Tidak Terbeban Bahkan Tertawan...
Budaya masyarakat yang sudah jauh dari Islam biasanya amat berkira..Wang menjadi tumpuan utama. Amat sukar mencari suasana utamakan silaturahim seperti zaman dahulu hidup saling bermuafakat dan mencari berkat. Mereka yang memahami kepentingaan bekerja kerana Allah, akan berusaha agar segala amalan akan ditrasnformkan menjadi ibadah. Mereka lebih mengutamakan keberkatan dan keredhaan Allah. Jiwa yang lembut seperti ini hanya akan lahir melalui proses keimanan hingga melahirkan ukhuwwah dan terus menerus akan mengeratkan silaturahim sebagaai nadi kepada amal soleh dipersembahkan hanya untuk Allah...
Program menyambut menantu kali ini amat mudah dan kemas perancangannya dengan izin Allah SWT walaupun kos barang semakin meningkat namun segalanya dapat ditampung oleh ahli keluarga hasil tabungan dan simpanan RM50 satu keluarga sejak 'Family Day' tahun 2015. Anak sulung sangat menjadi contoh memainkan peranan permudahkan urusan, berkorban buat perancangan terbaik menggalas amanah almarhum bondanya agar menolong adik bungsunya yang masih single hinggalah berkahwin. Kesungguhan dan komitmen setiap ahli keluarga, terutama menantu yang tinggal serumah menyebabkan jiwa ini langsung tidak rasa terbeban bahkan tertawan dengan keikhlasan mereka mengurus atur agenda walimatul urus.
![]() |
Bakal serikandi ummah akan datang.....Insya Allah |
Ketegasan seorang ayah, 'memanggil' dan menyebarkan kad jemputan hanya dengan fotostate di atas kertas A4 berwarna hijau juga sangat membantu menjimatkan kos. Tidak ada rasa seganpun untuk menghantar kad tersebut kepada kenalan yang berpangkat Dato'/ Datin dan seumpamanya.. Lumrah hidup insan yang ikhlas, tidak peduli apa orang kata. "Semahal manapun kad jemputan akhirnya masuk bakul sampah juga, Allah menilai keikhlasan kita menjemput. Jika yang menerima kad jemputan itu rasa terhina, itu masalah keikhlasannya untuk menerima" Ibu tertawan dengan penjelasan ini. Inilah puncak kebahagiaannya..tidak peduli 'apa orang kata'. yang penting baginya Apa yang Allah suka laksanakanlah dengan sebaik-baiknya..
Soal menyediakan juadah berupa nasi putih dan lauk kampung seperti ikan bakar, tiada catering yang sanggup melakukannya. Seorang ustaz di Matri sanggup mengalasnya berkat keikhlasan dan cintanya kepada Murabbi yang telah mendidiknya sejak tingkatan 6 (Khassah). hanya bermodalkan RM5,000 sebagai pendahuluan sanggup menyediakan juadah untuk tetamu seramai 2,000 orang. Mudahnya beliau dapat kerjasama dan bantuan sahabat dan sahibah sekitar Matri..Ibu amat terharu ketika melawat mereka seketika , lebih 20 orang me'rewang' ,menyiang ikan keli 100 kilogram dan ikan-ikan lain sekitar 50 kilogram, mengupas bawang, kentang dan lain-lain.Subhanallah, tenang, aman, bagai berada di taman-taman syurga yang mengelilingi ketenangan mereka..Mereka tidak terbeban, bahkan ibu amat tertawan melihat senyuman mereka menyambut kehadiran ibu, walaupun ibu tidak sempat hendak membantu.
Persiapan dewan dan pentas juga mendapat kerjasama daripada staff Matri..Memang cantik dan kemas hiasannya dengan niat menggembirakan dan menyambut tetamu dari jauh. Turut hadir bukan hanya dari Johor tetapi juga dari Kelantan dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah, semua tetamu pembawa rezeki yang berkat. Mendapat respon amat positif dari tetamu samada secara lisan mahupun wassap mengucapkan terima kasih kerana menyediakan juadah yang sedap dan lazat bahkan ada santapan rohani. Ketika tetamu sedang menjamu selera, seorang motivator muda (guru Matri) diamanahkan untuk menghidangkan pesanan-pesanan agar sentiasa bertaaruf dengan pasangan masing-masing walaupun sudah puluhan tahun berkahwin. Saling menerima dan memaafkan kekurangan yang ada serta saling melengkapi antara satu sama lain untuk tujuan ibadah dan mengharapkan keredhaan Allah SWT..
Satu lagi keunikan majlis..selama ini memang sesi bergambar menjadi keutamaan bagi keluarga yang mengadakan walimatul urus. Subhanallah, entah berapa puluh kali juru gambar minta himpunkan kami sekeluarga untuk sesi bergambar, tidak dapat dilaksanakan kerana tetamu lebih kami utamakan tidak putus berkunjung walaupun kami telah balik ke rumah untuk istirehat. Allah sudah rakamkan keikhlasan anak-anak menyediakan baju semua sedondon. yang sempat dirakamkan hanya gambar cucu-cucu menyambut pengantin... Tidak ada ralatpun.Alhamdulillah

Team work bakal mewarisi D & T..Insya Allah |
Rasa tercalar sedikit jiwa ibu apabila ada seseorang berpesan "minta tolong tutup blog kerana ada orang mengintai mencari kesalahan-kesalahan...dan tak mahu dengar diri ini difitnah lagi.."
Ibu tidak dapat layan permintaannya kerana amat faham penyampai ini adalah mangsa hambatan insan yang takut akan kehilangan sesuatu...
Berkatalah yang baik atau diam..Ini sunnah nabi SAW yang wajib kita hidupkan di zaman yang penuh dengan fitnah ini. Dia hendak mengintai..itu urusan dia, bukan urusan ibu. Niat yang baik akan dapat yang baik..Niat yang buruk akan dapat yang buruk dan menzalimi diri sendiri..
Kewajipan sebagai penulis blog untuk untuk menyebar fikrah islam yang jelas demi manfaat ummah.. Adakah wajar hanya kerana hendak ikut kehendak 'seorang', kerja dakwah melalui blog ini di'mati'kan begitu sahaja??..Astaghfirullah al Azim. Ibu faham, yang menyampaikan mesej di atas juga sudah ke'racunan' akibat ditubi dengan persepsi negatif dari jiwa orang yang berpenyakit.. Ibu menulis blog dengan izin suami untuk tujuan dakwah. Sekiranya ada ruang yang perlu diperbetulkan, sila tegur secara berhikmah, bukan minta tutup blog. Semoga Allah pelihara keikhlasan kita semua. Inilah sumber kebahagiaan sebenarnya...Aamiin.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan rahsiakanlah perkataanmu atau
lahirkanlah; Sesungguhnya Dia Maha mengetahui segala isi hati.” (QS. Al
Mulk [67] : 13)
Oleh kerana itu, puncak kebahagiaan adalah
puasnya jiwa hanya dengan pangawasan dan penglihatan Allah Swt.
Sebaliknya, penderitaan terbesar itu adalah sibuknya jiwa dengan
penglihatan dan penilaian makhluk.
Orang yang yakin Allah Maha
Melihat, maka ia tidak akan sibuk memenuhi nilai makhluk.
Orang yang sibuk dengan pandangan manusia, maka ia hanya akan fokus
memperhatikan topeng, kulit dan lupa pada isi kandungan. Sedangkan hal ini
sangat meletihkan dan merupakan sumber kecemasan apabila penilaian manusia sentiasa diutamakan tanpa penghujungnya.
Alhamdulillah, ibu amat bersyukur dan rasa sangat beruntung dihimpunkan bersama mereka yang sibuk hanya
dengan penilaian Allah Swt. Indah dalam pandangan Allah akan indah pula
dalam pandangan makhluk. Sedangkan indah dalam pandangan makhluk, belum
tentu Allah redha. Semoga kita termasuk hamba-hamba Allah yang sibuk
dengan penilaian dan pandangan-Nya. Aamiin yaa Robbal ‘aalamiin.
Comments
Post a Comment