Semoga Dikurniakan Secantik-Cantik Takdir
Segala puji bagi Allah سبحانه و تعالى, kerana dengan
taufiq-Nya sahaja semua visi dan misi kita akan dapat direalisasikan. Dialah
sebaik-baik pengatur kehidupan di bumi ini dari zaman berzaman. Segala
takdir-Nya sentiasa indah dan tidak pernah salah bagi mereka yang sentiasa mensyukuri segala nikmat dan bersabar menerima segala
ujian dari-Nya. Selawat dan salam kita tujukan kepada kaunselor agung,
Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, salafus
soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas memperhambakan
dirinya hanyasanya kepada Allah SWT hingga
hari Kiamat.
![]() |
Semoga Allah anugerahkan kita semua sebaik-baik Takdir, Insya Allah |
Alhamdulillaah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah kerana hanya dengan izin dan pertolongan-Nya jua ibu dapat siapkan buku kaunseling yang diimpikan selama ini. Allah beri peluang dapat hidangkan kajian, pengalaman dan renungan terhadap kehidupan yang sungguh unik ini kepada ummah seluruhnya agar sama-sama kita kembali ke landasan yang telah Allahسبحانه و تعالى sediakan. Kini masih di peringkat diedit oleh editor terpilih. Sama-sama kita berdoa semoga Allah beri kelapangan dan ketulusan hati kepada editor menyegerakan penerbitan buku tersebut demi kebangkitan ummah. Hasrat ibu sekian lama, mendapat restu dan sokongan padu daripada suami, doa dari anak-anak dan moral support dari ahli keluarga dan sahabat handai. Indahnya hidup berharakah..
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah Engkau kurniakan suami yang amat perihatin pilihan-MU buatku, menjadi pendamping meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah dengan lebih berkesan, Insya Allah. Tambahan anak-anak yang patuh dan taat serta ansor-ansor yang tawadhuk, dan ada kerendahan hati serta persekitaran yang tenang sangat membantu melancarkan proses penulisan ini . Tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan izin Allah سبحانه و تعالى
Maha suci Allah, ibu amat terharu mendapat penghargaan daripada seorang pensyarah bahasa Arab, ibu muda yang mengharapkan bimbingan. Agak terkejut juga bila beliau menyatakan "kehadiran mak cik di Perlis amat dirasai oleh semua..., mak cik all out untuk J dan Matri, kami rasa sangat bersyukur atas anugerah Allah ini". Semuanya Allah سبحانه و تعالى yang atur..tanpa pertolongan Allah سبحانه و تعالى memang ibu tak mampu nak buat apa pun. Yang mampu ibu jawab " Allah Maha Mengetahui, mak cik sayang antum semua..."
Dalam setiap kelapangan dan kemudahan kurniaan Allah سبحانه و تعالى merupakan ujian agar kita tidak disia-siakan segala peluang yang Allah سبحانه و تعالى sediakan. Pasti ada visi dan misi yang perlu kita semua realisasikan untuk manfaat ummah. Visi membina peradaban di dunia dan rumah kita di syurga sentiasa menjadi fokus utama dalam kehidupan. Agar Islam memerintah setiap sudut kehidupan kita di bumi ini....
Proses penerbitan buku ini mungkin dijadikan hadiah sempena ulang tahun kelahiran suami ibu pada 2 Januari , hari ini. Ramai yang terkejut apabila ibu bergurau "Insya Allah sedang menanti kelahiran anak kami yang pertama!"
Ibu amat tertarik dengan kata pujangga;
"Usahakan dan kerahkan semua tenaga untuk sebaik-baik tadbir agar Allah سبحانه و تعالى menganugerahkan kita secantik-cantik takdir".
Allah kurniakan kegembiraan dan kepuasan buat suami apabila mendapat jawapan positif daripada bakal besan buat anak bungsu kami. Insya Allah semua pengorbanan yang ikhlas akan menghasilkan natijah yang memuaskan ~ 'well being' iaitu lebih dari apa yang kita harapkan.
Allahسبحانه و تعالى kurniakan kepuasan qalbu setelah melalui sedikit kepayahan.

Yang penting bertindak dan terus bertindak dengan izin-Nya semaksima mungkin dengan 'qalbun salim'. Semoga Allah سبحانه و تعالى kurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat dari masa ke masa, jiwa yang tenang harmoni selamanya dan iman yang kukuh, sentiasa menang dalam perjuangan menundukkan hawa nafsu sendiri dari godaan syaitan. Syaitan memang tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan anak Adam.
"Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa, bebaskanlah sekelian mukmin itu daripada tawanan syaitan, dan selamatkanlah mereka dari pengkhianatan hawa nafsu sendiri. Segala urusan itu aku serahkan sepenuhnya kepada-Mu".
Lazimkan diri mendoakan untuk ummah seluruhnya seolah-olah mendoakan diri sendiri. Mendoakan orang lain perlu dibudayakan khususnya oleh mereka yang sering ke Tanah Suci..
Lazimkan diri mendoakan untuk ummah seluruhnya seolah-olah mendoakan diri sendiri. Mendoakan orang lain perlu dibudayakan khususnya oleh mereka yang sering ke Tanah Suci..
Dua minggu kebelakangan ini mendapat berita salah seorang anak sahabat hilang di Madinah.. Ibu rasa terkilan kerana tidak berpeluang berkomunikasi dengannya menangani kekecewaan selepas bercerai dan dipisahkan dari anak kecilnya. Memang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga ibu muda ini sentiasa dalam peliharaan Allahسبحانه و تعالى hendaknya .
Abang ibu pernah berpesan pada hujung tahun 2009 ketika diuji dan diuji agar terus taati suami dan tundukkan ego..Memang sukar nak tundukkan ego kecuali dengan pertolongan Allah سبحانه و تعالى
Setelah ditundukkan ego, barulah terserlah kekuatan Ikhlas. Insya Allah mampu hadapi semua situasi dengan pertolongan Allah سبحانه و تعالى. Hal ini dapat kita pelajari dari pelbagai sumber kajian tentang hakikat ego yang diagungkan oleh Sigmund Frued telah berjaya merosakkan akidah kebanyakan umat Islam kini..
Ego sinonim dengan sombong , angkuh, takabur jika tidak ditangani dengan baik akan merosakkan amal.
Menurut Imam Ghazali ra, sombong atau ego ini adalah sifat mazmumah yang paling akhir keluar dari qalbu kita. Kita sendiri tidak akan mampu menanganinya melainkan dengan pertolongan Allahسبحانه و تعالى . Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati dan apa yang tersembunyi dalam qalbu kita
"Ya Allah yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib, suluhkan setiap sudut dalam qalbuku ini dan keluarkanlah segala sifat-sifat mazmumah yang tersembunyi yang mengganggu ibadahku...ampunilah dosa-dosaku ya Allah.."
Ubat dan penawar mujarab bagi penyakit ego, sombong dan takabur ini adalah tawadhuk.
Urwah bin Az Zubair berkata;
"Tawadhuk ialah alat untuk mencapai kemuliaan. lantaran itu Rasulullahصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , para nabi,para sahabat, para aulia dan orang-orang soleh suka merendahkan diri dan memiliki sifat tawadhuk. Rasulullahصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda;
"Aku diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih di antara menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan Raja, maka Jibrail memberi isyarat kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba.Maka aku pilih menjadi nabi dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku manusia pertama yang keluar dari bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak"
Jika kita tidak boleh bayangkan bagaimana tawadhuknya Rasulullahصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ memilih menjadi hamba kerana sudah 1450 tahun yang lalu, bandingkan kepimpinan almarhum Tuan Guru Nik Aziz dengan Raja/Sultan dan semua Perdana Menteri yang silih berganti mentadbir Malaysia. Dalam sejuta sukar nak dapat walaupun satu pemimpin berjiwa hamba seperti TGNA. TGNA telah berjaya menjadi ulamak warisatul anbia' mencontohi akhlak Rasulullahصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Beliau berpesan agar banyak berselawat bagi memudahkan mendapat syafaat Rasulullahصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ "Ya Allah kurniakan kami syafaat Rasulullahصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ di akhirat nanti "
Perbanyakkan berselawat dan berazam mewarisi akhlak Rasulullahصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang berjiwa hamba sentiasa tawadhuk. Di samping itu untuk menghilangkan sifat sombong dan takabur perlulah bermujahadah bersungguh-sungguh, banyak berdoa agar dihimpunkan bersama mereka yang tawadhuk. Buatlah sesuatu yang menyebabkan kita dipandang rendah. Hadirkan rasa rendah diri dan bertawadhuk. Sesungguhnya tidak hina orang yang berendah diri (qalbu yang tunduk kepada Allah سبحانه و تعالى bukan kepada manusia). Allah سبحانه و تعالى memuji hamba-Nya yang tawadhuk dan akan mengangkat darjat mereka di sisi-NYA. Semoga sisa-sisa kehidupan ini kita semua dikurniakan secantik-cantik takdir diakhiri dengan husnul khotimah.. Aamiiin ya Rabb.. .

.
Comments
Post a Comment