Destinasi Kehidupan Kita


"Ya Allah, sepanjang Ramadhan al Mubarak ini  permudahkanlah kami sentiasa  memohon kepada-MU  agar   selamanya  mendapat hidayah dan taufiq-MU  membersihkan dan menyucikan setiap sudut qalbu dan jiwa kami dari segala penyakit-penyakit qalbu yang merosakkan amal-amal kami. Ampunilah kami, kasihanilah kami dan bebaskanlah kami dari azab api neraka"

1 Ramadhan, selepas sahur dan menanti Subuh, kami mendapat berita dua kematian di tempat  yang berbeza. Satu  dari group wassap memaklumkan seorang bekas guru cemerlang  Geografi   yang bersara awal kerana sakit yang pelbagai telah meninggal dunia sekitar jam 5 pagi. Almarhumah  di peringkat  awal tarbiyah bermula di Perlis pada tahun 1980an merupakan salah seorang yang paling aktif menyebarkan fikrah kepada masyarakat dan ibu dimaklumkan  beliau  adalah di antara ibu  yang berjaya membawa  adik-adik dan anak-anaknya memahami  fikrah Islam yang jelas, lengkap , menyeluruh dan bersepadu. Dua daripada anaknya pernah menjadi anak halaqah ibu sebelum ini, salah seorang daripadanya adalah  doktor perubatan hospital Kangar..Adiknya, pensyarah UUM banyak mewarisi kesedaran fikrah hasil didikannya. Alhamdulillah inilah amal soleh yang akan mengalirkan pahala  berterusan untuknya di alam barzakh.., apa lagi  hubungannya amat mesra dengan  pelajar-pelajar Matri setiap tahun.

Ketika melihat jenazahnya, bibirnya  tersenyum   manis , Insya Allah ibu yakin ini petanda  almarhumah   redha menjalani proses pembersihan setelah diuji dengan saraf mata rosak dan  tidak nampak, insomnia (tidak boleh tidur), kencing manis dan cuci buah pinggang seminggu  tiga kali. Ketika  menziarahinya  dua bulan lalu, memang sedih melihatnya, tergenang  air mata, lisan tidak mampu hendak berkata dan seperti ada sedikit gangguan menyebabkan ia sukar tersenyum dan mudah rasa penat. Peribadinya  yang sebenar, amat mudah mesra  dan peramah, tiba-tiba  menjadi pendiam dan sukar tersenyum seolah-olah menahan kepedihan.. 

Terasa amat kemesraannya  menyambut  ibu  29 Mac 2015 lalu di dataran Matri..walaupun  pandangan matanya terganggu, namun masih mampu tersenyum menceritakan keadaannya sakit dan 'sukar tidur'. Ya Allah kasihanilah dia... 

Ketika mendapat  berita perkembangan semasa salah seorang anaknya menyatakan keredhaan "Mati itu pasti" kita semua  juga akan menghadapinya, sungguh menginsafkan. Doa suami, anak-anak, sahabat handai dan rakan taulan juga membantu proses pemulihan qalbu yang terganggu menjelang kematian. Teringat pesanan seorang ibu yang  hampir meninggal di Pontian beberapa tahun lalu, di mana menantunya bercerita dia minta cucu-cucunya   membacakan penghujung  surah al-Hasyr  di telinganya berulang-ulang. Subahanallah..Hikmahnya ibu itu  redha dan sudah bersedia kembali ke rahmatullah..Pesanan ini yang ibu sampaikan kepada  anak-anaknya..Paling kurang, ulang-ulang  bacakan penghujung  surah Al-Hasyr ke telinga ibunya. 

Minggu lepas, seorang sahibah berkongsi pengalaman menjaga  ibu mertua, ayah dan ibu kandung sendiri..mungkin agak stress kerana  keadaan warga emas itu semuanya  'tidak sihat' qalbunya. Mungkin beliau perlukan sedikit 'moral support'. Ibu sarankan agar diperdengarkan bacaan al-Qur'an sepanjang masa..waktu-waktu kritikal ini memang  syaitan berlumba-lumba  hendak menyesatkan anak Adam. "dah..tapi disuruh tutup".. Paling tidak anak-anak sendiri kena bacakan Qur'an agar dia dengarnya selalu.."Ha itulah yang kami buat, dia siap betulkan tajwid kita lagi.." Lucu juga dengarnya.. Inilah situasi  yang sering dihadapi oleh anak-anak yang menjaga warga emas..besar pahalanya  kerana  bersabar..syurga  buatmu jika redha.

Pertengahan surah Al-Hasyr  ada  kisahnya  di mana murtadnya seorang  ahli ibadah  bernama Barshisha di penghujung  hayatnya..kerana tertipu dengan janji syaitan. Amat bahaya jika bergantung kepada ilmu dan kehebatan diri tetapi tidak memohon pertolongan dari Allah SWT sepanjang masa.
Lantas, apakah iblis tetap menolong Barshisha?
Tidak. Ketika ia telah berhasil menyesatkannya, ia lepas tangan. Iblis berkata, "Aku melepas diri dari engkau (Barshisha), aku takut kepada Allah, Tuhan yang Mahabesar serta sekalian alam." (QS al-Hasyr [59]: 16).
 
Di penghujung  surah Al Hasyr Allah  berfirman 

 Maksudnya:


Tugas kita sebagai manusia yang lemah dan tidak berdaya ini adalah berusaha bagaimana agar sentiasa mendapatkan pertolongan Allah SWT dari awal kehidupan sampai akhir hayat. Kerana, sesungguhnya kejayaan  seorang hamba bukan ketika hidup, melainkan pada penghujung hidupnya. Dan kerana Dialah pemilik qalbu yang sebenarnya. Sabda  Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesungguhnya kalbu-kalbu keturunan Adam berada di antara dua jari dari jari-jari Allah laksana satu jiwa, Allah membolak-balikannya sesuai kehendak-Nya.”
Rasulullah SAW  berdo'a, “Ya Allah, Dzat yang membolak-balikkan hati, Tetapkan (palingkanlah)  qalbu-qalbu  kami hanya   kepada  mentaati-Mu.” (HR Muslim dari Abdullah bin Amr RA).
Semoga kita selalu dalam keta'atan pada Allah dan terhindar dari kesesatan. Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil