Semoga Allah Luruskan Niat Di Hati



Ikhlas? Benarkah ikhlas?
Tubikan persoalan ini berkali-kali di hati..
Kalau ikhlas, mengapa bersungut?
Kalau ikhlas, mengapa mengugut?
Sejak bila berubah ni?
Apa yang kamu mahu sebenarnya?
Dipuji manusia? Dikenang jasa?
Mengapa risau jika tidak dikenang dan dipuji..Risau itu petanda tidak ikhlas!

Risau petanda Syaitan menang mengawal budak nakal (hawa nafsu) agar menyimpang dari jalan yang lurus. Ikhlaskan hatiku ya Allah..bersihkan niat di hatiku hanya mengharapkan keredhaanMU semata-mata..mengharapkan pertemuan denganMu di syurga nanti..Aamiin..
Amru Khalid mengingatkan..mohon kepada Allah setiap hari agar DIA perbaguskan niat kita..
Kita hamba..nak kawal diripun tak mampu jika Allah tidak izinkan..
Hati akan sentiasa tenang jika kita ikhlas. Tidak ada kerisauan walau sedetik jika hubungan hati dengan Allah sentiasa di subur dan diperkukuhkan.. Nak kukuhkan hubungan hati dengan Allahpun kena minra pada NYA..

"Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMU dan bersyukur kepada MU dan memperbaiki ibadah kepada MU"




Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil