Pentingnya Doa Memohon Keampunan
Semoga kita semua beroleh keberkatan Lailatul Qadr
1. Perbetulkan niat untuk cari redha Allah
2. Perbaiki cara berdoa untuk ikut sunnah Rasulullah SAW
1. Perbetulkan niat untuk cari redha Allah
2. Perbaiki cara berdoa untuk ikut sunnah Rasulullah SAW
Contohnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berbuka membaca,
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan Insya Allah”
(HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam– sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau radhiyallahu ‘anha berkata, “Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab, “Katakanlah:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih)
Syukur Alhamdulillah , Allah takdirkan kami dapat belajar lagi walaupun usia sudah di ambang senja..Peluang ini sudah lama dinantikan iaitu untuk cuba memahami bahasa Arab al-Qur'an. Ibu mohon izin dikecualikan dari program penting di Matri dengan niat untuk berkongsi ilmu ini dengan warga Matri kelak, khususnya generasi pewaris ummah akan datang.Insya Allah . Teringin sangat ibu hendak ikuti program ini walaupun jauh. Lebih-lebih lagi penganjur tidak menetapkan bayaran, sebaliknya menawarkan bayaran " Seikhlas qalbu" . Pelik bunyinya kan? Subhanallah ...di luar jangkaan, memang ramai yang hadir termasuk kaum bapa.
![]() |
Ramadhan Mendidik Qalbu/ Jantung ~ organ terpenting sebagai Raja |
Sebelum ini sering terlintas dalam qalbu keinginan untuk memahami Al-Qur'an. Ingin merasai kemanisan membaca al-Qur'an seperti mana sahabat generasi awal memahaminya, apabila membaca Qur'an , qalbu mereka rasa bergetar hingga menitiskan air mata kerana syukur atau takut kepada azab Allah SWT. Dari qalbu paing lembut, Insya Allah mampu melahirkan semangat cinta untuk memenuhi segala perintah Allah SWT tanpa soal..
Saidina Umar al Khattab ra pernah mendengar Abdullah Ibn Mas'ud berdoa seperti berikut:
"Ya Allah ketika Engkau menuntunku aku mengikuti, ketika Engkau menyuruhku aku mentaati, Ini adalah waktu sahur maka ampunilah aku"
Apabila Saidina bertanya tentang doa yang diungkapkan, lalu abdullah Ibn Mas'ud menjawab:
"Sesungguhnya Yaakub mengakhirkan doa untuk anak-anaknya hingga waktu sahur" iaitu ketika dia mengatakan " Aku akan memohonkan ampunan bagimu kepada Tuhanku"
Dan Allah SWT juga berfirman yang bermaksud : "...dan orang-orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar" ~ halaman 492 Amazing al-Qur'an Karya Bestari
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Umar ra. dan Saidina Ali ra agar mencari Uwais Al Qarni setelah kewafatan baginda kelak. Uwais adalah seorang yang tidak dikenali di dunia sebaliknya doanya sentiasa diaminkan oleh penduduk di langit, khususnya para malaikat..Uwais pernah ke Madinah ingin bertemu Rasulullah SAW namun ditakdirkan Allah tidak dapat bertemu kerana krtika itu baginda Rasulullah SAW berada di medan jihad. Namun beliau tidak boleh menunggu kerana teringatkan pesan ibunya yang buta dan lumpuh agar segera kembali ke Yaman . Subhanallah betapa baik sangka Uwais kepada Allah SWT, antara dua situasi menjaga ibu yang sakit dan peluang ingin bertemu Rasulullah SAW yang amat dicintai dan dirindui. Beliau tidak serba salah kerana amat faham kedudukannya sebagai anak adalah mengutamakan ibunya.. Pernah ibunya bertanya "apa yang kamu doakan ketika menunaikan haji ?" Jawabnya "Saya hanya berdoa semoga ibu akan masuk syurga". Subhanallah, lihatlah bagaimana hebatnya jiwa dan qalbu Uwais yang sebersih itu lebih mengutamakan ibunya, utamakan ibunya, utamakan ibunya..mengikut pesan Rasulullah SAW agar anak-anak berbakti kepada ibunya 3 kali ganda berbanding berbakti kepada ayahnya. Ada hadis sahih tentang ini..
Kedua-dua sahabat Rasulullah SAW bertanya untuk apa bertemu Uwais?
"Mohon kepadanya agar mendoakan kamu, semoga Allah SWT ampunkan segala dosa-dosa kamu"
Bayangkanlah, dua sahabat Rasulullah yang hebat ini, Umar ra adalah bapa mertua baginda, manakala Ali ra adalah menantu kesayangannya, dipesan agar mohon didoakan oleh Uwais al Qarni, seorang tabieen yang hidup sezaman dengan Rasulullah SAW tetapi tidak berpeluang bertemu baginda yang sangat dicintainya..
Semoga di 10 akhir Ramadhan ini, sama-samalah kita saling mendoakan orang lain agar Allah ampunkan dosa-dosa mereka sepertimana kita ingin Allah ampunkan dosa-dosa kita, kedua ibu bapa kita dan semua ahli keluarga kita.
"Ya Allah, bersihkanlah setiap sudut qalbu kami dari sifat mementingkan diri sendiri, Ampunilah kami, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami dan guru-guru kami dalam Deen dan orang-orang yang memberi nasihat baik kepada kami dan orang-orang yang mengajar kami dengan berdoa dan seterusnya sekelian kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan rahmatilah kami dan redhailah (apa sahaja amalan kami ) dan terimalah (permohonan-permohonan) kami dan tempatkanlah kami di syurga dan bebaskan kami dari neraka
Ya Allah Berilah petunjuk kepada semua manusia untuk menuju pintu-MU. Bebaskanlah semua mukmin di dunia ini daripada tawanan syaitan. Ini adalah permohonanku selama-selamanya dan urusan itu terserah sepenuhnya kepada-MU"
Comments
Post a Comment