Tinggalkan Rumah Kamu Sebentar
Selasa,
11 Febuari 2020 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1441 Hijrah, Selepas Isya' ibu tinggalkan seketika rumah menapak ke Dewan KDH Matri untuk menghadiri Usrah Gabungan sambil taddabur menikmati ketenangan malam. Sekali sekala berjalan kaki ada seronoknya sambil beriadhah. Dalam perjalanan pulang, kagum sungguh melihat bulan penuh. Teringat hadis Rasulullah SAW di mana Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah memaparkan hadits yang muttafaq ‘alaih.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لاَ تَضَامُّوْنَ فِي رُؤْيَتِهِ، فَإِنِ اْستَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوْا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوْعِ الشَّمْسِ وَصَلاَةٍ قَبْلَ غُرُوْبِهَا فَافْعَلُوْا
Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini (dalam permulaan hadits, diceritakan; waktu itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang melihat bulan mengambang). Kalian tidak berdesak-desakan ketika melihat-Nya Oleh kerana itu, jika kalian mampu, untuk tidak mengabaikan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari, maka kerjakanlah."
Setiap malam, sebelum tidur, suami berpesan supaya doakannya dapat bersama meneruskan kerja dakwah. Rancangan kami hendak tinggalkan rumah seketika menuju Melaka/Bangi terpaksa ditangguhkan selepas berjumpa doktor siang tadi. Doktor memaklumkan tekanan darah UOHS agak rendah. Menitik air matanya apabila dengar ibu redha agar musafir ini ditangguhkan.
Keputusan menangguhkan musafir ini sekadar untuk mengendurkan ketegangan dengan harapan mudah-mudahan seluruh ahli keluarga memahami cita-cita tertinggi kami adalah syahid di jalan Allah. Pada ibu, meneruskan musafir dakwah ini tidak menjadi masalah kerana Allah lapangkan fikiran dan jiwa ibu tidak pernah rasa terbeban dan tidak pernah terasa jauh. Malah Allah kurniakan rasa bahagia dapat bawa suami ambil angin setelah sekian lama memerap di rumah.
Yang merimaskan ibu adalah berhadapan dengan persepsi negatif mereka yang TIDAK MAHU memahami cita-cita kami. Sebaliknya sejak dulu dan kini, jika tidak ditegur akan jadi mungkin selamanya tidak akan berubah. Inilah virus pemikiran dan jiwa yang negatif itu sepatutnya dirawat segera. 'Virus' pemikiran yang rosak dan tidak mahu memahami itulah yang ibu akan perangi habis-habisan dengan pertolongan Allah jua. Ibu jadi 'monster' seketika demi memahamkan anak ibu agar mesej itu sampai kepada mereka yang berkenaan.
"Lain kali, jika ayah ibu hendak ke mana-mana, tak perlu minta izin atau maklumkan kepada mereka yang tidak mahu memahami. Tak kira anak kandung ke, anak tiri ke, jangan halang dan asyik nak menyusahkan hati ayah dan ibu. Apa salahnya sekali sekala kami nak makan angin, bersantai keluar dari rumah??? Fikir dan doakan yang baik-baik sudah cukup!!!"
Minggu lepas ada seseorang bertanya soalan yang payah juga nak jawab. "Puan, terus terang saya nak tanya... berdasarkan pengalaman puan, antara hidup bermadu (berpoligami) dengan menjadi ibu tiri, mana yang lebih perit?"
Pertengahan 1985 - 2009 ~ Alhamdulillah bahagia bersama pasangan yang sangat istiqomah dalam Dakwah dan Tarbiyah
Hujung 2009- awal 2012 ~ walaupun berpoligami tetapi masih bahagia kerana pasangan masih boleh istiqomah dalam dakwah dan tarbiyah.
Selepas Mac 2012 - Mei 2013 ~ Mulai rasa perit/ goncang apabila fikrah pasangan mulai bercelaru, tiada hala tuju yang jelas.
Mei 2013 - Mac 2015 - Sangat Tenang sebagai 'single lady' (Alhamdulillah)
Mac 2015 - 2020 ~ Alhamdulillah masih tenang kerana pasangan sangat memahami dan istiqomah di jalan dakwah dan tarbiyah. Tugas ibu dalam keluarga hanya mentaati suami, sudah cukup, tidak lebih dari itu.
Insha Allah, tidak akan timbul masalah jika semua memahami cita-cita tertinggi kami dalam dakwah dan tarbiyah.
Jawapannya sudah jelas, keperitan yang ibu alami apabila ada ahli keluarga yang tidak mahu memahami perjuangan kami. Jika wujud keadaan seperti ini, lebih baik DIAM dan serahkan segala urusan kepada Allah untuk memahamkannya. KPI wujudnya persefahaman adalah sejauhmana kita semua saling mengenal Allah, kenal Islam, memahami dan lengkap melengkapi menghayati fikrah Islam untuk menjadi khairu ummah.
Pada ibu, sebenarnya suami ibu sihat kerana mampu bangkit tahajjud seawal jam 2.30 pagi hingga Subuh. KPI seseorang itu sihat bukan diukur dari tekanan darah tetapi boleh diukur sejauhmana dekatnya dia dengan Allah setiap masa dan ketika walau di mana berada. Semoga bunyi bising berdesas desus tidak suka kami tinggalkan rumah dapat dihentikan serta merta!!! walaupun tekanan darah masih rendah.

Tajuk 'Tinggallah rumah kamu sebentar' disampaikan oleh Cikgu Mohd Adi Ismail mudah-mudahan dapat difahami oleh anak-anak muda hari ini. Di antara pengisiannya;
Alhamduliilah. Syukur pada Allah kita dapat hadir dengan satu niat untuk mentaati Allah dan membina ukhuwah.
Sama-sama kita mendalami deen Allah.
Malam ini adalah malam tradisi sejak zaman almarhum udmz. Mengadakan nuqoba utara selatan.
Muqaddimah- Banyak qaedah dah diberi , tapi tidak diamal.
Perlu dipraktik dalam kehidupan kita.
Kaedah berkait rapat dengan kerja kita.
Syeikh Muhammad Ahmad Arrasyid- fahami tugas kita sebagai hamba Allah, khalifah, dan dai.
Kalau tak buat kerja dakwah maka tak sempurnalah Islam kita.
Kalau disorot kembali dakwah Rasulullah saw- bila terima sahaja dakwah, mereka terus seru kepada Islam.
Rasulullah saw sentiasa cari peluang untuk berdakwah.
Menyeru manusia kenal Allah, jauhi toghut.Apa itu toghut?
Toghut itu boleh jadi berhala, boleh jadi orang, boleh jadi pemikiran yang rosak, undang-undang yang bukan dari Allah.
Dalam rangka mengasihi dan menyantuni masyarakat,perlu buat persediaan.
Banyakkan membaca.
Keperluan tiap rumah kena ada mini library.
Perlu kembali merujuk kepada ulamak muktabar.
Menurut Imam Ghazali- ketahuilah bahawa duduk di rumah,tatkala umat sedang rosak, adalah tidak wajar.
Udmz- adalah perlu di setiap kampung, seorang faqih dalam bidang masing-masing.
Harapan ummah adalah anak-anak muda- perlu turun ke medan masyarakat.
Faqih adalah orang yang faham Islam, praktikkan Islam dalam hidup dan ikuti pengajian mingguan,bulanan.
Kini kerja dakwah sudah jadi fardhu ain.
Oleh itu keluarlah kamu dari tempatmu .
Tiap orang wajib laksanakan- seru dan ajak manusia.
Ibnu Taimiyah-menghuraikan surah Al Mudatsir.- kewajipan bangun mengajak masyarakat.
Sebarkan wa'yul Islami.
Orang yg ada wa'yul Islami mesti keluar berdakwah.
Dakwah dimula dengan taaruf.
Bertaaruf diikuti dgn memperkenal Islam
Santuni keperluan duit, barang dapur, nasihat.
Dalam memberi- ikutlah kemampuan diri.
Samada wang ringgit, masa,tenaga.
Ibnu Qayim- orang yg benar itu
Berada dlm sof mukmin sentiasa...
Comments
Post a Comment