KULTUM 2 ~ Lintasan Negatif itu dari Syaitan!!!
Pagi semalam tiba-tiba rasa sebak, menangis sedih.
Petangnya mendapat berita gembira, empat pengasuh taska secara sukarela nak ikuti kursus asuhan awal kanak-kanak Permata di Melaka..Alhamdulillah, lega rasa hati zaman kebangkitan Taska sudah bermula dengan izin Allah SWT.. Bolehlah tahun 2015 ibu fokus ke Tadika pula, Insya Allah.
![]() |
Sungguh ajaib orang mukmin itu dengan sayap sabar dan syukurnya.. |
Sepanjang bulan Oktober dan November ini ibu mendapat banyak peluang bertafakur setelah dikemukakan dengan beberapa persoalan yang hampir sama dari tiga ibu dalam situasi berbeza.
"Bagaimana nak betulkan perangai anak yang sukar ditegur dan lambat matang kerana tidak jemu-jemu mengulangi kesalahan atau kesilapan yang sama ?".
Sebenarnya masih banyak lagi ibu bapa berhadapan masalah seperti ini. Bukan hanya berhadapan dengan anak-anak kecil lagi bahkan dengan anak-anak yang sudah jadi 'mak dan bapak budak'... Ternampak wajah kecewa dan peritnya hati mereka membesarkan anak-anak tersebut. Mungkin selama ini ibu bapa tidak perasan dan tanpa sengaja atau tidak sedar seolah-olah telah beri label 'degil' kepada anak-anak mereka. Masih ada sungutan-sungutan, rasa tak puas hati bersarang dalam lubuk hati dan fikiran..Semua itu 'racun' yang perlu dibersihkan kerana boleh menjadi doa, merosakkan masa hadapan anak-anak...
Ibu mohon kepada Allah semoga dipermudahkan dapat solusi yang menyenangkan hati mereka yang mengemukakan persoalan tersebut.

Sewajarnya ibu bapa memiliki jiwa pemaaf..sentiasa memaafkan kesilapan anak-anak..tak perlu dibesarkan kesilapan atau 'kedegilan' yang didakwa itu. Banyak lagi potensi anak-anak yang patut kita besar dan luaskan. Pejamkan mata hati tentang kesilapan dan fokus kepada kelebihan yang ada pada diri anak-anak serta doakan yang terbaik untuk mereka (doa dalam post lepas memang bagus untuk anak-anak). Ini minima usaha yang boleh ibu bapa lakukan setiap hari selepas solat. Bukan senang hendak memiliki jiwa semulia itu, tapi harus diusahakan.
Sedangkan haiwan juga terkena tempias doa kita, apa lagi anak-anak...?
Kebetulan pula, Allah izin di rumah sejak awal bulan, ada seekor anak kucing yang mendatang asyik berak di tempat yang sama bertompok-tompok , atas kerusi dan kotak-kotak di hadapan rumah..
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua hamba Allah yang budiman membersihkan tahi kucing itu sepanjang ibu bercuti. Semua kerusi sudah dibawa ke sekolah, kotak-kotak sudah dibuang.
Atas nasihat guru-guru di SmarTop, ibu taburkan klorok di atas lantai nak hilangkan bau agar kucing itu tidak mengulangi kes yang sama.

Tetapi terlintas di hati 'jangan pulak nanti kucing ni berak atas washing machine !!'. Rasa macam mustahil sebab washing machine tu tinggi! Tak mungkin anak kucing tu mampu nak melompat naik ke atasnya...
Esok pagi sebelum nak hadiri Ihtifal Kanak-Kanak di SmarTop, di hadapan mata, kucing itu baru lepas berak di atas washing machine.
Tidak sangka sama sekali . lintasan hati tu menjadi doa rupanya.....
Masya Allah Tarabakallah , Allah izin lintasan hati dan fikiran semalam menjadi kenyataan pagi esoknya. Silapnya ibu tidak istighfar membatalkan bisikan syaitan tersebut... Kucing tidak salah kerana ia tidak pernah dilatih berak di tempat yang betul. Nak latih perlu ada kesabaran dan keikhlasan..

Dari sini ibu belajar dari pengalaman dengan anak kucing..apa yang terlintas di hati dan fikiran kita itulah yang akan terjadi. Bagaimana 'mind set' kita membentuk lintasan hati hingga menjadi doa yang dimakbulkan? Ada ketika mind set dan lintasan hati kita adalah ilham dari malaikat dan banyak masa diganggu oleh syaitan ..
Persekitaraan juga merespon doa kita?
Tahun 1992, kali pertama menunaikan umrah bersama anak ibu, ayah dan datuk neneknya. Ketika sampai di Airport Madinah terlintas dalam hati "hilang juga beg-beg ini..".
Allah izin memang betul.. Semua beg ibu berdua hilang dan tak dijumpai sampai tarikh pulang ke Malaysia.Lintasan negatif ini terjadi di tanah suci... Untuk keselamatan perlu kenal pasti lintasan-lintasan hati dan fikiran seperti ini dari syaitan, perlu batalkan segera dengan istighfar.

Contoh Kanak-Kanak Terbiar Menjadi Motivator
Teringat bekas anak didik semasa mengajar tingkatan 6 atas di Sekolah Agama Menengah Tunku Ampuan Jamaah Shah Alam. Beliau terjumpa nama ibu dalam facebook lalu bertaaruf semula dan bertanya 'Methode Imam Ghazali' yang ibu selalu kongsi dengan mereka pasal 'Kerajaan Dalam Badan' ketika mengajar subjek Sejarah. (tidak ada dalam silibus)
Pemuda itu kini sudah jadi penceramah Motivasi sekitar Selangor. Asalnya membesar dalam keadaan 'terbiar' kerana ayahnya adalah Navy. Cabut dari sekolah , mencuri dan banyak kes kenakalan remaja telah dilaluinya..
Menurut guru disiplin ketika itu, semua hukuman sudah dirasakan tapi memang pelajar ini tidak mahu berubah..
Pemuda ini ibu kenalinya ketika tingkatan 6 memang suka berkunjung ke bilik kaunseling secara sukarela menceritakan sejarah kedegilannya... Ketika itu ibu merangkap guru kaunseling di samping mengajar Sejarah Islam kelasnya. Setelah puas dia meluahkan semua kedegilannya dalam beberapa minggu barulah ibu buat rumusan;
"Degil tu fitrah syaitan, bukan fitrah manusia" Fikir-fikirkanlah. Fitrah manusia, tunduk dan patuh!"
Baru ibu perasan, pelajar ini perlukan bimbingan untuk betulkan persepsinya terhadap qada dan qadar Allah. Ketika membesar dirasakan semua memusuhinya..(persepsi dari syaitan)
Apabila persepsinya terhadap Allah sentiasa positif akan jadi magnet kepada merubah persepsi terhadap ibu bapa dan guru-guru terhadapnya.
Fokus Kepada Suburkan Fitrah, Abaikan segala bisikan syaitan!!!

Sebenarnya ikut fitrah hati ini memang sejak dahulu ibu suka guna nama Subur Fitrah..
Fitrah yang perlu kita suburkan dalam diri dan semua jiwa insan yang Allah amanahkan untuk kita didik bersama adalah fitrah hanya untuk menerima Allah sahaja sebagai Rabb. Tapi nak ceritakan hal ini kepada ibu bapa kanak-kanak semasa Ihtifal 15 November bukan suatu yang mudah.
Dahulu 20 tahun ibu mengajar di SMK masalah pelajar mendapat ibu bapa yang 'garang' memang sudah membudaya dalam kehidupan masyarakat kita. 'Leteran' menjadi senjata untuk mendidik anak-anak menyebabkan hati anak terluka, cedera parah. bahkan ada yang hancur berderai. Demi keselamatan dirinya segala nasihat tidak lagi bermanfaat jika disampaikan melalui 'leteran' , melabel negatif' (seperti degil, membandingkan dengan orang lain) atau ugutan. Ramai murid mengadu "kalau mak saya tegur.."makan dalam!!!" ~ istilah yang tidak disenangi oleh anak-anak jika ibu bapa gunakan bahasa sindiran dan seumpamanya.
Bila berada di pra sekolah, ibu sangka pasti anak-anak semua dikasihi dan dicintai ...
Terdapat segelintir 'feed back' dari tingkah laku segelintir anak yang fikiran bersihnya terracun. Masih terdengar cerita santai anak-anak bawah 6 tahun di taska dan tadika 'kegarangan' orang tuanya di rumah. Mereka meluahkan rasa hati sesama mereka "mak aku garang tau!.." .."eh mak akupun..kalau dia marah..takut!". Setakat ini tak pernah dengar lagi "ayah aku garang!"... Memang sebak mendengar segelintir 'ahli-ahli syurga' ini diuji di awal usia mengalami keracunan dalam rumah tangga kurang kasih sayang di rumah.
Alhamdulillah lebih 90% ibu bapa yang hantar anak-anak ke pre school mulai fokus untuk menjaga hati anak-anaknya bagai menatang minyak yang penuh setelah kami ber'telegram' dan mendapat input dari facebook dan komunikasi dengan guru-guru kelas serta pengasuh di Taska..
Beruntunglah anak-anak yang mendapat kasih sayang yang berkualiti walaupun ibu bapanya sangat sibuk dengan urusan mencari nafkah dan sebagainya. Bijaksananya mereka kerana tidak pernah jaja kesibukannya di sana sini..Ketika sibuk sekalipun masih berusaha sediakan ketenangan untuk keluarga masing-masing.

Perkataan 'sibuk' sering dijaja ke sana ke mari secara tidak langsung menyebabkan ramai ibu bapa hari ini mengalami 'stress' hingga bawa 'sampah-sampah emosi' ke rumah. Anak-anak yang menunggu di rumah hanya mendapat habuan sisa-sisa 'sibuk' yang diagungkan selama ini. Tidak wujud ketenangan di hati ibu bapa, maka tidak terasa di lubuk hati anak-anak erti bahagia dan mereka akan membesar dalam keadaan terus bermasalah..
Terima kasih kepada ALP yang bersetuju diadakan KULTUM 1 dan KULTUM 2 ketika hari Ihtifal. Dalam situasi budaya ilmu masih belum mesra di kalangan ibu bapa, maka 'Kuliah Tujuh Minit' lebih sesuai diperkenalkan di celah-celah persembahan kanak-kanak. Tak perlu banyak bicara, yang penting tunjukkan 'harga diri' yang kita infakkan kepada Allah SWT.
Hajjah Ngasobah mengketengahkan cerita sekumpulan besar gajah yang menarik..budaya prihatin yang menjadi cara hidup haiwan sewajarnya manusia mendahuluinya dengan kelebihan akalnya..
Hajjah Ngasobah mengketengahkan cerita sekumpulan besar gajah yang menarik..budaya prihatin yang menjadi cara hidup haiwan sewajarnya manusia mendahuluinya dengan kelebihan akalnya..
Ibu bawakan tajuk 'Nak bahagia jadilah Raja'
~ Bersihkan hati (Raja) dan fikiran@ akal (wazir) dengan zikrullah..barulah Raja dan wazir berfungsi mendidik hawa nafsu (budak nakal) dengan Iman (polis) dalam kerajaan badan.
Jika raja baik (hati) baharulah segala anggota badan termasuk pancaindera seperti lidah, telinga, mata akan rasa selamat dan patuh kepada segala perintah raja. Kerajaan badan sentiasa aman.. Ketika aman, baharulah kita boleh bantu amankan kerajaan badan anak-anak kita dan ahli keluarga kita..
Sekiranya ada sedikit sahaja lintasan negatif di hati atau fikiran tentang anak menandakan hati kita bermasalah, sudah tercemar kerana ada sangkaan buruk. Ini adalah 'racun' yang merosakkan kebersihan hati. Hati mulai sakit dan hawa nafsu (budak nakal) sebagai agen syaitan akan segera ambil alih tugas menerajui kerajaan badan.
Isu nampak kecil, tapi bila hawa nafsu merajai kerajaan badan isu kecil jadi besar..semua masalah dibesarkan ..maka lintasan itu adalah dari syaitan kerana kerja syaitan memang hendak menjadi batu api merosakkan semua individu dalam sesebuah rumah tangga. Usah dilayan bisikan, hasutan atau aduan syaitan..
Hanya raja yang beriman sahaja boleh membahagiakan seluruh keluarga, khusus anak-anaknya menjadi Raja beriman untuk dirinya sendiri..Tempias benih-benih kebahagiaan itu akan tersebar meluas ke seluruh pelusuk bumi ini dengan kalimah 'La Ila ha illallah Muhamadurasulullah'
~ Bersihkan hati (Raja) dan fikiran@ akal (wazir) dengan zikrullah..barulah Raja dan wazir berfungsi mendidik hawa nafsu (budak nakal) dengan Iman (polis) dalam kerajaan badan.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
(صحيح البخاري)
Sabda Rasulullah saw . "Ketahuilah bahawa dalam jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya, jika buruk maka buruklah seluruh jasadnya. ketahuilah itu adalah hati" (HR Sahih Buhari)Jika raja baik (hati) baharulah segala anggota badan termasuk pancaindera seperti lidah, telinga, mata akan rasa selamat dan patuh kepada segala perintah raja. Kerajaan badan sentiasa aman.. Ketika aman, baharulah kita boleh bantu amankan kerajaan badan anak-anak kita dan ahli keluarga kita..
Sekiranya ada sedikit sahaja lintasan negatif di hati atau fikiran tentang anak menandakan hati kita bermasalah, sudah tercemar kerana ada sangkaan buruk. Ini adalah 'racun' yang merosakkan kebersihan hati. Hati mulai sakit dan hawa nafsu (budak nakal) sebagai agen syaitan akan segera ambil alih tugas menerajui kerajaan badan.
Isu nampak kecil, tapi bila hawa nafsu merajai kerajaan badan isu kecil jadi besar..semua masalah dibesarkan ..maka lintasan itu adalah dari syaitan kerana kerja syaitan memang hendak menjadi batu api merosakkan semua individu dalam sesebuah rumah tangga. Usah dilayan bisikan, hasutan atau aduan syaitan..
Hanya raja yang beriman sahaja boleh membahagiakan seluruh keluarga, khusus anak-anaknya menjadi Raja beriman untuk dirinya sendiri..Tempias benih-benih kebahagiaan itu akan tersebar meluas ke seluruh pelusuk bumi ini dengan kalimah 'La Ila ha illallah Muhamadurasulullah'
Comments
Post a Comment