Di Ambang Kemerdekaan Kurniaan Allah SWT
Masyarakat kita kini rosak kerana budaya pembohongan dan penipuan telah membumi dari peringkat pra sekolah, tadika, sekolah rendah , sekolah menengah , university dan semua institusi khususnya institusi politik. Rasa tidak selamat menghantui kehidupan. 'Kepala Negara' yang mengkhianati amanah rakyat, para professional dan pemikir yang mengkhianati syura ulamak bahkan ulamak Su yang memenangkan kebatilan menjadi penanda aras betapa lemahnya Iman dan betapa gawatnya akhlak mereka yang amat merugikan semua pihak, khususnya diri sendiri..
Seorang pelajar tingkatan 6 meluahkan rasa hati setelah mendengar input " Cinta yang Membawa Ke Syurga"..
"sebenarnya kami faham dan memang hendak sangat merasai nikmat cinta Allah dan Rasul sebagai cinta utama dalam kehidupan. Masalahnya 'syuur' itu hilang apabila kita berada dalam keluarga dan masyarakat yang mengagungkan cinta sesama manusia.."..Semua ini bermula kesan daripada sistem Islam tidak mentadbir kehidupan manusia, tetapi hanya ditadbir secara serpihan.
Ibu amat bersyukur dan rasa selamat, harmoni dan lega apabila pihak kepimpinan Haluan mengisytihar tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana badan politik, sebaliknya akan terus mendidik dan berbakti mengajak masyarakat memahami Islam sebagai cara hidup yang lengkap..bermula dari proses jiwa dengan manhaj Rabbani... terus menerus menjana para da'ie dan da'ieyah professional di kalangan generasi pewaris.. Insya Allah semoga Allah berkati usaha mulia ini di sisi-NYA.
Dua hari di Langkawi berbekalkan buku '10 Kekasih Allah' ditulis oleh Ibn Qaiyyim Al-Jauzi memudahkan ibu buat persiapan usrah guru-guru.. Ibn Qaiyyim al Jauzi merujuk surah Al-Ankabut:69 yang bermaksud;
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari KEREDHAAN KAMI, BENAR-BENAR akan KAMI TUNJUKKAN JALAN-JALAN KAMI"
Menurut Ibn Qaiyyim Al-Jauzi, Allah SWT menggantungkan hidayah-NYA pada jihad. Jadi manusia yang paling sempurna mendapatkan hidayah-NYA adalah yang paling besar di dalam jihad (perjuangan)nya. Dan jihad yang paling diwajibkan ialah;
1. Berjihad atas diri sendiri
2. Berjihad atas hawa nafsu
3. Berjihad atas syaitan
4. Berjihad atas Dunia

Guru-guru yang mendengar input ini tersedar betapa lama mereka larut dalam suasana kerja sekolah KPM yang serba menekan..hilang rasa enjoy jadikan kerjaya sebagai medan ibadah dan jihad...Berpunca dari system Islam tidak mentadbir tetapi hanya ditadbir..Sampai bila????
![]() |
Syuyukh perlu selalu berada bersama pemuda agar menjadi rujukan.. |
Ibu amat tersentuh hati mendengar bekas pelajar MATRI (student Al-Azhar sedang bercuti ) memberi ceramah kepimpinan kepada pengawas-pengawas terpilih sekitar Perlis.
Tajuk ceramahnya 'Pemimpin Berfikir'.
100% penyampaiannya merujuk Qur'an Dan Hadis di mana slide power pointnya disediakan oleh team Latihan Haluan Malaysia. Mereka memang sudah sedia terdidik oleh Murabbi yang Rabbani sejak tingkatan 1 dengan Manhaj Rabbani dan Persekitaran yang Rabbani. Team Alumni muda ini mampu mengurus selia program sendiri dengan penuh disiplin dan ulasan yang menarik hati..

Mengulas 'slide' tersedia dengan persediaan yang penuh rapi, bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga'
Di antara ulasannya merujuk Firman Allah dalam surah Al-Alaq ayat 14-16 yang bermaksud ;
14. Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah MELIHAT (segala perbuatannya)?
15. Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia TIDAK BERHENTI (berbuat demikian) nescaya KAMI Tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka)
16. (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan durhaka.
Penceramah muda berusia 20an itu bertanya peserta-peserta
"Di mana letaknya ubun-ubun?
"Kenapa ubun-ubun ditarik ke Neraka?? .
Memang logik persoalan yang dikemukakan...
Rupa-rupanya kederhakaan bermula dari corak pemikiran yang keluar dari bahagian otak sekitar ubun-ubun, iaitu di hadapan kepala kita...
Sebaik-baiknya bacalah kajian tentang otak di bahagian ubun-ubun di sesawang http://didik-hatiku.blogspot.com/2013/02/ubun-ubun-orang-yang-berdusta.html
Jika cara fikir sudah membelakangkan Allah dan mengutamakan logic akal semata-mata (ikut cara secular) maka EGOlah yang menguasai kepimpinan..
Apabila Ego tinggi secara otomatik Iman melemah , hilang dan futur. Maka akhirnnya tiadalah kerendahan hati bahkan tiada lagi ihsan untuk menjaga silaturahim dan maslahat ummah, bahkan sentiasa membawa mudharat demi mudharat...
Hilangnya IMAN yang memandu kehidupan menghayati Islam secara syamil , kamil dan mutakkamil...
Tanpa IMAN yang benar di kalangan pemimpin, Islam hanya ditadbir bukan MENTADBIR..
Tanpa IMAN, hawa nafsu yang mengurus kehidupan seharian. Penyakit sombong, takabur, hasad dengki, 'ujub dan riya' menyusup membatalkan amal...Inilah syirik yang tersembunyi yang menipu daya berlaku dalam kehidupan kepimpinan umat Islam sekarang.. Mereka termasuk di dalam perangkap tipu daya Syaitan dan terjerat dalam perangkap musuh-musuh Islam

Terdetik di hati dan terlintas dalam fikiran;
1. "Tidakkan pemimpin-pemimpin Islam di dunia yang menipu dan tertipu sedar akan peringatan ini..ubun-ubun mereka akan ditarik ke neraka kerana mendustakan dan derhaka.."
2. Walaupun Malaysia sudah diisytiharkan Merdeka sejak 31 OGOS 1957 namun selagi Al-Qur'an dan hadis tidak mentadbir..hakikat sebenarnya kita semua masih belum Merdeka kerana generasi pewaris masih mengagungkan system secular, mensyirikkan Allah dengan mengikut kehendak hawa nafsu.
3. Terima kasih ya Allah..di atas hijrahku yang Engkau aturkan dengan sangat mudah ini..
Sesungguhnya amat banyak manfaat dan nikmat yang Engkau anugerahkan kepadaku..berfikir terus berfikir demi maslahat ummah akan datang. Semoga Engkau Merdekakan kami semua dari azab-MU..dari azab kubur dari azab di Padang Mahsyar dan dari azab api Neraka...
Hakikat Merdeka sebenarnya adalah BEBAS dari penghambaan kepada manusia dan dapat menghambakan diri kepada Allah dalam seluruh aspek kehidupan...

" Ya Allah, berilah kami pertolongan dengan ketaatan kepada-MU dan janganlah Engkau merendahkan kami dan menghinakan kami dengan derhaka kepada-MU. Ya Allah sebar luaskanlah kefahaman Islam yang syamil, kamil dan mutakkammil ini membumikan 'rahmatan lil alamin' melalui janaan generasi pewaris kami yang jelas fikrahnya hanya mengharapkan keredhaan-MU"
Comments
Post a Comment