Hikmah dunia dilanda Virus Corona Dan 'Virus' LGBT?
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT di atas nikmat Iman dan Islam yang sentiasa menyelamatkan kita dari segala virus yang merosakkan fitrah suci insan dicipta. Hakikat sebenarnya kita diciptakan hanya untuk mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT.
Selawat dan salam kita tujukan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT hingga hari Kiamat. Semoga kita dan keturunan kita dihimpunkan bersama roh mereka selama-lamanya. Insha Allah kita akan tetap istiqomah bersama roh para anbia, roh para syuhada, roh para siddiqqin dan roh para solehin.
Fitrah pertama yang Allah 'install'kan atau tanam dalam jiwa kita semua sejak dilahirkan adalah fitrah untuk menTAUHIDkan Allah SWT. Semua roh sudah berjanji dan mengakui 'kami menyaksikan' ( بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ) apabila Allah bertanya bukankah AKU tuhan kamu? ( أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ )
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ
Maksudnya:
“Dan (ingatlah), ketika Rabbmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): ‘Bukankah Aku ini Rabbmu?’ Mereka menjawab: ‘Betul (Engkau Rabb kami), kami menjadi saksi.’ (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari Kiamat kamu tidak mengatakan: ‘Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Allah).’ (QS. surah Al A'raf (7):172)
Begitulah hakikatnya Muslim Uighur yang mempertahankan akidah dan iman mereka sentiasa dibuli dan dizalimi oleh pemerintah Komunis China menyebabkan seluruh umat Islam di dunia mendoakan keselamatan mereka. Serangan virus Corona adalah jawapan Allah kurniakan sebagai membalas kezaliman dan keangkuhan China mendabik dada seperti Firaun.
Kita perlu yakin pasti ada hikmah sebalik setiap kejadian, iaitu peringatan yang Allah SWT mahu kita renungi dengan penuh keinsafan.
Sama-sama kita renungi bersama bagaimana Allah munculkan wabak 'novel coronavirus' yang menyerang bandar raya Wuhan di Hubei, China pada pertengahan Disember tahun lalu, dan kini telah merebak ke serata dunia termasuk Malaysia?
BEIJING mengesahkan jumlah kematian akibat wabak coronavirus kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 560, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei yang paling teruk terkesan, melaporkan 70 korban baharu pada Khamis.
Suruhanjaya Kesihatan di Hubei dalam maklumat kemas kini hariannya, turut mengesahkan 2,987 kes jangkitan baharu.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan coronavirus di China mencecah lebih 27,300 kes, berdasarkan angka sebelum ini yang dikeluarkan kerajaan pusat.
Dunia menyaksikan beberapa bulan sebelum wabak itu menyerang, seluruh dunia tertumpu ke Xinjiang, China, wilayah etnik Uyghur yang beragama Islam.Di sana, orang Uyghur ditahan di dalam kem yang kononnya bertujuan untuk memberi pendidikan vokasional. Namun sebaliknya mereka ditindas dan didera dengan pelbagai bentuk kezaliman. Muslimat diperkosa malah dipaksa tidur sekatil dengan lelaki yang menahan suami mereka. Warga Uyghur dipenjarakan tanpa sebarang alasan melainkan hanya kerana mereka beriman kepada Allah.
Lebih zalim dengan adanya laporan ramai tahanan Uyghur dibunuh untuk dijual organ mereka. Anehnya, apabila dunia termasuk PBB mengecam kekejaman China, rejim komunis China 'memekakkan telinga dan terus dengan angkuh dan sombongnya menindas penduduk Muslim Uyghur.
Pelbagai bentuk kekejaman yang tidak masuk akal dilaporkan berlaku di sebalik tembok apa yang disebut oleh Beijing sebagai pusat latihan vokasional untuk Muslim Uyghur.
Belum reda lagi isu Uyghur, rejim komunis sombong pimpinan Xi Jinping menyerang pula warga Muslim daripada etnik Han. Masjid-masjid dirobohkan. Begitu juga gereja.
Sebagai negara dengan populasi terbesar dunia, kekuatan ekonomi yang tidak tertanding, bilangan tentera yang paling ramai, pemegang kuasa veto dan rangkaian etnik China yang bertebaran di serata benua, Beijing semakin ghairah mahu meng;china'kan dunia. Mutakhir ini mendapat laporan Ekonomi China menuju ke ambang 'muflis' hanya kerana tersebarnya virus tersebut. Maha Kuasa Allah menundukkan keangkuhan mereka.
Berkaitan dengan keangkuhan, di Tanah sucipun ada makhluk yang berani melanggar fitrah suci Allah yang menjadikannya sebagai lelaki namun beribadah mengikut cara wanita. Beberapa ulamak di Malaysia sudah mengesahkan jantinanya lelaki mengikut surat beranak dan pasport mereka. Sungguh berani dia melawan fitrah yang Allah kurniakan, sebaliknya gunakan kekayaannya dan sokongan rakan liberalnya (LGBT) untuk 'lari' dari hukuman, menyebabkan kemarahan umat Islam di Malaysia. Usah kita marah dan buang tenaga kerana kejahilan mereka. Tunggulah Allah hantar virus kepadanya suatu masa nanti jika golongan LGBT ini masih tidak mahu bertaubat. Baru-baru ini mendapat khabar ibunya bersumpah bahawa dia dilahirkan 'khunsa'
Wallahu alam,
Berhati-hatilah jika angkuh dan sombong samalah seperti iblis, Firaun dan Qarun cuba melawan fitrah suci yang Allah kurniakan untuk menyelamatkan kita. Jika masih tidak sedar lagi bermakna mereka mengundang 'virus' yang akan memusnahkan diri sendiri.
Hikmahnya di sebalik virus yang mendunia itu, Mendunia manusia tersentak, khususnya di China kini belajar tentang Islam kerana kagum dengan berita tidak ada seorang pun Muslim Uyghur diserang virus tersebut ealaupun kem mereka hanya di sempadan Wuhan.
Mereka berwudhu sekurang-kurangnya 5 kali sehari menjaga kesucian tubuh. Solat fardhu 5 waktu sehari menjaga kesucian roh. Makan hanya makanan yang halal dan bersih (halalan toiyiban) Masha Allah Tabarakallah. Islam menjamin dan menjaga keselamatan dari serangan virus tersebut.
Hikmah serangan 'virus' LGBT? Mudah-mudahan semua lelaki dan wanita tahu hakikat dirinya diciptakan ikut jantina yang Allah sudah tetapkan. Lelaki tidak sama dengan wanita. Itu adalah fitrah yang Allah sudah telah tetapkan
Wallahu alam...
Comments
Post a Comment