Bahagia itu Kurniaan.. Matlamat kita Ubudiyyah

Alhamdulillah..Syukur  Allah سبحانه و تعالى    kurniakan kelapangan dan ketenangan menuntut teruskan tugas ubuddiyah dan khalifahnya di bumi yang fana ini.. Prepare bahan untuk pengasuh Taska 'Perkembangan kerohanian, emosi  dan sahsiah sebagai teras kepada  5 lagi perkembangan kanak-kanak yang lain. Apabila  merujuk modul Permata, amat mendukacitakan..aspek kerohanian diletakkan yang terakhir, manakala akal di tempat  yang pertama. Masya Allah, di mana peranan Qalbu??? di situlah yang Allahسبحانه و تعالى       sentiasa  menatap. Kesedihan yang tidak perlu ditangisi lagi  tetapi amat perlu diperbetulkan  sebelum ajal menjemput..

"Ya Allah kurniakanlah kepadaku para ansor  yang minat dalam bidang ini..tidak terdaya aku melainkan dengan izin-Mu jua.." 

                         Apa itu Bahagia???

Allah سبحانه و تعالى    izin timbul sedikit kemusykilan apabila ibu share  input 'Dhuha Time' siang  tadi. Walaupun  mendapat respon  positif daripada  teman-teman   di kalangan orang awam kerana  sebelum ini  mereka salah faham mengejar apa yang tak patut dikejar, selama ini mereka menyangka bahawa bahagia adalah apabila dapat  memiliki segala yang  hawa nafsu kehendaki, glamour (dikenali), dapat rumah besar, kereta mahal, business lumayan dan  berpeluang selalu pergi melancong ke negara-negara yang terkenal dan berumrah selalu.. 

Inilah kesan-kesan serangan pemikiran (ghazwatul fikr) oleh musuh-musuh Islam sejak zaman penjajahan. Hilang matlamat  akhirat dan tiada langsung dalam silibus sekolah sekular tentang  keimanan pada hari akhirat, iaitu hari kebangkitan , perhisaban padang Mahsyar, syurga  dan neraka

Pada  awalnya ibu agak terkejut apabila  salah seorang azatizah berpengalaman dalam tarbiyyah  menegur agar  terus  tseqah dengan matlamat Ubudiyyah. Apabila bermuhasabah dan bertafakkur baru sedar ada kesilapan  ibu yang perlu ibu perbaiki kerana tidak berhati-hati, lebih 'high light'kan  kepada doa, sebaliknya tenggelam perkataan  ubudiyyah, sedangkan semasa berbincang dengan suami telah  diingatkan matlamat ubudiyyah perlu diutamakan  dalam kehidupan setiap masa dan ketika  walau di mana kita berada, walau dalam keadaan apa sekalipun....

Ubudiyyah maksudnya  memperhambakan diri dan penyerahan qalbu hanya sanya kepada Allah سبحانه و تعالى  atas dasar itulah kita diutuskan di bumi ini..atas dasar itulah amalan kita Allah سبحانه و تعالى terima dan mendapat keredhaan-Nya..
Inilah akidah tauhid yang perlu kita tanamkan dalam jiwa kita, anak didik kita, masyakarakat  kita  dan ummah seluruhnya..Modal asas peradaban yang Allah سبحانه و تعالى redha  adalah  Akidah Tauhiid

 Alhamdulillah syukur Allah  سبحانه و تعالى    anugerahkan sahibah  dan dan para  murabbi  sudi menegur kesilapan agar tidak timbul lagi salah faham, walaupun kecil tetapi menimbulkan impak  yang besar  dalam  kelancaran proses tarbiyyah  agar kita sentiasa  merujuk kepada  sumber yang muktabar.. Para barisan murabbi dan syuyukh kami sering merujuk  hadis  indah berikut sewajarnya  kita mengambil  iktibar....


عن عبد الله بن مسعود قال:
قال النبي صلى الله عليه وسلم :” إن الله قسم بينكم أخلاقكم كما قسم بينكم أرزاقكم وإن الله يعطي الدنيا من يحب ومن لايحب ولايعطي الإيمان إلا من أحب فمن ضن بالمال أن ينفقه وخاف العدو أن يجاهده وهاب الليل أن يكابده فليكثر من قول سبحان الله  والحمد لله  ولاإله إلا الله والله أكبر ” .

Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata..
Nabi   صلى الله عليه وسلم  bersabda..
 
"Sesungguhnya Allah membahagi-bahagikan akhlak kepada kalian sebagaimana membahagi-bahagikan rezeki..
Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada yang Dia cintai dan yang tidak Dia cintai..
dan tidak memberikan iman kecuali kepada orang yang Dia cintai..
Barang siapa yang merasa bakhil untuk menginfakkan hartanya, atau merasa pengecut untuk menjihadi  musuh..
atau merasa lemah untuk melewati malam dengan ibadah..
hendaklah ia memperbanyak ucapan..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Laa ilaaha illallah..
Allahu Akbar"

HR Ibnu Abi Syaibah, disohehkan oleh Syaikh Al Albani dalam silsilah sohehah 6/688..
 
Dalam riwayat lain ada tambahan,kerana ia adalah kalimat pendahuluan yang menjauhkan dan menjaga dari keburukan dan ia adalah al baqiyat ash solehat..

Begitulah manusia, melihat sesuatu dengan pandangan zahir. Menyangka bahawa kelebihan harta merupakan kemuliaan yang Allah  kurniakan kepadanya. Padahal Allah
سبحانه و تعالى   berfirman bermaksud:

 “Adapun manusia apabila Rabbnya mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, ”Rabbku telah memuliakanku”. Namun apabila Rabbnya mengujinya lalu menahan rezekinya, maka dia berkata , ”Rabbku telah menghinakanku”. Sekali-kali tidak! Bahkan kalian tidak memuliakan anak yatim.” (QS. al-Fajr : 15-17) 

Kasih sayang Allah  سبحانه و تعالى tidaklah diukur dengan banyak atau sedikitnya harta. Namun diukur dengan kadar keimanan di dalam qalbu

Hadis  di atas menjelaskan banyak tidaknya harta yang anda miliki ketika ini bukanlah ukuran kecintaan Allah سبحانه و تعالى kepada para hamba. Namun hal tersebut semata-mata sebagai ujian yang Allah berikan kepada para hamba-Nya. Apakah anda mahu bersyukur dengan menginfakkan harta tersebut di jalan Allah سبحانه و تعالى, atau anda kufur dengan nikmat Allah سبحانه و تعالى iaitu membelanjakannya dalam rangka maksiat atau hanya untuk kepentingan diri sendiri.  

Sebaliknya kemiskinan juga bukan tolok ukur kemurkaan Allahسبحانه و تعالى kepada para hamba-Nya, namun semata-mata sebagai ujian, apakah anda mahu bersabar dan redha dengan ketetapan Allah سبحانه و تعالى atau tidak. Walhasil semakin beriman seorang hamba, maka semakin besar pula kecintaan Allah سبحانه و تعالى  kepadanya begitu pula sebaliknya.

 Bangi, 13 Rabiul Akhir 1347 Hijrah


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil