Persiapan Menjelang Ramadhan 1444 Hijrah

 Dengan Nama Allah

Rabb Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Segala Puji-pujian hanya sanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala isi langit dan bumi.

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kini taddabur melalui media Gema Fajar, semalam(Khamis)  sudah selesai surah Yunus Dan kini masuk surah Hud. Hari ini kami beri laluan kepada Puan Hjh Asnah taddaburi surah An Nas sebagai rutin taddabur juz Amma setiap pagi Jumaat. Biasa diselang seli dengan adik ibu Norhairiah.

Terkesan mendengar kupasan beliau tentang 1001 ragam manusia yang perlu kita depanipun mesti mohon pertolongan Allah SWT. Ketika kendalikan usrah tengah hari Rabu bertajuk Hakikat Cinta 1st class seorang ibu berumur 70an meluahkan rasa sukar untuk zahirkan hakikat Cinta kerana Allah kepada seseorang yang telah mengguris hatinya. "Susah...syaitan sentiasa bisik-bisik, payah nak hilang rasa tu"

Isu ini ibu rumuskan dalam Penutup Taddabur surah An Nas, "lintasan hati yang negatif itulah bisikan syaitan yang sentiasa bertali arus tidak putus-putus melanda jiwa kita yang menyebabkan hati kita Kotor  dan busuk.  Macam sampah, habuk yang sehalus-halusnya ( ibarat dosa-dosa kecil) pun sentiasa bertali arus mengotorkan lantai rumah sebab itu perlu bersihkan selalu agar habuk itu tidak menebal. Bila sudah tebal payah nak menyentalnya. Bisikan syaitan itupun kalau tak dibersihkan akan menebalkan keladak dan kerak jahiliyah dalam hati. Payah nak buang sebab dah jadi sarang@rumah memudahkan urusan syaitan keluar masuk dan beranak penak di situ. Keladak atau sampah itu menjadi hijab kita dengan Allah. Tidak rasa kemanisan Iman untuk beribadah. Perlu usaha yang serius membuang sarang syaitan itu terus bertakhta dalam jiwa.

Di samping mengamalkan ayat-ayat muwazatain (3 Qul) kita perlu berusaha semaksima mungkin membersihkan qalbu kita dengan menjalani proses takhliyah@membuang semua kebusukan jiwa. Rutinkan@ mudawwamah Istighfar sebanyak-banyaknya setulus hati akan menghalau semua bisikan syaitan tersebut dan solat Taubat setiap hari itulah Clorox yg mensucikan jiwa kita. Insha'Allah..." Berdoa selalu semoga Allah sucikan hati kita di samping ada 'will power' cari ilmu dan amalkan Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menghiasai jiwa yang dalam menjalani  tahliyah (hiasan). 


Berbalik kepada Juz 12 yang akan ditaddaburi esok, ibu suka mengulangi setiap kali sebelum masuk Juz baharu tentang intipati setiap surah yang dirumuskan oleh Syeikh Amru Khalid dalam Buku Khowatir Quraniyah. 

Surah-surah yang sudah ditaddaburi:

Al Fatehah - intipati kandungan seluruh Al Qur'an.

Al Baqarah - manhaj yang perlu kita ikuti untuk menjadi khalifah yang memakmurkan alam ini. Sibghatallah (hanya guna atau ikut acuan Allah)

Ali Imran - Teguhkan qalbu@hati untuk  terus berada di atas manhaj ini. 

An Nisa' - Kepentingan Adil merupakan syarat utama untuk menjamin tertegaknya kekhalifahan.

Al Maidah -  Tepati janji yang telah disepakati

Al- An'am- Teguh dan mantapkan Tauhid/Akidah dan Iman secara iktikad dan perbuatan.

Al- A'raf - Teguhkan pendirian untuk confirm pilih manhaj ini 100%, bukan duduk atas Pagar.

Al Anfal - Pelengkap manhaj , suatu  kemenangan terjadi bukan kerana aspek atau faktor kebendaan semata-mata, tetapi kerana adanya pertolongan Allah SWT kepada orang-orang beriman. 

At Taubah - 17 kali Allah beri peluang kepada orang munafik dan kafir agar bertaubat. Allah bongkar seluruh keburukan sikap mereka.

Surah Yunus - Hakikat Qada' Dan Qadar Allah

Alhamdulillah, 10 surah dari Al Qur'an ini menunjukkan manhaj atau sistem yang harus diperhatikan dalam menata kelola bumi ini semakin  jelas dan terang.

Ini azam ibu, Insha'Allah untuk teruskan program ini sepanjang hayat khususnya di bulan Ramadhan yang bakal menjadi tetamu agung kita semua umat Islam. 

Dalam persiapan menyambut Ramadhan, ibu tersentuh membaca satu hadis dari buku Gurbatul Qur'an halaman  120 dan 121.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassalam yang bermaksud: 

"Sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibaca Al Qur'an akan terlihat oleh penduduk langit sebagaimana terlihatnya bintang oleh penduduk bumi."

(HR Bukhari Muslim)

Riwayat lain;

"Sesungguhnya rumah yang dibacakan Al Qur'an, bacaan  Al Qur'an itu akan menyinari rumah itu, menerangi penduduk langit sebagaimana bintang menyinari bumi"

Terpegun ibu baca dan ulang baca, Subhanallah rupa-rupanya penduduk langit mendapat sinaran cahaya daripada bacaan Qur'an penduduk bumi. Allahu Akbar, baharu ibu tahu. 

Siapa penduduk langit?

Pasti semua tahu para malaikat. Pada malam Al Qadr @ lailatul Qadr , para malaikat akan turun ke bumi menuju ke rumah-rumah orang yang sudah dikenalinya setelah sekian lama mereka perhati dari langit  ada sinaran cahaya dari rumah-rumah orang yang sering membaca Al Qur'an.

Jadi kita perlu menombor satukan dalam rutin@ mudawwamah membaca Al Qur'an serta taddaburinya dalam keseharian hidup' kita. Mustahil tetamu agung  iaitu lailatul Qadr akan berkunjung di rumah yang bagaikan kubur, tidak pernah dibacakan Al Qur'an.

Persiapan kedua adalah menjalani 5 proses menuju ketakwaan yang ditulus oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan. Suami ibu berpesan mencari semula buku itu untuk dibaca bersama sepanjang bulan Rejab Dan Syaaban

5 proses Menuju ketakwaan:

1. Muahadah 

2. Muroqobah

3. Muhasabah

4. Muaqobah

5. Mujahadah

Persiapan seterusnya, peruntukkan sebahagian rezeki kita untuk diinfakkan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Bayangkan jika infak itu Allah izin  terkena malam lailatul Qadr, Subhanallah berganda2 , seolah-olah kita sudah berinfak selama 1000 bulan. Allahu Akbar, Maha Baik-Nya Allah.

Ikut Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, semakin laju infak baginda bagaikan angin sepanjang bulan Ramadhan. 

Rehat seketika, nanti ibu sambung lagi







Surah Al 


 


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil