Ramadhan Kareem dan keindahannya

 

Allahu Akram....inilah jawapan terbaik apabila  disapa dengan ucapan Ramadhan Kareem..
Persiapan menanti  dan menyambut tetamu agung Ramadhan terasa amat meriah sekali berbanding sebelum ini, lebih-lebih lagi semakin ramai  ahli masyarakat memahami konsep Islam yang syumul, kamil dan mutakammil, bulan Ramadhan amat dinantikan sebagai bulan 'melembutkan qalbu' yang biasanya sudah dirasakan agak 'keras'  dan gersang  setelah melalui 11 bulan yang penuh dengan cabaran, fitnah, nafsu yang mencintai dunia dan  bisikan-bisikan   syaitan. 

Alhamdulillah bagi kami, Ramadhan  tahun ini tidak terganggu dengan persiapan hari Raya kerana segalanya sudah siap menjelang  majlis  walimatul urus menjemput  menantu  pada 1 Jun yang lalu. Insya Allah mudah-mudahan pengisian  dan kesan-kesan  Ramadhan kali ini lebih baik dan berkesan  berbanding  tahun yang lalu. Aamiin...

You tube di atas  telah diviralkan  seminggu sebelum Ramadhan, dengan harapan kita semua dapat buat persiapan awal untuk menyuburkan roh dan mental  memahami penghayatan Ramadhan yang sebenarnya  adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Yang penting kenali dahulu Ramadhan dan peluang-peluang yang disediakan untuk kita semua perbaiki diri. Di sini pentingnya ilmu, atau fiqh saum Ramadhan.  

Keduanya , perlu menyesal di dalam qalbu diiringi dengan istighfar kerana selama ini tidak pernah bersungguh-sungguh  manfaatkan bulan Ramadhan sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan  kembali kepada  Allah menjana kekuatan jiwa sebagai bekalan berhadapan dengan 11 bulan akan datang. Yang penting Ramadhan dapat menyelamatkan kita semua  daripada  terjebak ke jurang Neraka. Allah SWT menyediakan pelbagai kemudahan agar kita  semua berjaya meraih tropi TAQWA serta  dapat  mewarisi akhlak Rasulullah SAW menjadi khadam atau pelayan Al-Qur'an  sepanjang hayat  dan  Insya Allah  menjadi  insan  paling pemurah untuk bersedekah dan berinfaq untuk memenangkan Deen Allah menguasai bumi ini..Aamiin  Ya Rabbal alamin.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil