2015~ Tahun Harmoni Insya Allah

Kajian  dan unjuran pakar ekonomi  telah memberi petunjuk yang  mengerikan kita mengatakan tahun 2015 adalah tahun tidak stabil dan sukar khususnya  merujuk nilai mata wang Malaysia  yang semakin merudum jatuh menjunam berbanding nilai matawang negara jiran. Di mana silapnya? 

Dua hal yang perlu diganti atau diperbaiki iaitu ketidak telusan pemimpin dan budaya berbelanja tidak ikut IMAN. Cara paling selamat kembali merujuk sistem Allah. Al-Quran dan Hadis telah lama mendidik kita supaya hidup bersederhana, bersyukur  dengan apa yang ada. Kita perlu kuatkan serta kukuhkan keyakinan bahawa  semua sumber rezeki dari Allah dan bukannya dari makhluk..Soal rezeki, jodoh dan ajal maut  sudah Allah aturkan yang terbaik untuk  kita semua, tak ada  apa yang perlu kita  runsingkan..Fokus kepada kerja  mendidik dan berbakti mengajak masyarakat mencintai Allah dan Rasul  sepanjang hayat..

Pagi 1 Januari kami bergotong royong menceriakan pejabat SmarTop. Petangnya  ibu berpeluang mendengar bacaan al-Qur'an seorang puteri yang pernah  ibu berpeluang peluk cium (awal tahun 2010) dan menaruh harapan serta doakannya akan menjadi wanita solehah atau ustazah apabila dewasa kelak. Subhanallah, sedap bacaannya menyentuh hati sampai terbit air mata,. Ibu suka mendengar bacaannya.. bakal mewarisi 'mak tok' tercinta yang memang  masa mudanya adalah  johan Qariah  wanita daerah Ledang.

Alhamdulillah berita baik di atas pengorbanan  yang lumayan perpisahan kami....Dengan perpisahan ini Insya Allah, mudah-mudahan akan bertambah lebih ramai 'ahli syurga' dan banyak  lagi ahli keluarga yang berpeluang mencintai Allah dan Rasul, mencintai al-Qur'an. Alhamdulillah perpisahan ini bukanlah perpisahan yang sia-sia.
Ihsan dari  Facebook Hamza  Yusuf  
~  Hadis  Nabi SAW yang  bermaksud ;
"Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada .
Susulilah keburukan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu akan
menghapuskan  keburukan tersebut dan bergaullah
dengan manusia dengan akhlak yang baik"

Sejuk rasa   hati  apabila  terbaca  dari seorang sahibah yang dikasihi  memang  sudah lama berpengalaman dalam berpoligami mengirimkan   pesanan As syahid Syed Qutb ra;  "segala penderitaannya, air matanya tidak pernah sia-sia kerana semuanya   Allah  ambil kira"

Amat benar  firman Allah SWT  yang bermaksud;
"Barangsiapa  yang menyerah diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Rabbnya dan tidak ada kekhawatiran  terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati" (QS Al Baqarah:112)


Lusa hari Sabtu, bersamaan  12 Rabiul Awal 1436 Hijrah.. adalah  hari ulang tahun ke-1489 kelahiran junjungan  besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah SAW. (termasuk 13 tahun di Makkah + 40 umur nabi sebelum menjadi  Rasul) 

Semalam, seorang ustazah/ ahli usrah 'telegram' menjemput ibu  agar hadir ke majlis Maulidur Rasul di surau kami dan menyatakan kawan-kawan seusrah rindu sudah lama tak jumpa.. Ibu tidak tahu apa yang Allah atur buat ibu selepas ini. Ikut 'rasa' memang belum sesuai kerana sedang enjoy buat persiapan rapi untuk menyambut  kehadiran murid-murid baru. Sementara itu ibu hanya jawab "terima kasih di atas jemputan, sampaikan  salam kasih dan rindu buat semua..sentiasaku kenang kalian di dalam doaku.."

Sempena  menyambut ulang tahun kelahiran  baginda SAW, ibu buat keputusan untuk mengajar subjek teras iaitu seerah Nabi Muhammad SAW dan "Little  'Abd Love  All Prophet'  untuk semua anak Taska dan Tadika. Peluang berdamping dengan ramai ahli syurga...Sudah ada modul, mudah bagi ibu menyahut persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang  ALP SmarTop  iaitu  Puan Hjh Ngasobah "Bagaimana kita nak tanam rasa cinta  di hati  anak-anak  terhadap  Rasulullah SAW?". 

Mudah-mudahan  sedikit rasa cinta, kerharmonian dan ketenangan anugerah Allah SWT   sentiasa menceriakan hati dan  seluruh warga SmarTop. Niat nak mengajar kerana Allah agar  anak-anak dan para guru merasai kecintaan  yang mendalam terhadap 'Wira' dunia sejak dulu, kini dan selamanya..

Bagi ALP yang harap SmarTop guna bahasa  pengantar  bahasa Inggeris, bersabarlah tunggu natijahnya kerana lebih 60% modul LAP memang dalam  bahasa Inggeris. 

Subjek teras  ini dicadangkan  akan  dibuat semasa  perhimpunan  anak Taska dan Tadika selepas Dhuha Time mengambil masa tidak sampai  satu jam.  
"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk istiqomah jayakannya agar mereka semua mencintai-MU, Nabi-MU dan kitab-MU. Tanpa kekuatan dari-MU, aku tidak mampu melaksanakannya..." 
Doa ini juga selalu ibu adukan kepada-NYA ketika nak selesaikan  ijazah di UM dalam keadaan  anak masih menyusu pada tahun 1987 dan nak selesaikan sarjana kaunseling sebelum tahun 1999...Bukan suatu yang mudah  jika Allah  tidak izinkan..Semuanya berkat doa insan-insan  yang tersayang...

"Little 'Abd Love Qur'an'  dan 'Little 'Abd Love Allah' akan digilirkan  dengan seorang  ustazah yang sukarela ikut kami pergi kursus di Bangi. Ibu kenali ustazah ini sejak di Batu Pahat, 25 tahun lalu. Subjek teras  ini  lebih mudah dan akan berjaya diterapkan ke jiwa kanak-kanak  oleh jiwa-jiwa yang telah melalui proses keimanannya dengan penuh cinta dan kasih sayang...

Insya Allah dengan harapan  akan  mengharmonikan  jiwa semua warga SmarTop Subur Fitrah.  Pentingnya  jiwa yang harmoni, sentiasa  dekat dan kuat hubungan dengan Allah, agar dapat maintain fokus dan niat ibadah kita kepada Allah dalam setiap detik dan ketika walau di mana kita berada.

Alhamdulillah beberapa staff mengakui sejak mengamalkan  'infak lepas Subuh' terasa  jiwa lebih harmoni dan lebih ceria. 

Ibu cadangkan kepada pihak ALP agar ibu bapa bekalkan kepada  anak-anak 10 sen - 50 sen sehari  untuk membiasakan  budaya infak sejak kecil. Datin sarankan nama 'Infak Dhuha'. Fahamkan  anak-anak , ramai orang beriman senang dapat masuk syurga  sebab suka  bersedekah.. agar anak-anak ditanam rasa perihatin dan  tahu tujuan infak ini untuk mereka yang kurang bernasib baik seperti mangsa banjir, peperangan..Setiap hari Jumaat, jumlahkan setiap simpanan anak-anak dan satukan untuk di 'bank in' ke akaun anak-anak Palestine/ Syria dan Mangsa Banjir . Slip  'bank in' akan di'telegram'  dalam  Parent Support Group (PSG). Sampaikan berita duit  yang disimpan setiap hari, anak-anak di Gaza, Syria dan mangsa  banjir dapat manfaatkannya.Sedekahpun kena latih dari kecil..

ALP  'telegram' minta  ibu 'settle'kan lebihan staff yang bekerja  di Taska. Tak sampai 10 minit kemudian, salah seorang  hantar  surat berhenti kerana mendakwa sedang tunggu kerja  baru.  Sebelum Zohor  seorang  lagi lepasan SPM hantar  surat  berhenti kerana dapat kerja di Klinik berhampiran rumahnya. Syukur Alhamdulillah, tidak perlu ibu bersusah payah, mereka  sudah tarik diri walaupun  pasti akan merindui anak-anak di Taska. Memang inilah doa ibu agar Allah permudahkan segala  urusan tanpa bersusah payah. Ibu pujuk anak-anak lepasan SPM yang rajin dan dedikasi ini sambung belajar dalam bidang 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak'..

Dalam masa seminggu ini, terkena  juga tempias hampir  disalahkan kerana memberi harapan  kepada  staff pergi kursus akan dapat naik gaji..Ibu jumpa seorang demi seorang staff berkenaan..Alhamdulillah mereka nafikan dan faham keadaan kewangan belum mengizinkan..tambahan pula  belum nampak 'hasil' peningkatan khidmat mereka. 


Pengambilan staff baru tadika  berikutnya  amat disarankan bermula dari Taska. Ibu dapati dua staff Tadika, sebelum ini bekerja 2 bulan di Taska, lebih perihatin dan selalu ambil peluang membantu taska hingga balik lewat walaupun sudah confirm menjadi tenaga pengajar  di tadika. Kedua-dua staff ini  ada kerendahan hati, 'humble', tidak berkira  dan banyak permudahkan urusan. Mudah-mudahan akan menjadi contoh kepada staff baru dan senior yang lain.Semoga semua warga   SmarTop Subur  Fitrah Integrated Pre School sentiasa harmoni selama-lamanya..Aamiin...

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil