Allah Selamatkan ISLAM
Bangganya mereka mengistyhar duit berjumlah RM2.6 billion itu yang dimasukkan dalam akaun peribadinya itu adalah derma bukan rasuah.. Rakyat mula naik meluat kecuali pegampu-pengampu sekelilingnya sanggup sama menipu hanya mengharapkan habuan dari hamba Allah yang tidak sedar diri. Seolah-olah dunia ini miliknya..dia boleh buat apa sahaja yang dia suka asalkan kepentingannya tidak terjejas...
"Ya Allah, hanya doa yang mampu kupanjatkan pada setiap masa semoga kezaliman ini segera berakhir.. Gantilah dengan pemimpin bertaqwa dengan apa cara sekalipun yang Engkau izinkan"
Ulasan dan komen di bawah ini lahir dari keperihatinan hati ibu terhadap PAS walaupun ibu bukanlah ahli yang aktif..Kalau Allah takdirkan idea ibu bermanfaat dapat bantu menegakkan kebenaran melalui PAS, ibu serahkan kepada Allah SWT urusan itu sepenuhnya. Insya Allah akan lahir ribuan Ashabul Kahfi bakal membantu PAS.
Dalam kegawatan dalam UMNO, ada " setandan pisang" dalam PAS yang gagal mengambil alih kepimpinan dalam PAS 'mengamuk'. Walhal selama ini Allah izin nama mereka melonjak dengan bantuan dan keperihatinan ulamak-ulamak dalam PAS mendidik mereka. Dari insiden ini sudah terdedah 'hati perut' mereka. Hanya kerana tidak terpilih, panas menyinga mereka menyebarkan fitnah tentang TGHHA dan Mursyidul Am PAS dengan gelaran yang tidak sepatutnya..
Team ini diketuai oleh MS mengadu sana sini bagai anak kecil meraih simpati kononnya dirinya dizalimi agar semua pihak membenci kedua-dua tokoh tersebut dengan harapan kedudukannya dapat diselamatkan. Pihak kepimpinan PAS masih memaaf dan tidak memecat mereka walaupun pengkhianatan itu berlaku dan terus berlaku..
Mujurlah masih ramai pemuda Kahfi yang terdidik dengan manhaj Islam di alaf kini masih tseqah dengan kepimpinan yang Allah selamatkan. Hilang setandan, Insya Allah akan berganti dengan puluhan, ratusan, ribuan tandan yang lebih berkualiti.
malah, murabbi ibu amat yakin Majlis Syura PAS tidak mungkin buat pakatan untuk lakukan kezaliman seperti yang mereka dakwa.. Kepimpinan PAS masih beri mereka peluang agar mereka menjadi Khalid Al Walid alaf Siber ini.. Menjadi tanggung jawab kepimpinan PAS mendidik mereka agar tunduk dan patuh kepada syariat Allah.. Memang sudah resmi lalang, makin tinggi makin mendongak akan menjadi semak samun dalam PAS jika masih berkubang dalam 'rumah' yang sama. Syukurlah Allah permudahkan mereka sendiri yang hendak keluar...Alhamdulillah
malah, murabbi ibu amat yakin Majlis Syura PAS tidak mungkin buat pakatan untuk lakukan kezaliman seperti yang mereka dakwa.. Kepimpinan PAS masih beri mereka peluang agar mereka menjadi Khalid Al Walid alaf Siber ini.. Menjadi tanggung jawab kepimpinan PAS mendidik mereka agar tunduk dan patuh kepada syariat Allah.. Memang sudah resmi lalang, makin tinggi makin mendongak akan menjadi semak samun dalam PAS jika masih berkubang dalam 'rumah' yang sama. Syukurlah Allah permudahkan mereka sendiri yang hendak keluar...Alhamdulillah
![]() |
Banner yang mendedahkan ' hati perut busuk' GHB ~ tidak mengenang budi |
Mengaku sebagai agen 'rahmatan lil alamin' tanpa melalui proses tarbiyah secara bertahap .Titik bertolak bermulanya GHB sudah mencerminkan keburukan akhlak..tidak mahu patuh. Ikut sunnatullah, resmi alam.. kalau mula dengan khianat, mereka juga akan dikhianati... Begini keadaan bermulanya, bagaimana mungkin mereka akan beroleh rijal ummah yang ikhlas, tunduk dan patuh kepada syariat Allah?
Mereka terasa diri adalah Wira atau Hero untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan kepala Negara yang tidak jujur... Tanpa mengisytihar diri keluar dari PAS, hilang rasa malu masih bernaung di bawah PAS, memukul canang di sana sini untuk buka parti baru GHB atas nama Demokras..Mereka lebih menjunjung Demokrasi berbanding Islam. Kemudian menyatakan bahawa Demokrasi adalah sebahagian dari Islam. Murabbi ibu mengingatkan suatu ketika dahulu bahawa Demokrasi tidak sama dengan syura. Demokrasi adalah idea dari manusia, hanya mengikut logik akal semata-mata..syariat pilih mana yang sesuai. Manakala Syura adalah dari Allah SWT, syariat Allah mesti letak di atas jika bertembung dengan logik akal.
Siap dengan banner seoerti di atas mereka mem'buruk-buruk'kan kepimpinan PAS yang telah mendidik dan mengasuh mereka puluhan tahun lamanya.. Astaghfirullah al Azim..dari sini dapat dikenalpasti pengkhianatan yang mereka lakukan..Orang jahil tidak nampak kecuali dengan memohon petunjuk dari Allah SWT.. Betullah firasat TGNA sejak tahun 1997... depa sama macam UMNO..
Salah seorang daripadanya memang ibu pernah kenal..team yang pernah memperlekeh 'syuyukh-syuyukh' kami suatu ketika dahulu.. Memang jenis manusia yang susah dididik.. Terasa diri sudah pandai dan tidak perlu lagi melalui proses Tarbiyah Islamiyah Harakiyah.. rupa-rupanya PAS juga menjadi 'mangsa' sebagai batu loncatan mereka ingin dikenali..Wallahu alam
Benar dn betullah firasat almarhum TGNA sejak tahun 1997... niat mereka sama macam UMNO..
Insya Allah.. ibu amat yakin, beginilah caranya Allah selamatkan PAS dari mereka yang 'rakus' mengejar kedudukan menggunakan visi 'rahmantan lil alamin' sebagai perisai melindungi natijah/ hasil dunia yang ingin mereka tagih.. Titik bertolak sudah menyimpang!!.
Insya Allah, Allah akan tunjukkan apabila sudah sampai masanya.. yang penting kita semua terus memohon kepada Allah agar sentiasa menjaga hati , luruskan hati dan niat dari berlakunya tergelinciran dari matlamat hanya mengharapkan Redha Allah, bukan redha manusia..
Murabbi ibu berpesan; "setiap mukmin dan mukminah hendaklah tseqah dan iltizam di atas jalan dakwah dan tarbiyah Islamiyah . Kita para pendakwah hendaklah menjaga KUTULENAN amal Islami, jangan dibiarkan berlaku sebarang penyimpangan dan penyelewengan dari jalan yang Sahih
Dalam amal Islami hendaklah dirujuk kepada madrasah Rasulullah SAW sebagai khudwah ikutan yang dituntut dalam ajaran Allah SWT.
Matlamat dan hala tuju yang sahih dalam amal islami hendaklah sentiasa dipelihara dan dikawal agar terus menjadi 'tanda aras' yang hendak dicapai...
Biarpun kita tidak sempat meyaksikan kemenangan di dunia kerana sudah kembali ke Rahmatullah, namun yang penting mesti lalui proses yang betul..Natijah adalah milik Allah..yang Allah hendak nilai jalan-jalan yang dilalui mestilah ikut syariat-NYA.. Wallahu alam .
Comments
Post a Comment