Posts

IKHLAS dan PASRAH

Image
Firman Allah SWT, maksudnya:  “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”     (surah An-Nahl, 16: 125) Pesanan buat diri, "jika sekiranya kita ada  apa-apa rasa tidak selesa, banyak sungutan,@ complain, asyik nak cari gaduh, membenci dan menyalahkan orang lain, sukar memaafkan, sering dihantui rasa takut,rasa bersalah, mendapat musibah sakit 3 serangkai, cancer dan pelbagai penyakit pelik..Muhasabahlah sedalam-dalamnya, apakah kenangan lama yang amat pahit  tidak kita tangani dengan baik ketika kecil  atau ketika membesar  hingga sering mengganggu emosi kita ?. .  Inilah yang sering  ibu kongsikan kepada  orang dewasa.  Team SEFT  pertama  di Malaysia ~  bertudung biru labuh (Ustazah Maznah Daud) "Segala pendaman atau keladak yang sudah lama terperap akan membusukkan hati. Dari sinilah munculnya penyakit-penyakit hati ('ujub, ...

'Install' Kekuatan Ummah Sepanjang Ramadhan

Image
Kreativiti  Anak-Anak Muda  Yang Cintakan Ummahnya Antara Bola Dengan Ibadah mana lebih utama? Meriahnya Menjelang Ramadhan 1435 Hijrah Terasa  amat meriah menjelang Ramadhan kali ini, mendapat pelbagai jenis ucapan seolah-olah menyambut Hari Raya. Ramai  minta maaf zahir  Batin dan ucapkan selamat berpuasa.. Paling menarik seorang pendakwah muda  bernama Nouman Ali Khan mengingatkan kita semasa  ‘talk’  di Karangkraf agar  menceriakan   Ramadhan  sepenuhnya  dengan agenda Al—Qur’an.  Kakak  saya rajin mendengar You tube beliau dan berkongsi idea  menyarankan agar kita   ‘Adakan pelbagai pertandingan  tentang al-Qur’an dan berikan hadiah sampai mencecah RM100 kalau anak-anak banyak hafal Qur’an sepanjang Ramadhan.’ Banyak you tube  kanak-kanak membaca Qur’an dan berceramah tentang al-Qur'an, perlu didengarkan selalu. Kkurangkan perlahan-lahan dan hentikan terus program ...

MARHABAN YA RAMADHAN, Rasailah Kemanisan Berpuasa...

Image
Marhaban  ya Ramadhan..5 hari lagi VVIP  akan memeriahkan pesta ibadah di bulan terkandungnya lailatul Qadr.. Bulan Rahmat, bulan Maghfirah dan bulan 'merdeka'kan diri dari azab api neraka, sekiranya  kita bersyukur,  menghargai , menghayati dan memanfaatkan setiap detik masa sepanjang kehadiran tetamu  agung ini sepenuh hati.. Alhamdulillah, segala  puji-pujian  hanya  milik Allah  yang telah mengatur  dan menyusun aktiviti  yang amat  bermanfaat dengan team  yang memahami dan sentiasa  bersangka  baik menyuburkan projek ummah  bersama. Paling  ibu tidak  duga Allah atur dapat ikuti program 'SEFT'   selama dua hari. Allah hadiahkan, hasil memerah idea di perpustakaan selama dua minggu  berturut-turut. Ketika itu juga  ibu mohon kepada Allah, tunjukkan modul terbaik yang boleh mendekatkan para pendidik kepada Allah. Jazakumullahu khairan kathira kepada  insan mulia  yang...

Raikan Mereka, InshaAllah Mereka Akan Menceriakan Generasi Baru Kita

Image
Amat terasa  begitu pantasnya masa  berlalu, sedangkan idea-idea  menyedia dan menyiapkan bekalan menginstitusikan Taska untuk ummah masa depan masih  berderet  dan  beratur  dalam  fikiran  tunggu masa dan giliran  untuk dimodulkan. Dua minggu  berkampung  di Perpustakaan Shah Alam terasa masih tidak mencukupi. Semangat  untuk menyiapkan masih berapi-api seolah-olah esok  tidak sempat lagi. Bertindaklah sama-sama ke arah menyahut  seruan Rasulullah SAW yang bermaksud; “ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari) Sesi perbincangan untuk memurnikan lagi modul pertama sudah selesai  bersama team taska di Bangi. Hasil perbincangan itu  keluar pula idea  baru daripada minda 'pengusaha muda' agar sentiasa berusaha memenangi hati pendidik/ ...

Hikmah 'World Cup' dirasmi pada Malam Nisfu Sya'ban

Image
Nisfu Sya'ban kali ini  jatuh pada hari Jumaat. Apa istimewanya Nisfu Sya'ban?  Istimewanya  yang pertama menurut  hadis dari  Usamah bin Zaid bertanya kepada baginda,  “Wahai Rasulullah, aku belum pernah melihatmu berpuasa pada sebuah bulan yang lebih banyak dari puasamu di bulan Sya'ban?” Maka Rasulullah S.A.W menjawab, “(Sya’ban) itu adalah bulan yang kebanyakan manusia melalaikannya antara Rejab dan Ramadhan. Sya’ban adalah bulan di mana amalan-amalan diangkat menuju sisi Tuhan Semesta Alam, dan aku suka semasa amal-amalku diangkat, ketika aku dalam keadaan berpuasa.” (HR Nasa’i). Istimewanya yang kedua kerana  ia merupakan salah satu hari yang mustajab kita berdoa.  Rasulullah SAW bersabda:  “ Lima waktu tidak ditolak  sesuatu doa itu iaitu pada   malam Jumaat , malam  10 Muharam , malam  Nisfu Syaaban , malam  Aidilfitri  dan malam  Aidiladha .”  (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abdullah Umar....