Pengajian At-Tafaqquh Fi Ad-Deen


مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِيْ الدِّيْنِ
“Barangsiapa dikehendaki baginya kebaikan oleh Allah, Maka Dia akan memberikan pemahaman agama kepadanya.”
Al Fatehah buat  almarhumah  mak cik Aminah Port Dickson, seorang  ibu yang rajin ikuti pengajian ilmu  dan amat prihatin ketika ibu diuji sekitar tahun 2013.Pesanan beliau "Belajar nak, sambung belajar. Besar manfaatnya kalau sambung belajar.." . Subhanallah.. kata-kata hikmat ini tetap terlekat di kalbu, tapi sayangnya  ibu mendapat berita  kematiannya agak lewat, namun doa buatnya tetap berterusan..Insya Allah. Salam takziah buat  ahli keluarganya  khususnya adinda Masrina Mustafa dan suaminya Hasnul Ghazali.

 Suatu ketika sekitar tahun 2014 ibu pernah menitiskan air mata  mengingat pesanannya mencari peluang agar dapat melanjutkan kelas pengajian Deeniyah.. Hanya mengharap dapat peluang, tetapi tidak tahulah bila  Allahسبحانه و تعالى  akan makbulkan hasrat tersebut..Pengalaman menjadi pelajar  memang manis dan menyeronokkan , berkawan dengan  team orang suka menuntut ilmu. Syukur Allah سبحانه و تعالى beri peluang menjadi pendamping mudir Matri, peneman ibu menulis buku, hingga beliau menegur secara bergurau, "hai macam buat  tesis Phd!"....Insya Allah, mudah-mudahan betul. Ibu jawab "mungkin, akan dapat Phd tapi itu bukan matlamat. Yang penting fokuskan matlamat buat apa sahaja untuk MenTauhidkan Allah.." Apa sahaja yang baik, eloklah  lintaskan di qalbu... Insya Allah sampai masanya  nanti Allah سبحانه و تعالىakan makbulkan.. Memang  akan menjadi kenyataan selagi niat kita kerana  Allahسبحانه و تعالى ..

Ibu rasa tersentuh  mendengar pengalaman ibu tunggal yang membantu  di rumah kami setiap  hari. Beliau ceritakan pengalamannya mendapat ketenangan apabila mengisi masa  dengan mengikuti  majlis-majlis ilmu  di waktu petang di surau-surau berdekatan. Dua minggu sekali ikuti usrah di rumah...Alhamdulillah.
Teringat pengalaman bersama bibik Ikem ikuti usrah kami di Batu Pahat, Allah izin  setia  berkhidmat selama lebih 6 tahun. Jauh bezanya pembantu yang berilmu  dengan yang tidak berilmu..

Masya Allah akhirnya ..Alhamdulillah Allahسبحانه و تعالى  makbulkan  doa ibu...,  Dengan izin Allahسبحانه و تعالى  ,  ibu berpeluang belajar  lagi  di kampus Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) yang menganjurkan kelas petang mulai jam 2.30 - 4.30 petang setiap hari mulai  Hari Isnin hingga  hari Jumaat. Di antara subjek  yang ditawarkan adalah  Tajweed Al Qur'an, Mustholah al-Hadith, Hadis 40,  Fiqh Al Ibadah dan Asas Komunikasi  Bahasa  Arab.

Pada  awalnya memang rasa penuh qalbu, puas dan  seronok dapat peluang  ini,  semoga di hujung usia ini dapat  perbaiki segala  serba kekurangan sebagai bekalan dalam medan dakwah dan tarbiyah hingga bertemu dan menghadap  Allah سبحانه و تعالى  dalam jihad ilmu. Masuk kali ketiga masuk kelas..terasa banyaknya yang kita silap...Ya Allah, semoga Engkau ampuni segala kejahilan kami...yang penting ada niat nak perbaiki dan  terus perbaiki selagi hayat  dikandung badan.. Terus menerus  ada niat islah diri..Insya Allah. 

Jazakumullahu khairan kathira  kepada  pihak pengurusan IPTIP dan sahibah karib di Perlis  yang menggalakkan ibu belajar walaupun di tengah kesibukan membuat persiapan program motivasi untuk Tadika / Taska serta  teknik belajar  berkesan untuk pelajar-pelajar Matri. Medan seperti ini yang ibu rindu dan impikan selama ini.  Alhamdulillah,  Allah  سبحانه و تعالى  telah atur  terbaik untuk ibu. Teringat nasyid "Bila Diriku Disayangi" Subhanallah.. Terima kasih ya Allah

Alhamdulillah ,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah..Kerja-kerja dakwah dan tarbiyah inilah merupakan kerjaya  yang perlu kita utamakan setiap masa dan ketika  walau di manapun kita  berada..


Pentingnya  ilmu  pengetahuan menyuburkan syuur..tanpa  ilmu jiwa akan rasa gersang dan kelaparan..
Itu sebabnya, Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu. Rasulullahصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  bersabda; " mencari ilmu itu wajib bagi setiap kaum muslim." Dasar kewajiban ini, kerana Islam menginginkan umatnya mengerjakan sesuatu berlandaskan ilmu yang diketahuinya, sehingga apa yang dikerjakan sesuai dengan al-Qur’an dan Sunah Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Sebab, ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah dan amal tanpa ilmu sama halnya perbuatan yang sia-sia.

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya. Maksiat  yang dimaksudkan itu adalah syirik, tidak mentauhidkan Allah سبحانه و تعالى  .Yang penting, ingat pesanan Dr Tariq Ramadhan "Sebagai seorang Muslim, kita tidak menyembah ilmu pengetahuan. Kita  menggunakan  ilmu pengetahuan  untuk menyembah Tuhan"

 Amal  tanpa  ilmu akan membuat kita rasa letih melawan arus menjadikan kerja sia-sia. Dapat simpan duit berjuta  sekalipun, tanpa  ilmu dan tidak manfaatkannya di jalan Allah  سبحانه و تعالى  , ia akan menjadi bagai debu-debu yang berterbangan.....
Mutakhir ini rasa seronok  dapat  ulang-ulang dengar ceramah almarhum  tuan guru  Nik Aziz dan juga  ustaz Zaharudin Muhammad (menantu Tuan Guru Hj Hadi Awang). suami ibupun berminat rupanya, menurutnya faktanya memang  jelas  betapa bahayanya ghazwatul fikr..Semoga  bermanfaat untuk kebangkitan  ummah. Semoga Allahسبحانه و تعالى    kurniakan  peluang  untuk menyalin dan membukukannya.Insya Allah.


وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً
“ dan katakanlah: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (QS. Thoha: 114)

Al hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata : Firman Allah azza wa jalla وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً sangat jelas menunjukkan tentang  keutamaan ilmu.   Allah سبحانه و تعالى   tidak pernah memerintahkan nabiNya untuk meminta (berdoa) atas tambahan sesuatu kecuali ilmu.
Majlis yang  di dalamnya dipelajari ilmu yang bermanfaat   namakan dengan taman-taman  syurga atau  “raudhatul jannah” dan mengatakan bahawa para ulama-ulamaknya  merupakan pewaris para nabi.

Kenapa kita perlu terus  belajar?

Ketika  kita hendak melakukan sesuatu aktiviti,  maka sudah seharusnya ia mengetahui bagaimana cara mengerjakannya secara optima dan  benar atau betul caranya . Maka pentingnya ilmu, cara berfikir, cara  cari solusi dan buat keputusan mengikut syariat Allah سبحانه و تعالى  demi mengharapka redha Allah سبحانه و تعالى  dan menjadi ibadah  terbaik di sisi-Nya. Ilmu dapat membantu kita perbaiki kualiti  ubudiyyah agar kita berusaha  mempersembahkan  suatu ibadah yang  terbaik kepada Allah  سبحانه و تعالى – yang mana kita amat berharap agar ibadah kita diterima sehingga dapat menjauhkan dari neraka dan memasukkan kita  semua ke dalam syurga.

Jika kita  elaksanakan apa sahaja  ibadah  tanpa didasari ilmu ?? Mungkinkah ibadahnya diterima??  Padahal syarat diterimanya amalan ada dua iaitu sesuai dengan tuntunan syariat dan ikhlas.  
Hendak  kerjakan amalan supaya sesuai dengan tuntunan syariat  memang perlukan ilmu.
Doa sebanyak mungkin semoga Allah سبحانه و تعالى  kurniakan ilmu  yang sentiasa  bermanfaat untuk ummah...
اللهم  افتح لنا بتفوح العارفين

" Ya  Allah, bukakanlah bagi kami dengan pembukaan orang-orang  yang arif"  Aamiin...

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil