Sanah helwah 78 & 63 Tahun

Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang 

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Dan memiliki Segala isi langit dan bumi. Sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat-Nya, di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita untuk memurnikan ketaatan kita untuk menolong Deen Allah hingga akhir hayat.

Hasrat di hati ingin meraikan ulang tahun ke-78 suami bersama semua anak menantu dan cucu-cucu. Namun ibu redha terima macam-macam alasan mereka, maklumlah awal tahun, sekolah baharu dibuka. Ibu pasrah terima sahaja apa yang terbaik yang Allah akan aturkan.

Yang ibu harapkan mengenangkan kudrat yang melemah, biarlah anak muda yang rancang agenda yang menghibur suami ibu. Keputusan akhir, redhalah raikan bersama besan ibu di mana tarikh lahirnya sama iaitu 2 Januari, Cuma berbeza tahunnya sahaja. Suami ibu lahir tahun 1945, besan pada tahun 1959. Semoga selepas ini, diharap Cikgu Nordin akan wujudkan team work yang menyambung usrah gabungan meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah yang dirintis oleh UOHS yg diwarisi daripada Almarhum Ustaz Dahlan bin Md. Zain



Tidak ada apa-apa persiapan juadah kecuali Nasi dagang yang menjadi favorite dish suami  dan besan kami. Nak oder nasi dagang pada 2  Januari, semua kedai nasi dagang  tutup. 

Hari Sabtu, ibu survey nasi dagang di Ngulang Kopitiam. Mak datuk ai, nak parking punyalah payah, melambak kereta mencari tempat kosong. Alang-alang dah sampai ibu oder juga, menunggu hampir satu jam. Itu pun ibu berdiri mengadap gerai nasi dagang dan tolong mereka bungkus oder ibu. Ha ha, ibu habaq nk balik cepat, ada orang sakit suruh balik cepat. Ibu minta pembantu rumah tunggu  sampai ibu balik. Bila rasa, suami kata nasi dagang Arau lagi sedap. Ibu block oder dengan ngulang kopitiam.




 Tanya taukey nasi dagang dagang Beseri, depa habaq "maaf tak buka kak"

Pilihan yang ada hanya di Arau. Tetapi Nasi Dagang Arau tutup hari Isnin. Ligat ibu fikir nak buat lagu mana. Ibu minta tolong dua pelajar Khassah temani suami untuk ibu ke ATM Maybank, transfer pencen ibu diinfak ke merata yang perlu  di C mart  Arau. Sebelum itu  ibu ambil oder nasi Dagang 15 bungkus untuk disejuk bekukan. 

Pagi Isnin, 2 Januari, anaknda Khubaib maklumkan nak raikan ulang tahun ke-78 ustaz Omar bersama  semua pelajar Khassah 2 yang bànyak membantu menyantuni murabbinya setiap hari. Ibu tak boleh tolak hasrat murni mereka. Pernah sekali ibu tolak cadangkan mereka nak ziarah mengejut. Kesal pulak menolak, sedangkan dah nak sampai...

Secepat kilat terus PM oder ayam goreng 60 ketul, kemudian borong semua Nasi kuning di gerai ibu pelajar Matri sebelum Shell. Waktu hendak membayar, ada hamba Allah yang rapat  dan kenal ibu hulurkan duit nak bagi sumbangan meraikan pelajar Khassah. Subhanallah, berebut insan mulia hendak infak majlis ad hoc ini.

Memang ada rasa letih tetapi ibu benar-benar terhibur dengan apa yang Allah aturkan. Sepanjang malam, suami tak boleh tidur, ibu turut tak dapat tidur. Kerana Allah, ibu usahakan juga apa yang terdaya walaupun ada pihak yang seolah-olah buat tak tahu atau mungkin mem'boikot'.

Bagi ibu, nak tolong silakan, tak nak tolong sudah, duduk diam-diam. Jangan harap   ibu  akan berikan arahan kepada orang yang masih tidak mahu mengenali ibu  dan masih rasa jauh hati. 

Ibupun dah letih, pernah minta tolong seorang cucu perempuan siang taugeh, tak usikpun taugeh tu. Last ibu buat sendiri. Pernak beberapa Kali minta tolong cucu lelaki buat sesuatu yang tak mampu ibu lakukan, depa buat pekak tak mahu  dengar langsung. Alhamdulillah, Allah curah kesabaran dan ibu tak komen apa-apa. Dah kenal mereka begitu, usahlah harap apa-apa perubahan jika ibu bapa sendiri tak tahu cara mentarbiyahnya.

Kerja mulia ini perlukan keikhlasan, secara sukarela (tatawu'), bukan arahan. Jika betul ikhlas, apa salahnya bertanya "ibu, ada apa-apa yang perlu dibantu" atau "ibu cadang nak buat macam mana?" 

Sudah besar panjang, usiapun dah lebih 40 tahun tak perlu diarah-arah. Ajar anak cucu hormati   atuk yang sakit dengan menghargai khazanah tarbiyah yang tersemat di dadanya selagi hayat masih ada. Kalian tak hargai, puluhan fan ratusan orang dari lepasan Matri dll yang  sentiasa ada 'desired' menghargainya. 

Ibu diamkan, "just look and see" kesan-kesan keengganan  dan kedegilannya menaruh minat menggali khazanah dakwah dan tarbiyah atuk mereka. Ibupun cuma muhajirin, pendatang halal dari Johor menemani kesepian suami. 





Alhamdulillah, tanpa diduga dengan pertolongan Allah, Khubaib dan pelajar Khassah ambil alih tugas anak-anak soleh untuk kami. Biarlah gambar-gambar ini menceritakan segalanya. 




Suami ibu rasa amat bahagia. Semoga menjadi rutin tahunan menyantuni warga emas bukan sekadar sediakan makan minum, yang lebih penting menggali khazanah dakwah dan tarbiyah yang tersemat dalam dada UOHS. 

Hanya yang  ada desired@ kehendak serta melalui proses dakwah dan tarbiyah sahaja yang tahu menghargai ketulenan proses yang cukup berharga itu. Semoga bermanfaat untuk ummah akan datang menyambung amal jariah mereka yang kami sambung mata rantai tarbiyah Madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam  dan para sahabat.

Setelah lebih 8 tahun melalui tribulasi dan pelbagai ujian serta halangan dalam D&T, baharu ibu faham doa Saidina Ali:

Ya Allah, ketika aku kehilangan harapan dan rancangan, tolong ingatkan aku, Cinta MU lebih besar dari kekecewaanku dan rancangan yang Engkau siapkan untukku jauh lebih baik dari impianku"

Wallahu alam


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil