Posts

Kukuhkan Kesatuan Umat Islam

Image
Mutakhir ini  ibu tertarik mendalami input  ceramah seorang  Cendikiawan atau Ulama Muda  Indonesia bernama  Ust. Bachtiar Nasir..Terserlah kegigihan  dan  kesungguhannya berfikir, merancang dan  cuba membina generasi pewaris agar menjadi pemimpin umat  di masa akan datang  berbekalkan pemahaman yang jelas  terkandung dalam al-Qur'an dan hadis..Insya Allah, ibu berdoa  semoga  semua pihak berkecuali  dapat  menyatukan  umat Islam atas dasar Tauhidullah.. mengambil pendekatan  yang sama seperti yang disarankan oleh ustaz muda ini...  Beliau mengatakan Ummat Islam di Indonesia dari belahan bumi yang barang kali paling jauh dari Mekkah, merupakan sebuah nikmat besar dari Allah SWT. Lalu bagaimana cara bersyukur setelah menerima nikmat ini? Menurutnya  ada dua cara  untuk mensyukuri nikmat  Allah SWT  iaitu  yang   pertama   adalah ...

KORBAN~ Kepada-MU aku Berserah

Image
Qurban ~  Sembelih sifat-sifat  kehaiwanan yang masih melekat  dalam  diri....   Segala puji-pujian  hanya milik Allah, Rabb yang mengatur  dan mengurus segala kehidupan di langit dan bumi..hanya kepada-Nya  kami menyembah dan hanya  kepada-Nya kami mohon pertolongan..tunjukkilah kami  jalan yang  lurus.. Selawat dan salam ditujukkan  kepada  murabbi  agung, Rasulullah  saw..kaum keluarga baginda, para sahabat, tabiien, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta  jiwa-jiwa  yang ikhlas  berubudiyyah kepada  Allah  hingga hari Kiamat... Berkorbanlah..agar  kita  sentiasa  beroleh Taqwa  kurniaan Allah SWT..   Imam  Ibn Atahillah al-Iskandari, penulis  buku al Hikam mengingatkan... "Siapa  yang tidak  mendekat kepada  Allah, padahal sudah dihadiahi berbagai  kenikmatan, akan diseret (agar  mendekat) kepada-NYA...

Magnet IMAN

Image
Setiap  hari  berulang-ulang  kali kita  laksanakan ruku’ dan sujud sebagai manifestasi perasaan taqwa kita kepada Allah SWT. Kita agungkan nama-Nya, kita gemakan takbir dan tahmid sebagai pernyataan dan pengakuan atas keagungan Allah sebagai  pengakuan dalam hati, menyentuh dan menggetarkan setiap urat saraf jiwa manusia yang beriman. Allah Maha Besar. Allah Maha Agung. Tiada yang patut di sembah kecuali Allah... Suasana ini sewajarnya dapat menyuburkan Iman, membersihkan hati dan sewajarnya  akan menjadi  'magnet' menarik lebih ramai orang lain sama-sama  merasai nikmat Iman dan Islam dan sama-sama kita menuju ke Syurga Allah SWT. Agak keletihan memikirkan puak-puak yang 'kecil  hati' atau merajuk meninggalkan team ulamak lantaran tidak terpilih lagi dalam saff kepimpinan...Masih kedengaran suara kegelisahan di sana sini  mendakwa dan mengadu mereka 'dihalau' dan di "maki hamun" sedangkan mereka masih lagi berada dala...

Di Ambang Kemerdekaan Kurniaan Allah SWT

Image
Masyarakat  kita  kini rosak kerana budaya pembohongan dan penipuan telah membumi dari peringkat pra sekolah, tadika, sekolah rendah , sekolah menengah , university dan semua  institusi khususnya institusi politik. Rasa  tidak selamat menghantui kehidupan. 'Kepala Negara'  yang mengkhianati amanah rakyat, para professional dan pemikir  yang mengkhianati  syura  ulamak bahkan ulamak  Su yang memenangkan kebatilan menjadi penanda aras betapa  lemahnya Iman  dan  betapa gawatnya  akhlak mereka  yang amat merugikan semua pihak, khususnya  diri sendiri.. Seorang pelajar  tingkatan 6 meluahkan rasa hati setelah mendengar input " Cinta  yang Membawa Ke Syurga".. "sebenarnya  kami faham dan memang hendak sangat merasai nikmat  cinta Allah  dan Rasul sebagai cinta  utama  dalam kehidupan. Masalahnya  'syuur' itu  hilang apabila  kita berada  da...

Infaq Diri Untuk Deen Allah

Image
Hidup ini indah jika terdidik dengan fikrah madrasah Rasulullah SAW, Insya Allah apabila tersedia  manhaj Rabbani, ada murabbi  dan persekitaran yang tarbawi akan  selamatlah  dari  sebarang penyimpangan dengan izin Allah SWT. Matlamat dunia sering mengganggu perjalanan proses  tarbiyyah yang tulen. Tiga 'ta', harta, takhta dan wanita merupakan penghalang  yang sering merencatkan tarbiyyah jika tidak ditangani dengan proses yang betul.. Murabbi ibu berpesan selalu, usah harapkan natijah yang cepat, jalani dahulu proses yang tulen dengan niat yang suci  dan matlamat yang jelas hanya  mengharapkan keredhaan Allah semata-mata..Insya Allah, natijahnya tidak pernah mengecewakan.. Yang Allah  hendak nilai  bukan natijahnya  tetapi prosesnya ikut tahap demi tahap... Jangan harapkan apa-apa kedudukan seperti  yang berlaku dalam masyarakat kini, berpecah belah kerana rebutkan kepimpinan, rebut kedudukan, rebut  harta da...