UOHS : FI ZILAL QURAN ( Mukadimah)



Hidup di bawah naungan Al-Qur'an adalah satu nikmat..hanya  dirasai oleh mereka  yang melalui nikmat  itu..iaitu mereka yang selalu berdamping dengan al-Qur'an, mendalami dan memahami  isi kandungan al qur'an. Kita  perlu bersyukur  kerana berada di bawah  naungan..menjauhkan kita  dari musibah, selamat dari syirik  dan kekufuran, dapat beriman, dapat menjalankan ajaran Al-Qur'an dan sunnah nabi. ini merupakan  nikmat  yang amat  bernilai  dan tidak boleh  tukar  dengan wang  ringgit.. hanya dapat dirasai oleh mereka  yang

Semoga  panjang  umur  dalam iman dan panjang umur  dalam beribadah  bukan dalam bala' dan musibah. Nikmat Allah  angkat  kemuliaan dengan memberkati  umur kita. Walaupun umur pendek setakat  30 tahun tapi berkat. Allah sucikan lagi diri dan hati  dengan Al-Quran.

Syed  Qutb berkata "Alhamdulillah Allah telah menghidupkan saya di bawah naungan al-Qur'an " beliau  syahid  di sekitar umur  59 tahun.. Dalam tempoh masa ini saya mengecapi nikmat yang belum pernah saya rasai  sebelum ini..Apabila dapat  hidayah dan hayati al-Qur'an, ia merupakan nikmat yang tidak ternilai..keberkatan hidup dan kesucian..

Saya rasai nikmat  apabila Allah SWT  berfirman @ bercakap dengan saya melalui al-Quran sedangkan saya adalah hamba yang kerdil/ kecil untuk berdepan dengan Allah SWT. Beliau benar-benar rasai kebesaran  dan keagungan Allah SWT kerana Al-Qur'an adalah kalam Allah SWT. Ini merupakan pengajaran yang perlu kita ambil, turut  merasai keagungan Allah SWT  yang menurunkan al-Qur'an. Kita perlu didik dan perbetulkan  hati..sekiranya  ada karat-karat  yang menghalang untuk rasai nikmat itu, seperti  rasa angkuh, malas dsb supaya  jiwa  ini benar-benar  menerima  kalam Allah..

Jiwa yang beriman dan bertaqwa  inilah yang akan menerima  kalam Allah "itulah kitab Allah tidak ada keraguan di dalamnya..Qur'an membawa  hidayah  kepada  orang-orang yang berjiwa Taqwa"

Orang  yang bertaqwa "muttaqin" sahaja  yang dapat merasai nikmat..mereka yang datang kepada al-Quran  dengan jiwa  yang taqwa.  Bukan mempermain-mainkan al-Qur'an. Kita perlu asuh jiwa  kita agar menjadi jiwa yang bertaqwa. barulah akan rasai nikmat tersebut  seperti yang dirasai oleh Syed Qutb.

Ini merupakan satu kemuliaan..penghormatan  dari Allah SWT kepadanya..Beliau berada di tahap penghormatan yang tinggi di sisi Allah SWT.

Orang-orang Arab Jahiliyah dahulu tidak dikenali kerana hidup yang rendah ..tetapi setelah mereka  beriman dengan Rasulullah dan menerima ajaran Allah SWT, beriman dengan prinsip-prinsip islam, martabat  mereka  menjadi mulia..Allah campakkan rasa gerun dalam jiwa para musuh  Islam. Kerana  mereka  menghayati ajaran Allah.  Maqam  mereka  diangkat oleh Allah SWT.

"Saya telah hidup  di bawah naungan al-Qur'an dan saya  pandang  Jahiliyah  dari atas saya dapat  (nampak)  gelombang/ badai  'tipu daya-tipu daya' jahiliyah yang berjalan (bergerak)  di atas  muka bumi"

Kita perlu faham  Islam untuk di ikuti  dan faham jahiliyah untuk dijauhi...

Orang  jahiliyah ini pentingkan dunia  semata-mata. Firman
Allah dalam surah At Taubah:38

"adakah anda semua  puas  hati 'redha' dengan kehidupan dunia semata-mata tanpa  mengambil kira hari akhirat.."

Kemewahan  dunia  ini  sedikit  sahaja berbanding  nikmat  di akhirat..

Dunia  hanya sebagai jambatan / ladang  menuju  ke alam akhirat..

Fokus  orang jahiliyah memandang  hal-hal yang kecil, remeh dan lekeh  kerana  mereka tidak mahu  Allah, tidak duduk  di bawah naungan Al-Qur'an padahal dunia  ini amat kecil.

Sambung Syed Qutb  "saya  melihat orang-orang jahiliyah rasa pengetahuan  yang ada pada  mereka  cukup besar sedangkan apa yang Allah beri itu amat kecil"

Syed Qutb kata  "Orang  jahiliyah kagum diri dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka seperti pengetahuan kanak-kanak..gambaran dan wawasan hidup mereka ibarat   gambaran dan wawasan kanak-kanak"

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil