Biar Lambat Asal Selamat..
Menanti berita kelahiran cucu kedua, memang kami semua harapkan biarlah ikut fitrah tak perlu ikut cadangan doktor untuk 'induce' atau melalui pembedahan. Syukur menantu ibu cadangkan ibu ke utara selepas selesai ikuti seminar Koperasi di Melaka pada 30 Oktober kerana ikut jangkaan pakar tarikh bersalin pada 1 November Insha Allah termasuk dalam tarikh awal hijrah. Biar lambat asal selamat...
Alhamdulillah Allah izin pada tanggal 3 November 2014 bersamaan dengan 10 Muharam 1436 Hijrah, cucunda kami selamat dilahirkan. Cerah, kemerah-merahan kulitnya seberat 3.8 kg. Semoga Allah permudahkan segala proses pemulihan dan pemilihan nama yang baik dengan niat hanya mengharapkan yang terbaik dalam dakapan redha Allah. Hanya DIA yang Maha Tahu kesesuaian yang terbaik di sisi-NYA untuk kita semua. Manis kelihatan cucu kedua ini. Alhamdulillah semoga membesar sebagai ansor kepada abangnya Mishary menjadi Little 'Abd & Little caliphs yang diredhai Allah.
Asalnya memang ibu hendak bersama 'Baitul Dakwah' ini seminggu dua, namun ada tugas menanti di Tangkak. Mujurlah adik bungsu ada urusan di Pulau Langkawi dan berhajat untuk ziarah menantu bersalin. Dapatlah ibu pulang seketika bersamanya dan akan datang semula ke Kangar selepas meeting Parent Support Group (PSG) hari Jumaat nanti.
Memang perlu hadir PSG untuk ketengahkan rancangan penubuhan koperasi Subur Fitrah. Keanggotaan Koperasi dibuka kepada ibu bapa yang menghantar kanak-kanak ke Taska dan Tadika kami. Hajat sangat nak lihat bagaimana Koperasi USM urus Taska dan Tadika di Kelantan..Semoga Allah permudahkan hajat ini kesampaian..Aamiin.
Keceriaan Taska baru sempat siapkan 20%.. Perlu guide 80% lagi semoga Allah permudahkan disambung oleh tiga staff yang akan ikuti Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak Permata. Perancangan untuk berkongsi input 'Little Abd Programme' agar kanak-kanak dididik mengenal Rabb-nya perlu disegerakan sebelum meeting.
Mungkin persiapan Konvo Tadika ibu tidak dapat bantu sepenuhnya tapi akan cuba hadir 15 November semasa hari kecemerlangan kanak-kanak SmarTop Subur Fitrah. Mujurlah ada sahabat karib suatu ketika dahulu sudah mula bertugas sebagai penyelaras. Nampak gayanya sepanjang bulan November ini berulang alik ke Kangar. Mungkin lebih mudah naik flight melalui Pulau Langkawi seperti yang biasa adik bungsu lakukan setiap minggu.
Sesi 2015 dicadangkan Taska buka kelas Play Group untuk kanak-kanak berumur 4 tahun sebagai persiapan mereka memasuki Tadika pada tahun 2016. Cadangan ini lanjutan apabila ALP sudah bersetuju Tadika tidak akan ambil kanak-kanak 4 tahun kecuali yang pandai urus diri dan sudah kenal huruf.
![]() |
Masih banyak lagi yang perlu diceriakan... |
Jika ada ibu bapa masih berhajat hendak hantar kanak-kanak 4 tahun ke kelas, anak-anak mereka boleh joint aktiviti 'morning circle' dan 'Play Group' di taska pada jam 9.30-11-30
29 November 2014 nanti kami ditawarkan ikut hantar pengantin setelah meraikan majlis pernikahan anak abang yang kedua Dr Anizah Aishah Bte Hj Rosli dengan seorang kontraktor muda yang tawadhuk dari Terengganu. Mereka selamat dinikahkan pada awal Muharam bersamaan 25 Oktober lalu di Shah Alam. Allah izin jodohnya agak lewat tetapi berbaloi..Semoga kekal hingga ke Syurga. Berkat kesabaran, Allah kurniakan jodoh yang terbaik. Alhamdulillah. Barakalllahu lakuma, wa jamaa bainakuma fil khair.. Ammiin..
29 November 2014 nanti kami ditawarkan ikut hantar pengantin setelah meraikan majlis pernikahan anak abang yang kedua Dr Anizah Aishah Bte Hj Rosli dengan seorang kontraktor muda yang tawadhuk dari Terengganu. Mereka selamat dinikahkan pada awal Muharam bersamaan 25 Oktober lalu di Shah Alam. Allah izin jodohnya agak lewat tetapi berbaloi..Semoga kekal hingga ke Syurga. Berkat kesabaran, Allah kurniakan jodoh yang terbaik. Alhamdulillah. Barakalllahu lakuma, wa jamaa bainakuma fil khair.. Ammiin..
Anda bila lagi???
Biar Lambat Asal Selamat....
Comments
Post a Comment