Posts

Secantik Azam Bonda Hajar

Image
Hari ini 9 Zulhijjah 1434 HIJRAH ..hari Arafah..perbanyakkan doa mulai lepas Zohor hingga  Maghrib. Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ .“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. [HR. Tirmizi no. 3585. “Hasan”]. Sama-samalah  kita semua turut  berdoa semoga  semua  jemaah  haji selamat, doa dimakbulkan dan mendapat haji yang  mabrur..amin.  Berikut  adalah  Perkongsian  dalam buletin Haluanita... Bonda   Siti  Hajar ra. ~ Antara Cinta dan Pengorbanan Oleh Puan Hjh Norlida Bte Md.Top Kisah keunggulan wanita bernama Siti Hajar, dikaitkan dalam falsafah   ibadah umrah...

Waktu Itu Terbatas

Image
Kisah pasangan yang baru berkahwin, setiap kali bangun pagi, siisteri akan mengadu kepada suaminya "kenapa sidaian pakaian rumah jiran kita kotor.." Setiap hari itulah sungutan yang diadukan kepada suaminya. Suami yang KO akan jawab " o ye ke..apa le orang tu bodohnya guna sabun murah..mana le nak bersih baju tu". Bertahun-tahun asyik ulang  cerita  yang sama..tengok baju jiran tak bersih di ampaian tanpa melihat dan mengenalpasti ada sesuatu yang tidak kena pada pihak mereka. Ada keladak dan karat bertambah tebal, tak pernah dibersihkan.. Suami yang OK, tak sampai seminggu  akan  perasan ada 'something wrong' bila  siisteri mengadu yang sama setiap hari..Hari minggu sisuami membersihkan cermin sliding door dan tingkap rumah mereka. Pagi berikutnya dengan ceria siisteri  tidak mengadu lagi sebaliknya memuji "ha baru nampak bersih..mesti jenama sabunnya bagus".Suami yang bijaksana menjawab "bukan begitu..cermin rumah kita yang kotor dan perl...

Berbelas Kasihlah kepada Anak-Anakmu...

Image
Syeikh Dr 'Aidh Al Qarni menulis:  "Ketika aku sedang menangis  meratapi apa yang menimpa umat di seluruh dunia Islam, terutama di Mesir dan Suriah, ada seorang kawanku datang bertanya, “Kenapa kau bersedih?” Aku menjawab, “Aku bersedih kerana agamaku sedang dalam kesulitan.” Diapun menjawab, “Islam adalah agama Allah Subhanahu wa Ta’ala DIA   sendiri yang akan menolongnya.  Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman  yang bermaksud,    “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.    Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa."    [Al-Mujadilah: 21]. Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis kerana orang-orang yang dibunuh secara zalim.” Dia pun menjawab, “Mereka telah berbahagia, Ins sha’ Allah, hidup dan mendapatkan rezeki di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.” Benar kata sahabat Dr Aidh, mereka telah berbahagia melancong  mengelilingi syurga menanti hari Kiamat..masuk syurga tanpa hisab...  Bahagia ...

Surat Cinta Dari Allah

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Sesungguhnya Kami telah menurunkan al Quran pada malam  qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin  Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar ( Surah al Qadr:1-5) Amalkan berulang kali doa yang nabi saw ajar kepada isteri dan para sahabat khususnya  setiap malam akhir Ramadhan; "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sangat suka memaafkan, maka maafkanlah kami" Surat cinta dari Allah ini ditujukan kepada mereka yang sentiasa  ingin meningkatkan keimanan dan ketaqwaannya merebut bonus 10 akhir Ramadhan. Semoga setiap mereka yang berusaha menghidupkan qiamulail sepanjang malam akan di angkat darjat dengan izin Allah swt layak dianugerahkan  syahadah sebagai 'Graduan Taqwa'. Mencintai dan dicintai..Meredhai dan diredhai.. ...

AL MUMTAHANAH ~ WANITA YANG DIUJI

Image
Surah 60   –   AL MUMTAHANAH WANITA  YANG DIUJI : 13 AYAT : MADANIYYAH بسم الله الرحمن الرحيم 1 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-KU dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang. Padahal sesungguhnya mereka telah engkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-KU dan mencari keredhaan-KU (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.   2 Jika mereka menangkap kamu, niscaya mereka bertindak sebagai musuh ba...