Koperasi & Hari Kecemerlangan Kanak- Kanak
Sebelum Subuh tadi 8 Muharam 1436 Hijrah dapat berita dari besan, Cikgu Basimah (berumur 60-an) yang mengajar bahasa Inggeris di Matri meninggal dunia. Allah izin berpeluang menziarahinya. Dapat khabar dari student Matri, beliau sempat meluangkan masa di saat akhirnya mengadakan kelas tambahan untuk student calon SPM petang semalam berakhir jam 7 petang. Dari cerita anaknya, sebelum jam 2 pagi emaknya keluar dari bilik air terus mengetuk pintu biliknya menyatakan dia 'rasa penat', sejurus itu terus terjatuh dan meninggal dunia di pangkuan anaknya. Subhanallah begitu mudah Allah kurniakan kepadanya Husnul khotimah. Guru yang pasti dirindui oleh anak-anak Matri. Melihat jenazahnya seperti orang tidur nyenyak, tenang, dapat istirehat selama-lamanya. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa almarhumah dan himpunkan rohnya bersama para solehin, dan syuhada. Al Fatehah...
![]() |
3 tadika bergabung di bawah pengurusan Koperasi Ar Rahmah |
Selepas melawat, Allah atur ibu dapat peluang menemani besan menghadiri Hari Kecemerlangan tiga tadika yang digabungkan dalam pengurusan Koperasi Ar Rahmah (KORAHMAH). Seronok melihat persembahan anak-anak ketiga-tiga Tadika membawa mesej yang sama "Allah is My Rabb", "I am Little Abd" yang sudah terangkum dalam modul 'Little Abd Programme'.. Walaupun modul ini sudah di'francise'kan atau dikomersialkan namun sebenarnya input ini tetap milik ummah. Input ini yang kami semua perolehi sejak awal mendapat tarbiyyah mulai awal tahun 1980an hingga kini, tidak lari dari membawa hati kita dan hati mereka (kanak-kanak dan keluarganya) memperhambakan diri hanya sanya kepada Allah setulus hati.. Dari sinilah lahirnya sumber kebahagiaan yang Allah redhai selama-lamanya. Memang sewajarnya kesemua tadika ini disatukan untuk mendapatkan kesan yang sama..Semoga pengurusan Korahmah semakin cekap membangunkan ketiga-tiga tadika ini..Insha Allah.
Melihat keseragaman di bawah pengurusan koperasi ini, ibu teringat input 'Seminar Wanita Penjana Ekonomi Koperasi' dengan tema INOVASI PEMACU KOPERASI anjuran Maktab Koperasi Malaysia dihadiri oleh 550 peserta seluruh Malaysia lebih 95% adalah wanita. Seminar ini diadakan pada 29-30 Oktober di Bayou Resort Melaka, ibu pergi berempat dengan kak Ngah dan dua staff Tadika.
Kami dapati hanya seorang sahaja penceramah yang mempunyai matlamat yang jelas, ada matlamat akhirat.
Keikhlasan seorang Profesor yang memimpin koperasi USM Kubang Krian, memang menjana dana koperasi dengan sesungguhnya. Koop Martnya di awal penubuhan dapat untung RM4,000 SEHARI, kini dapat untung RM15,000 SEHARI.. Banyak projek yang dijalankan menjana kekayaan koperasinya termasuk mengusahakan home care services, Taska dan Tadika. Menurutnya "koperasi juga perlu ada ROH"
Pesanannya yang agak kelakar tapi betul "kalau sudah kaya, jangan wariskan kekayaan kepada anak. Kalau betul sayang anak, Beri mereka peluang melalui proses susah., kenalkan dulu A, B, C...jangan terus beri Z" Logik juga kata-katanya itu dan telah didik semua anaknya merasai nikmatnya hidup susah. Anaknya sembilan, Alhamdulillah semuanya menjadi, Ada doktor, peguam dan pelbagai jawatan profesional lain..
Hari Kecemerlangan Kanak-Kanak Tadika diselitkan dengan input kemahiran keibubapaan.
Paling tidak lupa ustaz ceritakan sikap ibu imam Syafiee yang berhajatkan anaknya menjadi ulamak. Walapun hidup mereka miskin, ibunya bercita-cita anaknya menjadi ulamak. Berbekal sebatang penyapu anaknya disarankan bekerja membersihkan madrasah Imam Malik sambil mendengar apa yang ulamak besar itu ajar. Ketika Imam Malik menyoal muridnya, semua murid tak dapat jawab. Sebaliknya kanak-kanak yang sedang menyapu itu dapat menjawabnya. Kebersihan hati dan fikiran kanak-kanak ini memudahkannya menghafal pelbagai kitab dan dapat merantau belajar dengan ramai ulamak besar ketika itu.
Ibunya berpesan "selagi tidak jadi orang alim jangan balik"
Suatu hari ibu Imam Syafie menunaikan haji dan ketika di baitullah beliau terdengar seorang ulama besar ada menyebut nama anaknya..membuktikan anaknya sudah menjadi orang alim.
Ibunya berpesan dengan ulamak tersebut "tolong beritahu dia (sebut nama anaknya) bahawa ibunya sudah benarkan dia balik"
Maklumat ibunya sampai ke telinga Imam Syafiee. Lalu beliau membawa ratusan ekor unta untuk di bawa pulang ke tanah tumpah darahnya. Dalam perjalanan dihantar utusan memaklumkan kepada ibunya bahawa dia akan sampai.. Ibunya bertanya kepada utusan itu, anakku bawa balik apa?
Utusan itu menjawab: Ratusan ekor unta..
Ibunya berpesan : Aku tidak benarkan dia balik
Utusan itu sampaikan kepada sianak..maka sianak itu kembalikan semua ratusan unta dan kembali kepada ibunya sebatang kara.
Moral of the story; "seorang ibu solehah tidak ada langsung meletakkan niat-niat keduniaan untuk menjayakan masa hadapan anaknya di dunia dan akhirat"..
Sebelum ibu bertolak ke Kangar, seorang sahibah Melaka meminjamkan buku riwayat hidup Mohammad Morsi (Presiden Mesir yang ditakuti oleh musuh-musuh Islam). Ibu tertarik dengan sikap ibu matan presiden itu, walaupun hanya seorang suri rumah tangga tetapi jiwanya seperti ibu imam Syafiee..Berkat didikan ibunya yang mencintai Allah dan Rasul, 5 dari 6 beradik Mohammad Morsi menghafal Qur'an dengan jawatan profesional yang mengkagumkan..
Maka sungguh benar kata-kata Rasulullah saw dalam riwayat imam Baihaqi:3567 ;
"Tiada kenikmatan yang lebih besar setelah iman yang diperolehi lelaki Muslim selain wanita Solehah'
Isteri Morsi mewarisi akhlak ibu mertuanya. Dirinya dan .semua anaknya menghafal al-Qur'an
Beginilah Iman yang mendalam dihayati oleh wanita solehah.
Iman ialah ikatan kerohanian yang mengikat seseorang dengan Rabb- Nya.
Ia merupakan ikatan yang kukuh, yang tak tergoyahkan oleh adanya krisis.
Iman ialah ikatan kerohanian yang mengikat seseorang dengan Rabb- Nya.
Ia merupakan ikatan yang kukuh, yang tak tergoyahkan oleh adanya krisis.
Ustaz bercerita anaknya yang masih kecil, hasil didikan modul 'Little Abd Programme' menangis bila buat kesilapan. Bila ditanya kenapa? Jawabnya 'takut Allah marah' sebab ternampak suatu yang tak soleh..
Natijah didikan ikhlas para guru menampakkan kehidupan yang membahagiakan apabila keimanan dengan perkara yang ghaib sedang bermain-main di mata..
Iman menyebabkan kanak-kanak cepat matang, nampak syurga depan mata. walaupun masih kecil tapi sudah ada semangat untuk beramal soleh kerana Allah . Bahkan di kalangan kanak-kanak di zaman Rasulullah sudah ada yang bercita-cita mati syahid.. tawarkan diri nak pergi berjihad
Allah kurniakan kemanisan iman..redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai Deen dan Muhammad saw sebagai ikutan. Inilah dinamakan Graviti iman, hasil didikan Iman kanak-kanak mampu berkorban apa saja kerana Allah.
Kata seorang penyair sufi, Jalaluddin Ar-Rumi:
“Sesungguhnya kecintaan itu mampu mengubah kepahitan menjadi manis,
kesakitan menjadi penyembuh, penjara sebagai taman,
kepedihan merupakan kenikmatan,
kekerasan sebagai rahmat,
sesungguhnya cinta itulah yang melembutkan besi dan memecahkan batu, dan menghidupkan orang yang telah mati lantas meniupkan untuknya kehidupan.”
kesakitan menjadi penyembuh, penjara sebagai taman,
kepedihan merupakan kenikmatan,
kekerasan sebagai rahmat,
sesungguhnya cinta itulah yang melembutkan besi dan memecahkan batu, dan menghidupkan orang yang telah mati lantas meniupkan untuknya kehidupan.”
Teguran akhirnya;
Kezaliman ibu bapa sekarang adalah menggelapkan masa hadapan kehidupan anak-anak mereka.
Comments
Post a Comment