"Desire" & "will power"

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi. Allah yang mengatur dan mengurus kehidupan sejak dulu, kini dan selamanya dengan serba sempurna tanpa sebarang kecacatan. Allah tak pernah tidur dan rehat mentarbiyah para hamba-Nya agar sentiasa dekat kepada-Nya. Inilah hakikat taqwa yang memerlukan desire dan will power untuk mendapatkannya. Tadah niat untuk berubah dengan harapkan redha-Nya semata-mata.

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat para tabieen, tabiut tabieen salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT 

Mutakhir ini sering terlintas wajah-wajah teman sekolah rendah  dan menengah lebih 50 tahun lalu. Ibu terkejut salah seorang yang mengenali ibu menegur. Kelakar pun ye...

"Kau kalau senyum, aku tengok sikit aje kan?" Manisah teman sekelas ibu hampir 50 tahun lalu menyapa kenangan kami dalam wassap peribadi. Beliau masih tinggal di kampung yang sama di Bukit Banjar Tangkak. Jejak kasih melalui Sahabat dalam group Gema Fajar.

Teman berbasikal bersama ke sekolah menengah tingkatan 1-3 mengimbas kembali watak ibu sepanjang berkawan dengannya, jika tidak silap tahun 1976 hingga tahun 1978. Baharu ibu perasan ibu memang jarang tersenyum sepanjang kehidupan ibu. Tetapi jika terusik  dengan isu yang kelakar boleh ketawa berdekah-dekah. 

Ketika itu juga ujian yang ibu hadapi bertubi-tubi, hilang pendengaran merupakan ujian nombor satu. Ujian nombor dua, emak sering keluar masuk hospital kerana serangan migraine yang agak serius. Anak ramai, Dua kakak sudah kahwin dan ikut suami masing-masing. 

Ketiadaan emak di rumah ibu rasakan serba serbi tak lengkap dan sepi. Namun Abah amat memahami, sering masuk dapur dan ibu orang yang paling sedih bila nampak abah masak terutama goreng cucuq pisang, besar kecik tak sekata. Suka tak suka, terpaksa ambil alih tugas emak bila Abah pergi kerja.

Masa tu masih remaja, panas baran masih berapi-api. Kalau cuci pinggan  mangkuk memang berbunyi sampai ke ruang tamu, mungkin jiran sebelah rumahpun boleh dengar.  Double atau tripple stress mungkin. Abah tegur,

 " kalau cuci pinggan macam nak pecah, baik tak payah cuci!"

Terasa di hati, Abah tegur aku tak ikhlas😔 buat kerja. Penat sangat mungkin kot. Alhamdulillah sejak itu adik bungsu ambil alih tugas cuci pinggan. Namun ibu sangat terhibur bila emak selalu memuji " kalau Norli cuci pinggan emak tengok bersih!"

Tak tahu lah nak 'jek' atau tarbiyah adik bungsu.

Zaman itu belum ada kaunselor dan ibu  tidak tahu bagaimana harus merawat luka-luka yang berbekas dalam jiwa. Bànyak pengalaman mencorakkan watak ibu agak garang, tegas dan suara nyaring macam kem komandan  gara-gara terlatih menjerit apabila bergaduh dengan abang-abang yang suka menyakat. 

Kenangan kenakalan ibu mungkin peningkan kepala emak dan Abah hendak mendidik. Ibu perasan Almarhum Abah hendak jinakkan ibu bukan senang, terpaksa gunakan kata-kata yang berbekas di jiwa. Jika malas solat Abah tegur " kau ni sekejap sembahyang, sekejap tidak. Senang jadi orang kafir aje, tak payah sembahyang"

Kata-kata yang berbekas di jiwa sampai hari ini, sejak ditegur sekeras itu, ibu takut nak tinggalkan solat. Alhamdulillah 👍😁 ikhlas sungguh teguran Almarhum Abah, tak mahu anaknya jadi bahan bakar api neraka. Dari Abah juga ibu bànyak perhatikan di hujung usianya sentiasa bangun tahajjud dan membaca Qur'an.

Sikap buruk ibu ada keladak PHD (perasaan hasad dengki) yang berkerak tebal dalam dada,  sangat cemburu dengan adik bungsu dapat perhatian lebih menyebabkan dia jadi mangsa cubitan dan kemarahan kakaknya yang sorang ni. Abah perasan perangai PHD yang bertakhta dalam jiwa anak dara kesayangannya. Memang  hairan, emak tegur berkali-kali tak terasa di hati. Apabila Almarhum Abah sebut " hati kau busuk". Ya Allah hiba rasa hati.  Sejak ditegur sekeras itu, ibu selalu  mengadu kepada Allah, "betulkan hati aku busuk...macam mana nak bersihkan hati busuk."

Sejak itu datangnya 'desire' ibu hendak perbaiki diri. Ibu mencari-cari kawan yang boleh bimbing diri ibu agar tidak busuk hati lagi. Alhamdulillah, dapat jiran depan rumah bernama Zainon Ahmad, teman setia ibu yang rajin berkongsi tentang amalan Islam yang difahaminya. Ibu sedang menjejak kasih mencarinya.

Semua ibu bapa sayang anaknya. Mungkin dah pencen, tak sampai hati nak hambat ibu dengan rotan. Kalau ibu tak suka, ibu selalu tulis NOTA pada Abah. Almarhum Abah tegur sekeras itu kerana sayang. Menurut kakak dan abang, ibu dan adik-adik beruntung kerana tak pernah dihambat rotan seperti mereka membesar dahulu. Abang sulung, kak Ngah, kak Uda dan  adik-adik dibawahnya puas dihambat rotan jika tidak ikut kata atau degil.

"Ya Allah sayangilah ibu Dan ayahku sepertimana mereka menyayangi aku semasa aku kecil"

Rupa-rupanya kak Ngah Dan Kak Uda sangat prihatin membantu ibu. Adik bungsu apa lagi, teman bergaduh dan teman sama-sama membesar bànyak membantu ibu menjadi semakin baik dari hari ke hari sampai tahap ibu dikenali dalam family sangat mudah kasihan.

 "Awak ni sikit-sikit kesian, sikit-sikit kesian" mudah kesian melihat mereka yang kurang upaya dalam serba serbi kehidupan. Paling geli hati bila ibu kesian sangat melihat keadaan Mon bisu yang menangis sungguh-sungguh diceraikan oleh suaminya yang berkahwin lain. Abah yang usaha keras membantunya selesaikan kes perceraian itu. Kesiankan orang, aku juga diuji dapat merasai perasaan Mon ketika bercerai. Bezanya, Alhamdulillah ibu tak menangis dan tidak menderita walau sedikitpun selepas bercerai. Allah bersamaku. Alhamdulillah 

Sifat kesian juga membuka pintu hati ibu menerima lamaran dari ukhti Wahida bagi pihak Ustaz Omar. Ibu juga tidak menyangka begitu mudah menerimanya tanpa menyiasat tentang ahli keluarganya. Sangka baik sahaja. "Will power" yang mengeratkan ibu menerima adalah niat harapkan redha-Nya. Siapa pun yang Allah aturkan, ibu tidak akan tolak. Lebih-lebih lagi ingin mendalami pengalaman murabbi kukuhkan dakwah dan tarbiyah dalam jiwa, juga dalam pemikiran dan tindakan.

Semasa mengulas ayat-ayat surah Yunus yang ibu bentangkan, adik bungsu ada sebut perkataan "will power" rasa berkenan di hati. Maksudnya sedaya upaya usahakan apa yang boleh. Suami selalu sebut, usahakan semaksima mungkin. Natijahnya serahkan kepada Allah SWT. "Will power" dalam Islam adalah khazanah dalam syurga iaitu La hau la wala quwatta Illa Billah Aliyyil Azim



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil