Antara Maher & Huzaifi
Doa oleh Sheikh Maher Muaeqly
Alhamdulillah, Allah izin ibu sempat tiba Kangar untuk membawa pulang cucu dari hospital Tunku Bahiyah Alor Star kerana ada sedikit masalah pernafasan. Masuk hari ketujuh masih belum confirm nama baby. Dalam perjalanan pulang ke Kangar anak ibu bertanya "ibu, OK tak nama Musthofa Hudzaifi..sempena nama Sheikh Huzaifi, imam besar masjid Nabawi. Ibu minta anak ibu dengarkan bacaan Sheikh Huzaifi..entah bagaimana teringat orang yang dah berumur susah nak ingat nama Huzaifi.."ada pilihan nama lain tak..yang senang nak ingat?" Bincang dengan menantu sekali dalam kereta, akhirnya terpilihlah nama Maher.. sempena nama qari Sheikh Maher Muaeqly..silap-silap ramai yang sangka kami dapat inspirasi dari nama Maher Zain.
![]() |
Semoga membesar menjadi pencinta Al-Qur'an dan Hadis |
Sheikh Maher Muaeqly sebenarnya adalah pakar matematik yang hafal Qur'an. Pernah mengajar matematik di Madinah. Al-Qur'an sudah menjadi darah dagingnya dihafal sejak kecil. Menjadi imam solat Terawikh di Masjid Nabawi apabila ada permintaan. Beberapa kali menjadi imam solat Terawikh bersama Sheikh Abdul Rahman Sudais di Masjidil Haram.
![]() |
Sheikh Maher Muaeqly |
Berikut adalah doa yang boleh dikatakan amat bagus dibacakan untuk semua anak-anak yang sedang membesar dan juga untuk semua anak-anak didik kita yang sedang membesarkan anak-anak
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah kurniailah aku anak-anak yang diberkati dan panjang umur, baik akhlak,benar dalam segala keadaan dan jangan Engkau sibukkan hatiku dengan mereka atau dengan selain mereka. Tuhanku berilah aku dari sisi-MU keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. Ya Tuhanku jangan Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik. Dan janganlah Engkau jadikan hatiku condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepadaku.
Ya Allah berkatilah bagiku kehidupan anak-anakku, janganlah Engkau susahkan mereka, dan tunjukkilah mereka agar taat kepada-MU dan kurniailah aku keberkatan mereka.
Ya Allah tuntunlah mereka kepada-MU dengan tongkat cinta dan rindu dan hadapkanlah mereka ke arah-MU dengan kemuliaan. Ya Allah penuhilahhati mereka dengan cahaya dan hikmat dan jadikanlah mereka patut menerima segala nikmat . Perbaikilah mereka dan perbaikilah dengan mereka keadaan ummat. Selamatkanlah mereka dari segala penyakit yang merbahaya. Dan pandangilah mereka dengan pandangan-MU yang khusus bagi kekasih-kekasih-MU pada setiap waktu. Ya Allah bersihkanlah hati mereka dari ketergantungan pada selain-MU dan jadikanlah mereka orang yang Engkau cintai dan mencintai-MU.
Ya Allah jadikanlah bagi mereka sebutan yang baik di dunia dan akhirat dan pakaikanlah mereka pakaian kesempurnaan/.
Ya Allah, jadikanlah mereka sebagai orang yang merendah diri kerana Engkau lantas Engkau tinggikan dan mendekatkan diri kepada-MU lantas Engkau beri.
Ya Allah tundukkanlah musuh-musuh mereka dan bersihkanlah waktu-waktu mereka dari kotoran dosa. Ya Allah senangkanlah dengan mereka hati Nabi-MU dan selamatkanlah mereka dari kejahatan orang-orang yang jahat, sepanjang malam dan siang. Tunjukkilah mereka dan ampunilah mereka wahai zat yang Maha Pengampun.
Ya Allah pandangilah mereka dengan pandangan-MU dan peliharalah mereka serta cukupkanlah mereka dari selain-MU. Janganlah Engkau serahkan mengurus mereka selain-MU, bantulah mereka dengan bala tentera cinta dan berilah mereka minum dari minuman wilayah, iaitu semulia-mulia minuman.
Ya Allah jadikanlah mereka sebagai pembela-pembela agama sebagai orang-orang yang mengingat dan diingat, berbuat baik dan lemah lembutlah terhadap mereka Tuhan semesta alam, Washallallaahu 'ala Muhammadin wa alihi wa shahbihi wa sallam
Comments
Post a Comment