Mendidik Hati Agar Mengenal Rabbnya
Sesi persekolahan dilewatkan seminggu kerana masih ada sekolah digunakan sebagai pusat penginapan mangsa banjir di pantai timur. Sekelip mata sahaja Allah takdirkan ribuan mangsa kehilangan rumah dan harta benda..Syukur Alhamdulillah mereka redha menerima takdir Allah..yang penting bagi mereka bukan rumah atau harta benda, tetapi cukuplah ada tempat untuk solat dan beribadah..Subhanallah insiden yang menyayat hati mengajak kita semua bertafakur, mensyukuri nikmat yang ada serta muhasabah dosa-dosa untuk perbaiki diri dan ummah masa depan. Dari sini kita boleh mengenal kehebatan Rabb, akur sahaja menerima takdir-NYA tanpa soal.
Mendengar pahit manis pengalaman anak ibu ikuti team sukarelawan Haluan ke pantai timur selama 4 hari, rasa teringin juga nak ikut serta membantu mangsa 'trauma'. Pesanannya buat masa ini "yang patut ke sana adalah golongan muda yang masih kuat tenaganya untuk membantu cuci rumah dan penginapan"
Ibu faham, memang ibu tak mampu..Elok doakan saja dari jauh. Selesaikan kerja satu persatu..
Seminggu sudah ibu berpeluang berdamping dengan anak-anak Tadika, sampai terlepas pandang masalah di Taska, kesan ada pengasuh cuti tanpa gaji selama sebulan. Syukur, di saat genting staff tadika banyak membantu sebelum mendapat pengasuh sementara...
Alhamdulillah apabila dapat fokus, memang sungguh menghiburkan lebih-lebih lagi menyampaikan mesej VCD Damia "Who is Allah?" .
Tahniah kepada team Little 'Abd Programme menyarankan kami bermesra dahulu dengan kanak-kanak dalam tempoh masa dua minggu untuk mendisiplinkan mereka. Kelihatan kanak-kanak bahkan guru-guru juga seronok dapat mengenal Rabb melalui kembara kucing bernama Damia bersama ibunya. Secara tidak langsung ulasan kisah kembara kucing ini mendidik seluruh warga SmarTop dapat bertaaruf..terasa tenang, harmoni dan menjawab segala persoalan mengenal Allah merujuk surah al Ikhlas.

Tidak sangka pagi tadi ada seorang staff sangat sedih..ibu bawa ikuti perhimpunan..
Allah izin siri akhir kisah kucing Damia melihat pelangi.
Allah jadikan pelangi setelah hujan.. Pelangi itu simbol 'bahagia'. Siapa sahaja yang sentiasa mentaati Allah hidupnya pasti bahagia dan InsyaAllah dapat masuk syurga. Lepas susah pasti ada senangnya...
Allah izin siri akhir kisah kucing Damia melihat pelangi.
"Ha inilah yang mama nak tunjuk..kehebatan ciptaan Allah yang Maha Bijaksana"
Ibu Kucing jelaskan kepada anaknya Damia.
Ibu Kucing jelaskan kepada anaknya Damia.
"Hebatnya Allah. Allah Maha Baik..saya sayang Allah.." .Kucing Damia amat kagum melihat ciptaan Allah
![]() |
Aktiviti bermain doh, bermesra dengan kanak-kanak |
Allah jadikan pelangi setelah hujan.. Pelangi itu simbol 'bahagia'. Siapa sahaja yang sentiasa mentaati Allah hidupnya pasti bahagia dan InsyaAllah dapat masuk syurga. Lepas susah pasti ada senangnya...
Bila ditanya kenapa nak masuk syurga?
Ada beberapa orang kanak-kanak menjawab "nak berjumpa dengan Allah".
Ibu rasa bahagia sangat mendengar jawapan mereka..walhal baru sekali mereka dengar "Allah rindu nak jumpa 'abd yang disayanginya di syurga".
Kisah kembara ini sentiasa diulang-ulang dan InsyaAllah anak-anak akan ingat. Ini merupakan peluang mengajak mereka bertafakur agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang memberi kita segala macam nikmat yang tidak terkira.. Baru terasa jadi guru tadika atau taska memang tidak sia-sia.. terasa hidup penuh makna, mengajak diri dan mereka memperhambakan diri hanya kepada Allah.
Segala macam nikmat ini perlu disyukuri dengan ucapan Alhamdulillah yang dizahirkan dari hati yang terdalam hingga terbisik di dalam hati "terima kasih ya Allah" berulang-ulang kali sehari semalam sampai bangun tidurpun ucap terima kasih kerana beri nikmat senang tidur dan masih bernyawa menghirup oksigen-NYA. Tanamkan rasa bersyukur yang amat sangat kerana Allah jua yang izinkan kita semua mudah dapat bangun bertahajjud. Tanpa izin-NYA memang kita tidak akan dapat rasa nikmatnya bertahajjud.
Di antara agenda pertama mengenal Allah adalah mengajak diri dan anak didik sentiasa bertafakkur kerana menurut ulamak bertafakur seketika lebih baik dari beribadah setahun..
Di antara agenda pertama mengenal Allah adalah mengajak diri dan anak didik sentiasa bertafakkur kerana menurut ulamak bertafakur seketika lebih baik dari beribadah setahun..
Tafakkur ~ banyak bersyukur
Lakukan apa saja kebajikan dengan tulus ikhlas, tak akan rasa penat. Sempat ibu selitkan tazkirah ketika meeting guru semalam tentang hadis Qudsi 'Rahsia kekuatan manusia lebih kuat daripada gunung, besi, api, air dan angin'. Mudah-mudahan terkesan di hati sendiri dan guru-guru lain.
Padamlah segala 'cita rasa' dan kekeruhan yang lalu dan sama-samalah akur dan yakin bahawa hanya melalui muafakat membawa kepada keberkatan yang Allah kehendaki. Setelah mengadu kepada-NYA dan mendapatkan beberapa pandangan, Allah beri rasa lapang , lebih tenang dan lebih terbimbing.. I'am not alone ..Alhamdulillah
Jawapan asal kononnya mengambil masa 2 minggu hingga sebulan. Belum seminggu ibu sudah rasa agak letih nak fikirkan macam-macam ikut logik akal yang kadang-kadang memang tak logik.Syaitan mula bisikkan macam-macam andaian yang merunsingkan.. Setelah istikhorah hari keempat dapat jawapan paling menenangkan; "Serahkan segalanya kepada Allah..Biar DIA aturkan yang terbaik untukmu demi masa depan ummah".
Alhamdulillah Allah beri ibu peluang bertafakur memikirkan masa hadapan yang masih jauh dalam tempoh umur paling singkat.. Kesedaran ini seharusnya mengajak diri untuk sentiasa istighfar, bertaubat dan sentiasa berdamping dengan al-Qur'an.. Ceramah berikut sering menjadi teman tidur ibu, santai aje tetapi penyampaiannya berkesan. Menjadi sumber inspirasi selamanya, InsyaAllah.
Comments
Post a Comment