BERDAMAILAH DI ATAS KESATUAN AQIDAH
Alhamdulillah, Sabtu, 1 Ogos bersamaan dengan 16 Syawal ibu berpeluang ikuti 'Hari Keluarga Haluan Perlis' diadakan di Dataran Terinai, bersebelahan dengan IPTIP..Pemandangannya cukup indah..
![]() |
Hari Keluarga Haluan Perlis |
Ibu tertarik dengan kata aluan Pengerusi Haluan Perlis;
"Kini kita berada di kawasan tinggi dan akan nampak betapa cantiknya ciptaan Allah di bawah sana. Sewajarnya kita perlu rasa izzah dan tinggi dengan Iman dan Islam yang kita junjung selama ini. Kita bersatupun di atas kesatuan yang cukup tinggi nilainya di sisi Allah iaitu kesatuan atas dasar Akidah yang murni."
Terselit pesanan AS syahid Syed Qutb rahimahullah;
Sesungguhnya jika hidup ini dijalankan di bawah naungan Al-Qur'an, dari tempat yang tinggi anda akan melihat jahiliyyah sedang melanda muka bumi ini, konsentrasi pemeluknya yang kecil dan kerdil. Anda juga akan hairan melihat pengetahuan, konsep hidup dan focus (hidup) para penganut jahiliyah itu, seperti halnya orang dewasa melihat kanak-kanak bermain-main..Dan anda akan lebih hairan lagi sambil berkata "Apakah yang sedang menimpa manusia itu? mengapa mereka terjerumus ke dalam jurang yang amat kotor dan tidak dapat mendengar seruan yang Maha tinggi dan Mulia?":

Parti pemerintah sedang pecah menanti belah, Pakatan rakyat bergaduh bagai anak kecil...Tiada siapa yang suka untuk bermusuh. Mutakhir ini bertebaran fitnah yang memburuk-burukkan ulamak-ulamak salah satu parti politik yang sebelum ini semakin kukuh di kala parti pemerintah sedang dalam proses untuk tumbang..
Berita penubuhan kabinet Najib yang baru mengguggurkan TPM dan teamnya mencerminkan betapa rakusnya mereka untuk mengekalkan kuasa. Kuasa menjadi matlamat kehidupan hingga terlupa bahawa Allah yang Maha Berkuasa dalam mengatur kehidupan manusia agar menjadi lebih baik..Sebaliknya mereka pilih ikut hawa nafsu..

Apa yang berlaku dalam parti pemerintah hampir sama menyerang parti politik dipimpin oleh ulamak. Cuma bezanya team yang tersisih juga mengaku mendaulatkan Islam. Alangkah bagusnya jika yang tidak terpilih itu bersabar dan perbaiki diri kerana kesabaran mereka juga akan membantu kepimpinan ulamak perbaiki keadaan mereka.. Zaman 'viral' maklumat bertebaran dengan laju sekali memerlukan kita berhati-hati membaca maklumat/ fitnah yang bersumber dari blog-blog yang menulis dari cetusan emosi yang tidak sihat. Sentiasalah memohon perlindungan dari Allah agar tidak mudah ter'makan' dengan fitnah tersebut. Insya Allah sekiranya semuanya ahli bersatu atas dasar kesatuan Aqidah, parti pemerintah pasti akan dapat ditumbangkan..Satu aqidah melibatkan semua kaum..tidak ada rasist..
Pentingnya proses tarbiyah menundukkan hati berubudiyyah hanya sanya kepada Allah..dengan sifat Tawadhuk semua ahli, barulah Allah akan satukan hati-hati kita, khususnya yang bergelar Muslim, tidak kira berbangsa apa sekalipun.
Marilah sama-sama kita mendalami kajian dari laman kajian Islam As Sofwa..Semoga banyak manfaatnya untuk ummah dan generasi pewaris kita .
http://www.alsofwah.or.id/cetakkajian.php?id=1950&idjudul=1
Comments
Post a Comment