Menanti Dunia Lain Penuh Kegembiraan
Belum sampai sebulan, tiga kali Allah izin kami berulang alik ke Zon Tengah, Sungguh! kalau Allah tidak izinkan memang kami tidak mampu..Tetapi kerana -NYA, Allah kurniakan kami kekuatan untuk terus melangkah dan melangkah...hingga akhir hayat..Insya Allah
Kali ketiga melangkau jauh sedikit hingga ke Tangkak,Johor, ziarah awal (hanya seketika) kerana kami tidak dapat turut sama memeriahkan Sambutan Hari Raya SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre School. Majlis itu pada tarikh yang sama ibu perlu temani suami berada di sekitar Bangi.
Tahniah kepada ALP SmarTop. khususnya Dato' dan Datin kerana dapat rezeki bersilaturahim dengan usahawan 'Chinese Muslim' yang baik hati..Mudah-mudahan banyak membantu perkembangan tarbiyyah sekitar Tangkak..Alhamdulillah.
Abang ibu sempat mengulas ketidak stabilan politik negara...Nilai mata wang RM jatuh menjunam...Saranannya "elok ramai-ramai kerja luar negeri , Singapura ke, Brunei ke..10 tahun lagi bila ekonomi dah stabil baru balik Malaysia" Beginilah lumrah tolok ukur manusia sekarang sangat bergantung kepada kebendaan dan lupa kepada sumber rezeki itu dari Allah SWT
Sepanjang berjalannya seminar pendidikan dan sesi soal jawab ketika di UKM, ibu rasa seperti berada di 'taman-taman syurga'..suasana harmoni penuh beradab menyatakan pandangan dan bersoal jawab tentang realiti semasa 'perangkap-perangkap musuh' ingin mengajak kita 'tergelincir' dari jalan-jalan dakwah yang benar. Suasana 'mendengar' penuh tawadhuk di kalangan peserta yang hadir adalah natijah proses tarbiyyah yang kami lalui selama bertahun-tahun lamanya. Proses ini memang tidak disukai oleh 'musuh-musuh Islam' kononnya 'proses' ini slow dan lambat!! Sebenarnya proses inilah yang menyelamatkan kami agar tidak ter'giur' dengan dunia (pangkat, jawatan dan kedudukan politik) yang rakus meransang nafsu nafsi agar biadap kepada kepimpinan dan tergelincir dari jalan yang benar..
.
Proses tarbiyyah inilah yang Rasulullah SAW didik para sahabat agar sentiasa menyuburkan keimanan dan ikatan ukhuwwah sebagai bekalan utama sebelum menjadi 'Pembawa rahmat kepada sekelian alam". Tanpa proses ini, jangan dakwa diri sebagai 'pembawa rahmat kepada sekelian alam'..Dakwaan itu adalah palsu semata-mata..
![]() |
Bersama Anak Menantu |
Sebelum balik ke utara, sempat kami bersidang bersama ahli keluarga di restoren ' Chinese Muslim' sekitar Gombak.. Kedengaran teguran anak menantu yang mungkin 'kasihan' melihat ayahnya terlalu kerap berulang alik ke 'Zon Tengah'. "Ayah kena ada pelapis..tak perlu asyik ayah aje yang buat penyampaian"..Ibu faham mereka sangat menjaga kebajikan dan kesihatan ayahnya.
"Anak-anakku sayang, sebenarnya pelapis-pelapis memang sudah ada.. OTW, selagi hayat dikandung badan, ayahmu amat bahagia dan lebih sihat dengan tugasnya kini... sentiasa ingin mendidik dan menyumbang bakti demi kesejahteraan ummah akan datang" Bisik hati ibu...
Jawab ayahnya selamba "Orang Mukmin mana ada rehat...Mati itulah rehat kita..Insya Allah"
Harapan ayahmu ingin mewarisi jihad Rasulullah SAW sepertimana yang diwarisi oleh Imam Hasan Al-Banna.. Beliau tiada mempunyai masa rehat langsung. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan ummah seluruhnya. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji Al-Quran serta Hadith.
Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari, 1949 di Kaherah sekitar Ramsiss. Umurnya ketika itu baru 43 tahun. Dalam umurnya yang begitu berkat, Imam Hasan Al-Banna telah melancarkan satu gerakan Islam yang benar dan telah mempengaruhi seluruh Dunia Islam.
‘Peluru telah menembusi jasad Hasan Al-Banna yang kurus dan lemah kerana banyak bersolah dan berzikir kepada Allah. Jasadnya itu juga penuh dengan debu lantaran pengembaraannya di jalan Allah. Dahinya melambangkan kebiasaannya dalam memberi pengorbanan-pengorbanan yang besar. Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda yang bermaksud;
“Apabila seorang Mukrnin meninggal dunia, dia dibebaskan dari dunia dan
dipindahkan ke dunia lain yang penuh nikmat dan kegembiraan.”
“Apabila seorang Mukrnin meninggal dunia, dia dibebaskan dari dunia dan
dipindahkan ke dunia lain yang penuh nikmat dan kegembiraan.”
Comments
Post a Comment