Kefahaman Islam Yang Mendalam
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, Allah pilih kita semua dapat memahami betapa zalimnya penjajah telah meletakkan pengajian Quran dan sunnah di level terbawah sekali (3rd class) berbanding dengan pendidikan bahasa Inggeris kononnya paling tinggi (1st class) memudahkan mendapatkan kerjaya yang lumayan gajinya walaupun tak solat. Pemikiran sesat ini masih diperjuangkan oleh atuk 93 tahun agar matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris. Kini mulai timbul perdebatan yang ingin memecah belahkan umat hanya faktor kecil tentang bahasa.
Mengapa tidak ajar dalam bahasa Arab? Bahasa syurga dan bahasa Al-Qur'an? Atok tu masih belum faham...Doakanlah dia semoga Allah kurniakan kefahaman tentang Deen-Nya. Mudah-mudahan di hujung nyawanya kelak. dia beroleh husnul khotimah. Berlapang dadalah wahai anak muda, jika dia faham, dia tidak sedegil itu...
Alhamdulillah, Allah pilih kita semua dapat memahami betapa zalimnya penjajah telah meletakkan pengajian Quran dan sunnah di level terbawah sekali (3rd class) berbanding dengan pendidikan bahasa Inggeris kononnya paling tinggi (1st class) memudahkan mendapatkan kerjaya yang lumayan gajinya walaupun tak solat. Pemikiran sesat ini masih diperjuangkan oleh atuk 93 tahun agar matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris. Kini mulai timbul perdebatan yang ingin memecah belahkan umat hanya faktor kecil tentang bahasa.
Mengapa tidak ajar dalam bahasa Arab? Bahasa syurga dan bahasa Al-Qur'an? Atok tu masih belum faham...Doakanlah dia semoga Allah kurniakan kefahaman tentang Deen-Nya. Mudah-mudahan di hujung nyawanya kelak. dia beroleh husnul khotimah. Berlapang dadalah wahai anak muda, jika dia faham, dia tidak sedegil itu...
Bak kata cucunda Mika:
Orang baik ka, orang jahat ka
Bukan kerja kita untuk menyukat
Lebih baik kita berselawat
Mudah-mudahan mendapat syafaat.
Doakan adik Mika dikurniakan 'faqeehu fideen' menjadi aset ummah kelak. Insha Allah
Pentingnya kesedaran Islam yang mendalam disebarkan kepada generasi muda kita hari ini agar mereka tidak keliru menjawab 3 persoalan hidup.
1. Dari mana mereka datang?
2. Untuk apa mereka didatangkan ke muka bumi ini?
3. Ke manakah akhirnya kehidupan mereka?
Alhamdulillah, Allah izin Cuti Tahun Baharu Cina, kami tidak ke mana-mana, hanya menunggu tetamu yang berkunjung menziarahi dan ada yang minta ibu beri tazkirah kuliah Subuh untuk alumni puteri Matri tahun 2017. Ibu tawarkan mereka berkumpul di rumah lebih mudah rasanya di samping mereka boleh berziarah. Pakej 3 dalam 1, berkongsi ilmu, refresh ukhuwwah dan muhasabah. Ibu kongsikan manfaat pentingnya kefahaman Islam yang mendalam (merujuk bahan-bahan tarbiyah yang terkumpul) agar mereka memiliki jiwa dan pemikiran sentiasa mencari bukan sekadar menunggu. Jauh bezanya kesan mereka yang mencari dengan mereka yang hanya menunggu ilmu datang kepada mereka. Hidayah dan taufik Allah perlu dicari... Ramai di antara alumni apabila meninggalkan Matri, tidak berpeluang berusrah menyebabkan mereka rindu suasana Matri sepanjang mereka belajar di sini. Mereka buat jamuan dan jemput guru-guru yang mengajar mereka demi mengukuhkan silaturahim. Bagus anak muda seperti ini, sentiasa kreatif dan inovatif menjemput berkah, tidak membebankan bekas-bekas gurunya.
Anak saudara ibu tiga beradik juga tidak berada di Matri lagi dan mereka kini bertanggungjawab membawa imej Matri di sekolah baharunya di Bintulu Sarawak. Ibu tidak bimbang kerana mereka memang bercita-cita menjadi imam di surau asrama sekolah itu memandangkan sekolah itu tidak ada ustaz.Ibu doakan semoga Allah kekalkan kenangan Manis berada di matri menjadi iktibar sepanjang hidupnya di mana sahaja mereka berada. Semoga mereka terbimbing di bawah kawal selia ustazah dan PK HEM sekolah tersebut. Ibu sudah suarakan pandangan agar Yayasan Matri atau HALUAN jadikan sekolah tersebut sebagai 'sekolah angkat' dan sekali sekala ada wakil yang menziarahi tiga beradik itu di asrama tersebut. Semoga Allah permudahkan urusan dakwah yang sedang bermula di sana kerana menurut adik ipar ibu di sana masih ramai pelajar kaum Iban yang masih belum Islam. Ibu yakin di mana sahaja pelajar Matri berada, mereka ibarat benih yang baik dan akan tumbuh di mana sahaja dicampakkan. Yakin dan doakan mereka akan menyambung kerja-kerja kita dengan LEBIH BAIK lagi. Mereka ada banyak tenaga dan sentiasa kreatif dan inovatif berbanding dengan kami yang semakin uzur dan kurang upaya bergerak jauh lagi
Sejak cuti persekolahan hingga minggu kedua tahun 2020, suami ibu tidak mampu membuat persiapan untuk usrah gabungan pada hari Selasa malam Rabu. Lengan kanannya sakit dan tangan terketar-ketar apabila cuba menulis. Menurut physioterapis, kesakitan itu adalah kesan dari lemah jantungnya. Wallahu alam.
Sudah menjadi rutinnya setiap kali sebelum ceramah mesti tulis apa yang ingin disampaikan. Ujian sakit bukan alasan untuk menangguhkan kerja-kerja Islam yang sudah dimulakan. Ibu sarankan agar refresh kembali bahan tarbiyah Almarhum Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan bin Md.Zain. Kami cari kertas almarhum dan mana yang terpilih, dihantar fotostate untuk besarkan hurufnya bagi memudahkan suami ulang kaji membacanya. Alhamdulillah ada pemuda Haluan dan Haluanita tolong buatkan slide power point dan kemudian mencetaknya untuk rujukan UOHS. Seronok wujudnya ukhuwwah saling takmil wal istikmal dalam mempersiapkan bahan rujukan agar beliau terus menyumbangkan suaranya mendidik anak muda bertebaran berdakwah ke seluruh pelusuk dunia. Aamiin.
Pentingnya Kefahaman Yang Mendalam
• Kemuliaan dan
Keunikan Ilmu (al Qur’an dan Sunnah)
yang sering diabaikan kerana majoriti manusia
LALAI terpesona dengan dunia
• Ilmu yang
memandu kepada kebahagiaan hidup
khususnya di akhirat nanti
• Ilmu yang
menyedarkan bahawa kehidupan kita di dunia
ini adalah dagang (ganjil) ini
hanya sekadar ‘transit’ menuju destinasi yang abadi.
• Menyedarkan
kita supaya sentiasa
sibuk mengumpul bekalan TAQWA
• ‘Maintain’ ketenangan, lapang dada, rasa puas dan bahagia
• Wujudnya perbezaan
(tamayuz) antara acuan Allah dengan sistem rekaan manusia.
Perangkap Jahiliyah menipu ummat
Tertipu
dengan perancangan penjajah (British) agar memandang lekeh kepada Al-Qur’an/Sunnah
Pendidikan
level tinggi ~ International School/ Bahasa Inggeris
Pendidikan level Sederhana ~ Sekolah Kebangsaan
(SK dan SMK)
Pendidikan level rendah ~ Pengajian Qur’an di
pondok. Surau/ masjid
~ Terperangkap
dalam sistem Sekular
Focus kita apabila telah faham
• Bekerja
dan berusaha sebagai bekalan di alam
Baqa
• Sentiasa
memikirkan kesudahan hidup seolah-olah sentiasa berada di alam akhirat
walaupun jasad masih di dunia.
• Tahu ke manakah
kita akhirnya?
• Syurga ?
• Neraka?
• Lahir rasa Takut kesan dari makrifatullah (mengenal
Allah)
• Dapat bezakan
antara haq dan batil juga antara Islam
dan jahiliyah
Comments
Post a Comment