Usrah Baitul Dakwah 1

Tazkirah selepas Maghrib

Petua Mengekalkan Kebahagiaan atau Kejayaan  merujuk Hadis Nabi SAW
 
Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya telah berjaya seseorang itu yang beriman dengan ikhlas, menjadikan hatinya suci (dari syirik dan kekufuran) ucapannya jujur dan benar, jiwanya tenang (orang yang banyak berzikir dan melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat ketenangan), baik budi pekertinya, menjadikan telinganya mendengar (nasihat) dan matanya melihat kepada kebenaran. (HR Musnad Ahmad)

7 sifat orang yang Berjaya
 
1. Beriman  dengan ikhlas
2. Hatinya sentiasa disucikan
3. Lidah dan lisannya benar tidak berdusta
4. Jiwanya  sentiasa tenteram dan tenang  mengingati Allah
5. Istiqomah berakhlak mulia
6. Suka mendengar  nasihat
7. Matanya sentiasa cenderung melihat kebenaran
 
7 Sifat ini akan membawa  kebahagiaan  berpanjangan, insyaAllah. Lebih bahagia  lagi jika seseorang  itu suka bersedekah;
 
Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Senyuman kepada saudaramu (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma’ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. (HR Tirmizi)
 
Wallahu alam..

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil