R
Jika masih tidak  sehaluan dengannya, tepuk  dada tanya Iman, ikut keyakinan di hati yang dekat dengan Allah. Senang cerita puasa sahaja Jumaat dan Sabtu nanti. Banyak hikmah  dengan adanya kekhilafan ini, saling menghormati perbezaan pandangan, menjaga ukhuwwah dan ibadah bertambah.

Didoakan semoga para tetamu Allah kali ini dikurniakan Haji yang mabrur dan doa yang dimakbulkan. Mudah-mudahan doa kalian untuk umat Islam sedunia khususnya di Gaza, Syria, Mesir, Iraq, Aghfanistan dan Rohingya lebih makbul. Insya Allah doa kalian bakal  menyatukan hati pemimpin umat Islam sedunia membela mereka yang dizalimi di mana saja seluruh pelusuk dunia....
 "YA Allah permudahkan urusan mereka  semua kembali kepada-MU dengan kerendahan hati dan sukarela hanya  mengharapkan redha-MU"

Nostalgia Musim Haji tahun 1998 dan tahun 2008 yang tidak dapat dilupakan selamanya  ketika kami dapat  berkumpul beberapa kali di bumbung Masjidil Haram bersama  sahabat dan sahibah satu Malaysia. Ada input tarbiyah dan saling  bertaaruf  sentiasa  mengingatkan agar kembali kepada Allah secara sukarela memenuhi konsep  Haji  yang Allah kehendaki....
Semoga pertemuan seperti itu masih diteruskan lagi khususnya oleh generasi anak cucu cicit sampai Kiamat, menambah hikmah dan  mengeratkan ukhuwwah. Kenangan indah yang sungguh menginsafkan. PASRAH kembali kepada  Allah  secara sukarela..


Ibn Arabi dalam bukunya Al-Futuhat  al - Makkiyah  ada menyebut;

"kita akan kembali kepada Allah dengan cara berbeza. Ada yang kembali dengan cara terpaksa, tetapi setuju atau tidak, kita semua akan kembali kepada Allah  yang kita sebut sebagai mati. Ada pula dengan cara yang lain, iaitu dengan sukarela. Kembali seperti inilah yang dilakukan oleh jemaah haji. Dengan kata lain, melaksanakan ibadah haji  bermakna kita kembali  dengan sukarela untuk memenuhi panggilan Allah"

Allah beri manusia akal untuk berfikir sebagai penasihat  kepada Raja (Hati). Akal yang matang  berfikir membuat pilihan untuk membahagiakan  'Raja' selamanya. Akal yang tidak matang berfikir (malas belajar) secara tidak sedar telah menyiksa Raja agar menderita selamanya.. 

Allah beri kita peluang untuk berfikir samada untuk memilih kembali kepada Allah secara sukarela atau kembali kepada  Allah  secara terpaksa!

Berfikir diiringi dengan mengingati Allah dianggap sebagai zikir membuahkan pahala dan amal soleh. Buah fikiran  seperti  ini akan mendorong  kita merancang membuat pilihan  dengan  pilihan yang  Allah redha.  Pilihan ini membuahkan  kehidupan  yang bahagia selama-lamanya di dunia dan akhirat.

Pilihan memang banyak. Pilihan orang berfikir ikut iman dengan  orang yang berfikir ikut nafsu amat jauh beza. 
Pilihan orang berfikir dipandu oleh malaikat juga amat jauh beza dengan pilihan orang yang berfikir dipandu oleh hawa nafsu yang membenarkan syaitan menjadi penasihat.
Terima kasih kepada  yang mengingatkan saya dengan kata-kata indah ini..

Pilihan dipandu oleh  IMAN membuahkan ketenangan, sentiasa bersyukur, seronok bersama Allah, jiwa sentiasa tenteram dan rasai kemanisan hidup yang abadi. Perbaiki  diri sentiasa  menjadi agenda  utama kehidupannya..

Sebaliknya pilihan dibuat oleh nafsu ikut bisikan syaitan dipanggil ego..Orang Ego tidak pernah rasa puas dengan kerakusan, tamak haloba dan mementingkan diri sendiri. Jiwa tak pernah rasa  tenang, dihantui rasa takut, serba tidak cukup  dan bakal  menderita sepanjang hayat jika tidak bertaubat. Menyalahkan orang  lain menjadi agenda  utamanya  untuk merosakkan dirinya  sendiri..

Jangan diturutkan atau bermegah dengan istilah EGO kerana itu adalah  hasil ciptaan insan yang tidak beriman bernama Sigmund Freud yang sememangnya menjadi agen syaitan ditugaskan untuk menjauhkan kita semua dari Allah SWT.
Macam syabab yang rajin bangun malam nak tengok bola, sebenarnya  yang minat tegok bola adalah hawa nafsunya  bukan  imannya. Imannya suka tahajjud. Kalau tidak dididik  hawa nafsu itu menjadi Qorin. Cara nak lemahkan Qarin, betulkan niat  dahulu, qiamulail untuk bertahajjud..

Semua manusia termasuk ibu pernah lalui pengalaman deritanya menyuburkan 'ego' atau angkuh dalam diri. Allah beri terlalu banyak peluang bertaubat setelah melalui pengalaman pedih itu seketika agar dapat share pengalaman dengan insan lain betapa ruginya bila ego dibelai dan dibela. Cukuplah merasai penderitaan itu sekejap tetapi jangan biarkan berlarutan  atau sampai menderita selamanya. 
Kembalilah kepada Allah secara sukarela..
Bagaimana  Caranya?

"Tundukkan hati! Tundukkan hati! Tundukkan hati!
Rendahkan hatimu...Rendahkan hatimu..Rendahkan Hatimu
Doa mohon Allah SWT suluh setiap sudut  hati dan   buangkan segala penyakit-penyakit hati, sebab hanya DIA  sahaja yang Maha Tahu segala penyakit hati kita..
Ingat Mati! Ingat Mati! Ingat Mati!
Ini  di antara bisikan-bisikan yang amat berkesan untuk memadam kuasa ego dalam diri..
Hakikat sebenarnya budak nakal itu perlu dijinakkan! Siapakah budak nakal itu?
Jawapannya adalah hawa nafsu yang selalu menipu daya..Hanya kekuatan Iman yang mampu menundukkan 'kedegilan hawa nafsu' diketuai oleh Qorin menjadi rakan karib syaitan.

Pengalaman singkat menaiki pesawat Firefly ke  Alor Star..  
Sudah sampai di udara Alor Star tapi tidak boleh mendarat  kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan pada 25 September 2014, hari Khamis malam Jumaat lalu. Insiden ini amat menginsafkan..
Teringat MH 17 TERHEMPAS selepas ditembak dan semua terkorban menemui Allah secara terpaksa. Semoga Allah himpunkan roh mereka bersama para syuhada dan para solehin di alam barzakh sana..
Mungkinkah pesawat yang kami naiki ini juga akan terhempas? 
Tenanglah wahai hati, bersedialah  menanti ketibaan malaikat maut.. mengulang-ulang membaca dua kalimah syahadah.. 
Belum solat, cepat-cepat bertayamum sempurnakan solat Maghrib sambil duduk.
Kalau benarlah  sudah sampai saat kematian biarlah dalam keadaan  bersujud dan sudah menyempurnakan solat fardhu.
Wasiat sudah dikirim....
Sayangnya masih ada tetapi.... kerana ada sedikit lagi kerja yang belum selesai... sempat mengelamun berkomunikasi   harapan dan impian dengan Allah
Hasrat  ingin memartabat dan memperkasakan kerjaya pendidik taska setaraf atau lebih baik dari guru dan pensyarah. Pendidik Taska berhadapan dengan tempoh masa yang cukup berharga dalam kehidupan seorang insan, iaitu umur 0- 4 tahun. Jiwa mereka bagai sponge mudah menyerapapa sahaja didikan yang kita berikan kepadanya.Waktu ini bayi/ kanak-kanak  adalah 'buah hati' dan 'intan payung' di mana sahaja mereka berada. Mereka bersih dan tidak berdosa serta memang layak dilayan seperti 'raja' dengan penuh cinta dan kasih sayang. Mereka  adalah ahli syurga yang perlu diletakkan  di taman-taman syurga di dunia  lagi iaitu Taska  yang ada  pendidikan 'sibghah Allah'.
Ketika hati dan fikirannya  bersih inilah amat sesuai untuk install 30 juzu' bacaan Al-Qur'an , hadis dan pelbagai jenis bahasa  dalam keadaan bayi atau kanak-kanak itu happy dan ceria. Lebih awal di install, lebih kuat ingatannya menyimpan ilmu tersebut dalam CPU otaknya, Insha Allah mereka akan membesar dalam keadaan taat dan patuh macam malaikat.. TIDAK  DEGIL macam Syaitan. Nauzubillahi min Zalik.

Inilah impian yang terlintas di hati ketika saat genting itu..
Ya Allah  kalau benarlah  pesawat ini akan terhempas kuharapkan para pewarisku akan meneruskan impianku ini, menitis  air mata seketika....
Pasrah..Pasrah menanti saat kembali kepada  Allah secara  sukarela..redha ingin bersama roh para solehin dan para syuhada..

Alhamdulillah hati tetap tenang menanti  dalam istighfar, zikir dan doa . Kiri kanan depan belakang semua bertafakur berdoa dan berdoa...
Masih ada cetusan  dengan penuh harap hanya Allah yang dapat selamatkan kami.. 
Alhamdulillah..pesawat berpatah balik ke Subang Airport. Semua tersenyum puas..selamat!

Sampai tempat  transit, ibu hubungi sahibah Alor Star yang sudah menanti di lapangan terbang Alor Star... jawapannya sungguh indah "Allah belum izin..ujian  ini untuk kita semua.."
Tidak sampai satu jam kemudian selepas kami transit, pesawat itu kembali menghantar kami ke Alor Star..Syukur selamat mendarat..berpeluang berjumpa cucu yang amat dirindui, bersilaturahim dengan sahibah Alor Star, keluarga menantu dan pengusaha Taska di Alor Star dan  Pulau Pinang. Sambil Menyelam,  minum air... Manfaatkan peluang yang ada semaksimanya untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah.

Allah izin tugas sebagai kaunselor sentiasa bermanfaat di mana-mana, menceriakan hati  dua ibu tunggal di mana salah seorang, suaminya dipenjara sejak tahun 2000 di bawah akta ISA. 14 tahun mereka terpisah. Ibu turut belajar daripadanya menerima ujian itu sebagai hadiah dari Allah kerana Allah tawarkan peluang untuk  kita semakin dekat kepada-NYA secara sukarela.. 

Seorang lagi ibu tunggal , sudah kematian suami, amat solehah, tetapi tidak bekerja.Ibu kenalkanya dengan pengusaha Taska di Pulau Pinang dengan harapan dia terhibur bekerja di Taska  itu nanti.

 Bersama  anak-anak gadis yang lebih matang dari usianya...Bijak memilih kerjaya
Pengalaman paling indah menyorot kembali nostalgia menaiki feri ke Pulau Pinang semasa belajar di  USM Minden tahun 1981-1982.

Empat jam bersama pengusaha yang berpengalaman 20 tahun mengurus Taska di Pulau Pinang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pengusha taska yang lain.. 
Lawatan sambil belajar ini banyak mempermudahkan urusan untuk sesiapa sahaja  ingin menaikkan taraf dan kualiti taska masing-masing..Insya Allah.. kami share gambar dalam group whats app 'Taska ANGKASA'. Macam-macam pembaharuan dapat kami kongsikan bersama melalui  group whats app ini.

Allah izin ibu sempat ajar pengusaha solehah itu Sefting diri kerana selalu menghidap Migrane.. Mujurlah ada dua orang adiknya sentiasa 'back up' kerjanya..
Samada selalu sakit  atau sihat, kematian akan menjemput kita bila-bila masa..Sebab itulah kita perlu mendidik barisan pelapis  di kalangan anak muda meneruskan kerjaya mulia ini.. 
Pengusaha itu menyarankan kita sentiasa dapatkan maklumat terkini perkembangan pelajar-pelajar lepasan dari Kolej Vokasional berhampiran Taska yang ada kursus asuhan awal kanak-kanak untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja...Mereka  sudah ada kemahiran, cuma  didik atau tarbiyah mereka ikut  sibghah@ acuan Allah.

Sempena menyambut bulan Zulhijjah ini bersamalah kita buat persiapan kembali kepada  Allah secara suka rela setiap masa dan ketika walau di mana kita berada dalam keadaan hati yang redha dan diredhai. Dalam kepasrahan, InsyaAllah doa akan Allah makbulkan..Aamiin..

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil