Tawaran Yang Membahayakan Diri Minggu lepas, urusetia Persatuan Kaunseling Malaysia menawarkan ibu ikuti program di Medan, Indonesia hujung bulan Ogos nanti. Jika booking tiket awal memang murah pergi dan balik.. Setelah bertanya pandangan suami dan anak kandung, ibu istikhorah. Selepas Istikhorah mendapat jawapan, program itu amat merbahaya bagi ibu untuk membentangkan Kertas Kerja yang sama iaitu "Membumikan Kaunseling Rabbani" kerana paksi perlaksanaannya adalah sistem Sekular 100%. Hadapi mereka mesti dalam team work yang kukuh. Tidak sama seperti di Seremban pada 2-4 Mei lalu, Konvensyen berperspektifkan Islam lebih selamat, paling tidak musuhnya hanya orang mukmin yang hasad, Insya Allah biasanya kaunselor Islam mampu merawat diri dari sifat mazmumah itu... Hasil dari program di Seremban, Alhamdulillah salah satu pejabat Mufti jemput ibu buat program Bedah Buku sebelum Ramadhan. Insya Allah, hanya Allah saha...