Posts

Menikmati Kelazatan Al-Qur'an

Image
Mutakhir ini Allah izin ibu dapat ilham agar menghafal sedikit demi sedikit, asalkan sentiasa ada ikhtiar kita membudayakan teknik hafazan yang mudah dan santai  untuk menarik minat generasi muda  kita kembali mencintai Al-Qur'an. Pada mulanya  ibu tulis ayat di white  board di dapur agar semua ahli keluarga berpeluang membacanya. Kemudian white board comel itu di bawa ke  SRATTI ( Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiyah) agar dapat  dihafal bersama  murid-murid semasa tadarus Surah Ar Rahman. Ketika  halaqah bersama pelajar Matri  di rumah juga  ibu share ayat pendek ini untuk dihafal bersama. Rupa-rupanya ada ulamak  terkini sarankan kita ulang-ulang ayat di bawah ini  satu hari lebih 20 kali agar  kita benar-benar merasai nikmatnya  mencintai Allah.   وَالَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡٓا اَشَدُّ حُبًّا لِّلّٰهِ   Adapun orang Mukmin itu sangat cintanya  kepada Allah (Al Baqarah:165) Ayat...

Mengenalpasti Ciri-Ciri Ahli Syurga

Image
Alhamdulillah   sepanjang 10 akhir Ramadhan, Allah izin  dapat ibu luangkan masa setiap  pagi memerhati fenomena  terkesannya  mata hari dan alam dengan berkahnya  lailatul qadr. Dengan Taddabur alamini, Alhamdulillah Allah kurniakan keceriaan dan kegembiraan lebih dari berada di tanah suci setiap 10 akhir Ramadhan. Sebelum tahun 2009 Allah beri ibu peluang dapat beberapa kali menunaikan umrah hujung Ramadhan, malah dua kali dapat berhari raya  di Makkah dan sekali di Madinah. Buat masa ini peluang ke tanah suci terpaksa di 'KIV' dulu memandangkan pergerakan fizikal suami agak terbatas dan ibu redha. Insha Allah, apabila sudah sampai masanya,  ibu yakin  peluang ini akan berulang kembali... Aamiin. Sekali sekala  memang menitis  air mata merindui kampung halaman umat Islam di Makkah dan Madinah.  Allah  kurniakan lintasan jawapan, "Insha Allah, apabila sampai masanya  insan  yang sang...

Kumpulan Doa doa Mustajab Dari Al Quran oleh Sheikh Mishary Rashid A...

Image

[ TAFSIR TEMATIK ] Menjemput Lailatul Qadr ~ Ust. Dr. Muhammad Yahya

Image

Dzikir Lailatul Qadar Ustad Muahmmad Arifin Ilham

Memanjangkan  amal soleh Almarhum  Ustad Muhammad Arifin Ilham yang telah kembali menghadap Allah semalam...17 ramadhan. Dzikir Lailatul Qadar Ustad Muahmmad Arifin Ilham

USTAZ AUNI MOHAMED - ISLAM VS YAHUDI SIRI 2[NEW]

Image

Tajuk 'Happiness'?

Image
Sekembali  dari  Johor/Melaka 3 Mei lalu, Alhamdulillah, Isnin 1 Ramadhan bersamaan 6 Mei, ibu ikuti seminar persiapan PhD kedua di Jitra. Ibu disarankan oleh penceramah agar mencari tajuk berkaitan 'happiness' dalam Islam sebagai permulaan membuat proposal. Dalam perjalanan, ibu mohon kepada Allah agar dipermudahkan jalan-jalan. Menarik tajuk itu jika dikaitkan dengan doa  yang ibu share semasa seminar di Tangkak.   Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah kami diundang  oleh pelajar-pelajar Matri ikuti majlis  hari guru  semalam, Khamis 16 Mei 2019. Temanya amat menarik, merujuk pepatah Arab    لو لا  مربي  ما عرفت  ربي  Maksudnya : Kalau bukan kerana  guruku, tidak akan ku kenali Tuhanku  Tema peringkat  kebangsaan :"Terima  Kasih Guru" Ibu sangat tertarik  dengan pilihan semua pelajar siapakah  guru  paling perihatin dan  siapakah guru  yang paling...