Posts

Menggilap Potensi 3~ al Amal

Image
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah meletakkan sepuluh rukun bai’ah  di  mana kesemua rukun bai’ah ini adalah rumusan  merujuk sirah Nabi S.A.W .  Jika kita tafakkur dan  renung  kembali sejarah kegemilangan Islam di zaman Nabi S.A.W, proses mengilap potensi para sahabat tidak lari dari  bagaimana Nabi S.A.W dan para sahabatnya mempraktikkan kesemua  arkanul baiah tersebut.  Para sahabat juga tidak serik melalui pengalaman  jatuh  bangun serta menang  kalah ,tetapi mereka tetap teguh dengan perjuangan dan sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dan  kemenangan islam hanya  dalam genggaman-NYA.  Firman Allah yang bermaksud:     “Sesunguhnya Allah pasti menolong orang-orang yang menolong agamaNya,sesngguhnya Allah Maha  KUAT  lagi  Maha PERKASA" (Surah Al-Hajj: 40) Berikut  adalah Arkanu  Baiah  yang ketiga   AMAL Fi...

Menggilap Potensi 2 ~ Al Ikhlas

Image
Terdapat pelbagai tafsiran di kalangan kita tentang al Ikhlas.Imam As Syahid Hasan al Bana telah menyeragamkannya bagi memudahkan setiap individu muslim menentukan dalam perjuangannya dalam setiap aktiviti hanya kerana Allah semata-mata tanpa terselit niat atau kepentingan lain seperti kedudukan, pangkat, gelaran nama, kemajuan kebendaan dan seumpamanya. Terencatnya keikhlasan bekerja sekiranya adanya keinginan memperlihatkan kemajuan zahir semata-mata..justeru itu amat penting kita fahami konsep keikhlasan yang betul kerana Allah semata-mata tanpa melihat faktor-faktor yang lain. Pejuang Fikrah dan Akidah Keunikan Ikhlas akan melahirkan pejung fikrah dan akidah, bukan pejuang kepada manfaat tertentu. Jika memimpin organisasi sekecil usrah hinggalah ke peringkat yang lebih besar maka harus berfokus kepada menjadi pejuang fikrah dan akidah yang  hakiki..Insya Allah Setiap kerjaya atau aktiviti yang kita ceburi mestilah kerana fikrah dan akidah kita. Tidak ada nilai-nilai mas...

Menggilap Potensi 1 ~ Al Fahmu Dan 20 Usul

Image
Alhamdulillah, Allah aturkan kehidupan yang lebih serasi 'much better' dengan fitrah kurniaan-NYA..Semoga  semuanya amat bermanfaat untuk ummah, meningkatkan iman dan ukhuwwah kerana-NYA. Sementara  menanti halaqah membincang rukun baiah ke-8, eloklah buat ulang kaji setiap hari tentang rukun baiah1- 6. Rukun  baiah  pertama iaitu Al-Fahmu.. Dalam Rukun Bai’ah yang sepuluh Imam Syahid Hasan Al-Banna meletakkan rukun Al-Fahmu pada urutan pertama  merupakan  asas kepada amal yang dilakukan oleh setiap rijal ummah. Jjika al-fahmu dapat dikuasai maka tidaklah sukar untuk memahami Islam secara menyeluruh seperti yang difahami oleh para IM seluruh dunia. Mereka  memahami apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang daie dalam berbagai langkah dan kehidupannya bersama team work mereka. Mengapakah  Imam As-Syahid Hasan Al Banna (HAB) mendahulukan Al-Fahmu (pemahaman) dalam Arkanul Bai’ah ini? Prof Dr. Yusuf Al Qardha...

Menggilap Potensi 7: Thabat (Tetap Pendirian)

Image
Sembang bermanfaat  selepas  pulang  dari halaqah kaum ibu  mencetuskan idea agar berpendirian teguh seperti padi, semakin  berisi  semakin tunduk...sentiasa ingin bersujud kepada Allah SWT tanda bersyukur di atas segala nikmat yang dianugerahkannya kepada kita semua. Peribahasa  Melayu  sering mengingatkan ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk, jangan  ikut resmi lalang , semakin tinggi semakin mendongak, terumbang ambing ikut tiupan angin" Perbincangan ini merujuk  Arkanul Bai'ah  yang ke tujuh, iaitu  Thabat. Thabat (teguh pendirian) tidak akan diperolehi jika  tidak faham dan  lalui proses  arkanul Bai'ah  yang pertama hingga  ke enam terlebih dahulu iaitu; 1. Al Fahm 2. Al Ikhlas 3. Al-'Amal 4. Al-Jihad 5. At-Tadhiyah 6. At-Tha'ah ~ Kena  Murajaah  (ulang kaji selalu) Insya Allah Rukun Ketujuh– Thabat Imam As Syahid  Hasan Al-Bana...

Cinta Abadi Hanya Dari Allah

Image
Pengalaman Dr Mustafa As Siba'i dalam bukunya 'Belajar dari Pengalaman' berkongsi rasa hatinya  apabila dirinya  amat suka kepada  Allah; "Jika Dia membuatmu  selalu  rindu kepada-Nya dan sentiasa menyukai-Nya, maka sesungguhnya Dia telah mencintaimu" Beginilah  juga, pastinya  pengalaman atau tajribah yang telah dilalui  oleh para sahabat , tabiin , salafus soleh , ulamak-ulamak muktabar dan jiwa-jiwa  yang ikhlas memperhambakan diri hanya sanya kepada  Allah SWT  hingga akhir zaman.. .. Secebis  cerita cucu Rasulullah SAW yang  cerdas... Sewaktu masih kecil , Husain  bertanya  kepada ayahnya, Sayidina Ali ra: "Apakah ayah mencintai Allah?" Ali ra menjawab, "Ya". Lalu Husain bertanya lagi: "Apakah ayah mencintai atuk  dari Ibu?" Ali ra kembali menjawab, "Ya". Husain bertanya lagi: "Apakah ayah mencintai  ibuku?" Ayahnya terus  menjawab,"Ya...

Agar Silaturrahim Berkekalan

Image
Syukur Alhamdulillah, Allah anugerahkan ahli keluarga yang sering ingatkan dengan penuh cinta dan kasih sayang. Hati-hati apabila bercakap kerana fikiran dan jiwa manusia memang berbeza tafsirannya, mengikut nilai yang menguasai, samada ikut  Iman atau hawa nafsu. Dari Iman akan mengukuhkan ukhuwwah. Dari hawa nafsu akan timbulkan pecah belah.. Keselamatan diri dan baitul dakwah lebih terjamin jika sentiasa  memohon dari Allah SWT dan akui bahawa  diri ini tidak mampu melainkan dengan izin Allah jua yang beri kekuatan agar tidak melayan fitnah yang berpunca dari salah faham. Yang penting mohon Allah perbaguskan niat kita setiap detik dan ketika hanya untuk-NYA.. Jika silap bertaubat kerana  Allah amat mencintai orang yang bertaubat.. Kecilkan semua masalah dan BESARkan Allah dalam kehidupan.. Suburkan iman dan ukhuwwah dengan bersilaturahim jika ada kesempatan.. Medan silaturahim amat banyak , di antaranya melalui program  ziarah, rehlah,  majli...

Kematian Yang Menggamit Rasa

Image
Maahad Tahfiz Al Aqsa melahirkan Huffaz istimewa.. http://www.haluan.org.my/v5/index.php/berita-haluan/119-haluan-selangor/1619-tahfiz-al-aqsa-hasrat-lahirkan-huffaz-istimewa Laman webnya http://www.alaqsatahfiz.com/ Al Fatehah..berita amat menyayat hati, Maahad Tahfiz ini kehilangan Mudhirahnya..Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun. Mudhirah yang dirahmati dan diredhai Allah, Allah menjemput kembali ke Rahmat-Nya di usia masih muda. Jasa beliau amat besar dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz al Aqsa Salam takziah ibu tujukan kepada seluruh ahli keluarga al marhumah khususnya suami dan anak-anak. Semoga keredhaan dan kesabaran kalian menerima kehilangan ini  akan membahagiakannya di alam roh..Aamiin Nostalgia bersamanya walaupun seketika  tetapi amat bermakna untuk kita yang masih hidup meneruskan perjuangannya seikhlas hati. . "Kak..OK ke ana jadi MC tadi?"..Terngiang suaranya seolah-olah mohon restu , doa dan moral support agar konvensyen yang dianjurkan oleh Ha...