Tata kelola yang baik

 Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Puji-pujian hanya milik Allah yang sentiasa mempermudahkan urusan para hamba-Nya yang inginkan kebahagiaan dalam keredhaan-Nya.

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, tabiut tabieen salafus soleh ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT.

Hari Khamis semalam baharu kami selesaikan taddabur surah At Taubah. Alhamdulillah. Dikunjungi tetamu family Sir Nasir dari Bagan Serai waktu tengah hari. Pukul 3.00 petang ada Usrah Amal. Alhamdulillah, semua urusan Allah permudahkan. 

Allahu Akbar, meruntun jiwa membacakan kisah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam berhadapan dengan orang-orang Munafik di Madinah, betapa payahnya baginda hendak merapatkan saff perjuangan mujahid Islam akibat gara-gara kedegilan orang Munafik. Benarlah orang munafik sangat merbahaya bagai gunting dalam lipatan mengkhianati amanah, suka bercakap bohong  dan tidak menepati janji. 

Sebenarnya kemunafikan juga ada dalam diri kita, dalam keluarga kita yang menjadi ujian kepada ayah bonda berhadapan dengan kedegilan anak-anak dan cucu-cucu. Dalam masyarakat lebih bànyak kemunafikan yang menyukarkan PMX merapatkan saff umat Islam yang  1001 ragam dan memang tidak mahu seragam Akidah, Ibadan dan amal. 

Terharu melihat  berita PMX melawat  Terengganu tidak disambut oleh Kerajaan Negeri. Tatakelola yang ada PHD(perasaan hasad dengki) sangatlah merbahaya dan memburukkan nama PAS  Dan nama Islam. Busuknya hati!

Masalah sosial lagilah melambak kemunafikannya, paling sensasi dan terkini, sang suami block nombor HP isteri dalam tempoh yang  agak lama, senyap-senyap kahwin baharu di Thailand tanpa izin bukan sahaja daripada isteri pertama bahkan tanpa izin kedua ibu bapa lelaki tersebut. Bercakap bohong, tidak tetapi janji dan tidak menunaikan amanah yang Allah kurniakan. 

Bagi ibu pengalaman tahun 2009-2013 menyebabkan ibu serik berebut suami yang mudah dimanipulasi oleh wanita muda yang tidak tahu bersyukur. Dia hendak memunya  semua, ambillah. Just 'look and see', selama mana mereka boleh bahagia di atas penderitaan orang lain suatu ketika dahulu. Jangan ambil tahu lagi bagus. Alhamdulillah, kini lebih tenang.

Beralah bukan maknanya kalah atau salah. Ibu rela hilang suami walaupun sudah 28 tahun kami melayar bahtera bersama asalkan Allah redha. Suami milik Allah, bukan milik kita.  Bila suami mula menjadi 'dayus' kesan manipulasi isteri muda, sudah tidak ada maknanya lagi jika kita terus bermati-matian pertahankan rumahtangga yang rosak dan senget sebelah kerana gara-gara kemunafikan. Hidup' ini untuk beribadah, bukan hendak berebut lelaki, harta dan takhta. Kita hendak membesarkan hanya Allah, bukan menata kelola kemunafikan. 

Ibu amat menyokong keputusan Siti Sarah dalam isu ini. Memang amat penat dan meletihkan serta sukar untuk perbaiki keadaan jika ada unsur-unsur kemunafikan sudah menelinap dan mengawal ketua keluarga. Nauzubillahi min zalik . Mudah-mudahan kita semua sempat bertaubat sebelum nyawa bercerai dengan jasad.

Berbeza isu Siti Sarah isteri pertama Nabi Ibrahim, suaminya berjiwa  mukhlis, ikhlas mampu mentarbiyah kedua-dua isterinya mentaati Allah. Tidak menjadi masalah bagi Siti Hajar, malah beliau redha dihantar ke Makkah bersama anaknya Ismail yang masih bayi demi menjaga kesejahteraan jiwa isteri pertama. Tidak ada niat Siti Hajar hendak manipulasi suaminya supaya menzalimi madunya. Subhanallah...

Suami yang tulus ikhlas ubudiyyahnya kepada Allah sentiasa Allah permudahkannya urusannya walaupun berpoligami. Jika ada niat hendak menyimpang, huru hara jadinya, syaitan berbisik dan menghasud pasangan melondehkan aib masing-masing.

17 Kali Allah beri peluang mereka bertaubat sepanjang mentaddaburi 129 ayat surah At Taubah.

Kisah Tsalabah, Abu luklubah dan Kaab bin Malik juga sangat menginsafkan memudahkan lagi kami memahami maksud tersurat dan tersirat.

Jazakillahu khyran kathira kepada adik bungsu ibu bànyak membantu 'back up' tugas kak Ngah yang sedang bercuti di Hanoi dan juga 'back up' tugas kak Uda yang sedang demam Dan ulser dalam mulut yang semakin bànyak.  Syafakillah Uda, semoga cepat sembuh! 

Idea penambah baikkan program taddabur sangat dialu-alukan. Menjelang Ramadan, kami berazam taddaburi 99 Asma' Allah. Esok akan masuk Asma' ke-6, Al Mukmin. 75 hari lagi Ramadhan, harapnya sempat kami selesaikan seperti yang dirancangkan. 

Ibu amat bersyukur kini sudah lbih 250 hari kami bertaddabur. Persiapan membaca  buku Tafsir setiap hari bukan lagi menjadi beban, tetapi seronok dan bànyak pencerahan minda dan jiwa ibu. Rasa lebih bahagia jika tabiat membaca menjadi darah daginging hingga hujung nyawa ibi. Syukur Allah pilih dan  bimbing ibu ke arah itu melalui kak Ngah pencetus  idea Gema Fajar. 

Inilah pilihan ibu secara sukarela membantu kak Ngah menjayakan program Gema Fajar. Semoga pendengar atau semua muttarabbi GF akan faham agenda kami empat beradik sebenarnya, iaitu membumikan Taddabur Al Qur'an ke seluruh pelusuk dunia, Dan ganjaran pahalanya untuk kedua ibu bapa yang telah berusaha mendidik kami dengan sebaik-baiknya.

Paling terharu, suami ibu yang uzur dan terbaring dapat sama- sama mendengar taddabur setiap jam 4.20 pagi dan  6.20 pagi. Kalau ibu terlajak, beliaulah yang ingatkan "dah pukul 4.00 pagi"

 Hazamin fadhli Rabbi. Tilawah Qur'an bersanad dengan Syeikh Ismael setiap jam 8.00 mlm hari Selasa hingga Jumaat (4 hari seminggu). Kelas Taranum juga ibu ikut serta tetapi sunat@ bila sempat sahaja. Alhamdulillah. Dua minggu sekali  dan hujung minggu program usrah dan  2 halaqah kaum ibu.

Suami benarkan kami berusrah dalam wad VVIPnya dan katanya "dapatlah  tumpang dengar..." 
Semoga di hujung nyawa kami Penuh dengan zikrullah yang diredhai Allah

Harapan ibu, semua anak menantu dan cucu-cucu  sudah memahami, inilah penghibur ibu selamanya. Jangan menaruh sebarang harapan untuk ajak ibu sibukkan diri dengan makan minum fizikal. Ibu lemas dan tidak rela masa ibu terbazir dengan urusan itu lagi.  Roh kita lebih perlukan makanan wahyu  hingga kenyang sebelum kita dipanggil pulang menghadap-Nya dan transit di alam barzakh sebelum kiamat berlaku. 



Kalau ada cebisan rasa ihsan di hati kalian, hantarlah atau belilah juadah yang ayah suka. Jika tidak, ibu sudah faham, ibu akan sediakan untuk ayah sekadar apa yang ibu mampu. 

Kalau ada jamuan semasa usrah, ibu sediakan air, ahli usrah yang bawa pot luck. Mereka sangat faham dan amat bersyukur ibu menyantuni ustaz Omar, dan tidak mahu sibukkan ibu dengan persiapan juadah kecuali kalau ibu oder dan minta sesiapa COD.

Tatakelola yang baik dalam rumahtangga bermula dari peranan suami. Suami yang berubudiyyah Sepenuhnya kepada Allah Alhamdulillah suami ibu amat menyokong ibu oder sahaja dan fokus kepada aktiviti yang ibu suka asal ibu sentiasa mendampinginya. Yang mana ibu tidak mampu urus, pembantu rumah akan selesaikan. No Komen!


Masalah jiran sebelah itu rumahtangga mereka. Bukan tanggung jawab ayah, apa lagi ibu tiri. Cuma tetamu ibu rasa pelik ketika fisioterapi datang, di hujung sesi suami ibu bertanya kepadanya tentang perkembangan kesihatan anaknya yang menjadi jiran kami. Ya lah, fisioterapit itu bertugas di hospital HTF. Anaknya beberapa kali datang ziarah melihat ayahnya tetapi Komunikasi tidak berlaku (sejarah lalu ibu tak tahu dan suami tak pernah ceritakan). Hal ini disaksikan sekali oleh sahibah  Putra Jaya yang berkunjung menziarahi di pagi Ahad lalu. Tercengang dia melihatnya, sampai fisioterapit kata " maaf Ustaz, saya tidak tahu"

Ibu maklumkan "dalam rumah ni memang susah nak nampak ayah dan anak berkomunikasi, dua-dua ni ahli syurga tak bànyak dosa". Ibu malas nak intai punca mereka sukar  dan janggal berkomunikasi. Sangka baik sahaja. "Jika ayahnya pun rasa macam tu, apa lagi aku!" Memang sukar, "pandai-pandailah engkau!" Ibu pujuk diri. Last sekali baca surah Al Ghafir ayat 44. Serahkan segala urusan kepada Allah, asalkan jangan jadi isteri dan  anak Nabi Nuh sudah. Nauzubillahi min zalik 

Ini juga tatakelola yang baik menyantuni anak-anak yang tidak berminat langsung membantu atau menyokong ayahnya dalam urusan dakwah dan tarbiyah. Dah tak suka duduk diam-diam. Senang cerita.

Ibupun selalu suami ingatkan, kalau tak suka diam (tentang makanan mungkin juga soal dan urusan lainpun sama) memang Sunnah Nabipun. Tak suka sudah! Diam sahaja.  Diam pun membantu ibu proses diri  agar banyak bersabar. 

Jika ibu tidak  mahu ambil tahu bukan bermakna ibu tidak  suka, tapi ibu nak 'maintain ' ketenangan hati " hingga di hujung nyawa. Tidak ada masa lagi nak bazir masa kepada mereka yang tak sudi. Fokus kepada  mereka yang ada desired dan mencar-cari ruang dan peluang merasai manisnya nikmat Iman Dan Islam. 

Wallahu alam bis shawab

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil