Infaq Diri Untuk Deen Allah
Hidup ini indah jika terdidik dengan fikrah madrasah Rasulullah SAW, Insya Allah apabila tersedia manhaj Rabbani, ada murabbi dan persekitaran yang tarbawi akan selamatlah dari sebarang penyimpangan dengan izin Allah SWT. Matlamat dunia sering mengganggu perjalanan proses tarbiyyah yang tulen. Tiga 'ta', harta, takhta dan wanita merupakan penghalang yang sering merencatkan tarbiyyah jika tidak ditangani dengan proses yang betul..
Murabbi ibu berpesan selalu, usah harapkan natijah yang cepat, jalani dahulu proses yang tulen dengan niat yang suci dan matlamat yang jelas hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata..Insya Allah, natijahnya tidak pernah mengecewakan.. Yang Allah hendak nilai bukan natijahnya tetapi prosesnya ikut tahap demi tahap...
Murabbi ibu berpesan selalu, usah harapkan natijah yang cepat, jalani dahulu proses yang tulen dengan niat yang suci dan matlamat yang jelas hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata..Insya Allah, natijahnya tidak pernah mengecewakan.. Yang Allah hendak nilai bukan natijahnya tetapi prosesnya ikut tahap demi tahap...
Jangan harapkan apa-apa kedudukan seperti yang berlaku dalam masyarakat kini, berpecah belah kerana rebutkan kepimpinan, rebut kedudukan, rebut harta dan wanita...
Jika benar kita ikhlas, fokus dahulu menjalani proses tarbiyyah yang sememangnya melahirkan ukhuwwah Islamiyah dari lubuk hati yang terdalam kerana Allah semata-mata walaupun tiada kaitan hubungan darah tetapi Allah yang menyatukan hati-hati kami...
Alhamdulillah pada hari Ahad, 16 Ogos 2015, menyambut 1 Zulkaedah 1436 Hijrah Allah izin selepas mendapat restu anak menantu yang banyak membantu, hujan rahmat mengindahkan majlis silaturahim di teratak kami bersama jiran tetangga dan para ahli halaqah..
Terasa kemanisan Iman dan ukhuwwah di sebalik majlis kesyukuran ini..Alhamdulillah, semua anak menantu, cucu-cucu serta para tetamu rasa ceria...Syukur ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengatur dan permudahkan segala-galanya, apabila ada niat untuk menginfaqkan diri hanya untuk Deen MU..
Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh. | رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ |
Doa ini sering menyejukkan hati agar sentiasa menyerah kepada Allah SWT;
"Ya Allah Engkaulah Penguasa dan Pelindungku di dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam keadaan menyerah diri (Islam) kepada- MU dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh" (Surah Yusuf:101)
Doa ini perlu dijadikan darah daging memandu kehidupan menuju redha Allah..
Tanpa Redha Allah bukan senang untuk tundukkan hati bertawadhuk 'sami'na wa a tho'na ' menyampaikan ibu di bumi Perlis...Hijrah..move on, berubah segala-galanya kerana Allah dikelilingi oleh para Ansar yang terdidik..Sistemnya sudah ada...ikut sahaja tanpa soal..
You tube berikut sangat mengusik jiwa ibu...Subhanallah betapa cepatnya Hidayah Allah kurniakan kepada artis serba boleh ini..Apabila dia faham Deen, cepat dakwah tersebar mengajak masyarakat memahami al-Qur'an melalui infaqnya..
Ibu akui di hadapan Murabbi 'ana memang 'slow learner'..tapi bila faham, terus tangkap (pegang) dan tidak akan lepaskan"..
Demikianlah berbeza-beza natijah Allah kurniakan kepada seseorang..ada cepat seperti artis di bawah...ada lambat seperti ibu sendiri..yang penting jangan berputus asa dari Rahmat Allah..
Berikut adalah ringkasan pengisian Muslimah di atas yang bernama Peggy Melati Sukma
Hijrah tidak akan terputus selagi ada peluang untuk bertaubat...Taubat tidak akan terputus selagi matahari belum terbit dari tempat tenggelamnya" maksudnya sampai Kiamat
Di antara ayat Qur'an yang menyentuh hatinya untuk meninggalkan segala profesionnyayang dimurkai Allah ialah surah Hud: 15-16
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
(Hud 11:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Hanya TAQWA yang dapat menyelamatkan kita dari azab Neraka. bagaimana mahu dapatkan TAQWA?
Teliti ayat berikut:
(A-li'Imraan 3:132) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
(A-li'Imraan 3:133) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
(A-li'Imraan 3:134) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
(A-li'Imraan 3:136) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Comments
Post a Comment