Belajarlah Untuk Meninggalkan Dunia
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
Lagi maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekelian alam. Selawat dan salam ditujukan buat Rasul junjungan SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabieen, salafus soleh dan jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT hingga hari Kiamat.
Yang Maha Pemurah
Lagi maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekelian alam. Selawat dan salam ditujukan buat Rasul junjungan SAW, ahli keluarga, para sahabat, para tabieen, salafus soleh dan jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT hingga hari Kiamat.
Minggu ini, Malaysia dilanda krisis politik yang mengejutkan hingga PM ke-7 merajuk meletakkan jawatan. Namun begitu beliau dipujuk oleh yang Dipertuan Agong menjadi PM interim sementara menunggu PM ke-8 dilantik. Ura-ura kedengaran DS Anwar Ibrahim calonnya, tetapi umum mengetahui lebih 60% MP Parti Harapan sekitarnya adalah 'non Muslim'. Tidak sampai 40% Muslim. Keadaan ini sangat membimbangkan...
Semoga Allah SWT berikan jalan keluar terbaik untuk menyelamatkan negara daripada jatuh ke tangan 'musuh-musuh' Islam.
Dalam penyampaian ceramah dan tazkirah suami ibu sering mengulang kata pujangga Arab "Kawan politik sering bergaduh apabila mendapat kuasa" ~ Inilah akibatnya apabila dakwah dan tarbiyah tidak mendidik mereka (ahli politik) menjadi insan bertaqwa. Akan berlaku banyak 'inhiraf' atau penyimpangan, apabila mereka yang jahil tentang Islam menyalahguna kuasa. Sebab itu pentingnya kita berada di dalam suasana dakwah dan tarbiyah. Perlu perkasakan 3 asas berikut:
1. Iman yang mendalam (suburkan tauhid @ makrifatulllah/ akidah)~ Perlu hadiri taman-taman syurga (usrah, daurah dsb)
2. Penyusunan yang rapi. Musuh Islam sentiasa menyusun strategi menjatuhkan umat Islam di mana sahaja. Sebab itu pentingnya umat Islam bersatu.
3. Jihad yang berterusan. Tiada erti rehat untuk kita selamatkan diri, ahli keluarga dan negara dari azab di dunia dan azab di akhirat.
Dalam menyuburkan keimanan kita sering diingatkan tentang kematian iaitu pemutus segala nikmat di dunia. Manusia
yang paling cerdik adalah mereka yang sentiasa mengingati mati dan membuat persiapan ke arah itu.
Kini setiap hari pasti ada berita di media sosial menginsafkan kita tentang kematian. Seorang demi seorang Allah menjemput kembali ke Rahmatullah, tidak mengira umur tua atau muda, terkenal atau biasa.
Awal bulan baru-baru ini, berita kematian dalam tidur Almarhum Abam Bocey dan Almarhum Ashraf Sinclair menjentik jiwa beberapa artis menginsafi bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan kita mencari bekalan untuk kekal di akhirat. Ibu respect pereka fesyen bernama Rizalman yang bertekad untuk mengundurkan diri dari diri dari dunia glamournya untuk fokus mencari bekalan untuk akhiratnya. Sehebat manapun nama dijulang, akhirnya akan dikuburkan di dalam tanah.
Nama 'galmour' itu akan tenggelam jua ditelan dek zaman. Harta benda dan keluarga yang disayangi akan ditinggalkan kecuali doa anak soleh, sedekah jariah dan segala amal soleh kerana Allah yang bakal mengiringi kita di alam barzakh dan di akhirat.
Berbalik kepada krisis politik yang masih rasict, memperjuangkan 'bangsa' dan melupakan titik bertolak Rasulullah SAW memulakan politik bermula dari keimanan yang mendalam, penyusunan yang rapi dan jihad yang berterusan. Apabila titik tolaknya betul, maka pertolongan Allah sentiasa mengiringi kemenangan Islam di mana-mana. Apabila niat berpolitik sudah menyimpang, berlakulah pecah belah kerana masing-masing ada kepentingan diri dalam berpolitik. Pepatah Arab menyebut 'rakan politik bersatu merebut kuasa, akhirnya akan bermusuh' . Inilah akibat titik bertolak politik bukan atas dasar akidah, penipuan demi penipuan akan tetap berlanjutan.
Semoga Allah beri keinsafan kepada mereka dan sempat bertaubat sebelum mati. Hendakk menyatukan umat, kikis dahulu kepentingan diri dan utamakan kepentingan ummah. Sebab itu dalam kelas halaqah, ibu sering ulang-ulang tentang visi dan misi dakwah dan tarbiyah agar menjadi darah daging anak-anak Matri. Mereka ada visi dan misi yang jelas sebagai bekalan menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Ibu merujuk visi dan misi Haluan.
Visi : Menjadi Khairu ummah yang menghayati Islam secara menyeluruh
Misi : Dakwah merubah masyarakat dan Tarbiyah membina pemimpin
Alhamdulillah, hujung minggu, 22-23 Febuari baru-baru ini Allah aturkan ibu berpeluang bersama anak menantu dan cucu-cucu di rumah agam milik salah seorang anak saudara kesayangan ibu (psiktris dan suaminya prof di UPM Serdang). Seronoklah cucu-cucu bermandi manda di swimming pool dan bersantai. Sudah lama kami tidak berjumpa dan nostaligia kami bercuti bersama mereka di Melbourne tahun 2010 dikenang melalui album simpanan mereka.
Diimbas kembali kenangan indah itu, Allah kurniakan keberanian ibu ke Melbourne seorang, membawa diri berpuasa dan berhari raya di sana. Ketika itu anak ibu sudah berada di sana 3 bulan bersama keluarga mereka.
Kenangan penuh makna di rumah Dr Norharlina dan Prof Zamberi~ 22-23 Feb |
Tahun 2017 ibu berpeluang menemani suami meronda-ronda di pantai timur selama seminggu mulai di Kelantan, Terengganu hingga ke Pahang dan berakhir di Segamat. Ketika berada di Kelantan, kami berpeluang mengikuti program di rumah agam pasangan doktor juga. Besar rumahnya dan suami menegur "Tak apa ada rumah besar tetapi dimakmurkan dengan kerja-kerja Islam"
Harapan ibu begitu juga dengan rumah anak saudara yang tersergam indah dan gagah itu agar menjadi taman-taman syurga dengan program silaturahim dan majlis-majlis ilmu yang berterusan. Mudah-mudahan diterima Allah menjadi amal soleh sebagai bekalan di alam barzakh.
Sejak suami diserang lemah jantung, setiap minggu kelas 'Mantiq' untuk pelajar Khassah di buat di rumah. Pelajar-pelajar khassah akan datang ke rumah. Pada hari yang sama kelas ibu juga, pelajar-pelajar ibu berkunjung ke rumah. Banyak bahagian kami ubah suai jadikan kelas agar ada suasana belajar di rumah.
Syukur Alhamdulillah, impian menjadikan rumah ini sebagai taman-taman syurga akhirnya kesampaian jua dengan izin Allah. Inilah nikmat dan bahagianya jika rumah dijadikan taman-taman syurga. Alhamdulillahi robbil alamin.Semoga taman-taman syurga ini terus subur walaupun kami telah meninggalkan dunia ini. Aamiin
Wassalam
Comments
Post a Comment