Liku-Liku Kehidupan

Merenung pesanan AsSyahid Imam Hasan al Bana barulah mengerti untuk apa Allah aturkan posisi yang tepat keberadaan kita di sesuatu tempat. Subhanallah, Maha suci Allah begitu mendalamnya maksud hikmah mujadid dan mujahid ummah yang mengatakan;

"Jika pada hari ini kita hidup untuk diri sendiri, nescaya jalan yang kita lalui amat sempit dan singkat sekali. Namun jika hari ini kita hidup untuk orang lain demi sebuah akidah dan perjuangan (Islam), maka jalan yang bakal kita lalui luas terbentang dan jauh untuk kita lalui.."

Berkongsi pengalaman seorang mualaf mendapat hidayah selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang ditemuinya di kedai arak di pantai timur Malaysia. Kedua-dua anaknya kini berada di Taska kami kerana ayahnya ghaib dan menyukarkan'status' ibunya bagai  tergantung tak bertali. Syukur siibu masih berusaha perbaiki status Muslimahnya tetapi sering diugut oleh neneknya yang non- Muslim, tidak jauh dari rumahnya..

" Apa salahnya kalau awak terus bertudung?". Ibu cuba memujuk agar menzahirkan keikhlasannya setelah 7 tahun memeluk Islam.
"Susah kak!..masih ada yang tak settle dalam hati saya ni!" siibu beri alasan.
"marah kerana diuji?" Ibu menduga
"Mungkin.." Jawabnya
"Cuba fikirkan, ujian ini tanda Allah sayang..". Ibu cuba merasionalkan fikirannya. 
Terus menitis air matanya sambil meluahkan tekanan masalah yang dihadapinya..
"Mertua sayapun hairan, semua anaknya OK, baik, cuma suami saya yang pelik.."  

Baru ibu faham, di antara punca 'suami'nya tersisih disebabkan oleh 'redha ibu' tercalar gara-gara anak silap pilih rakan seperjuangan...Pentingnya kesabaran ibu untuk memaafkan  dan terus mendoakan keselamatan anak-anaknya tanpa syarat..Perbezaan adalah ujian, menguji kita agar faham dan bertolak ansur, bukan bersikeras.
"Bebaskan diri dari kemarahan itu dengan memaafkannya. Mudah-mudahan dengan memaafkan, hati  terasa sejuk dan lega. Pesan  dengan mertua  juga begitu..ajak anak-anak doakan keselamatan ayahnya,,mereka  adalah ahli syurga, doa mereka  pasti makbul..Insya Allah" Pesanan yang ibu titipkan sebelum kami berpisah.

Berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.. "Ya Allah kurniakanlah dia kekuatan iman..kembalikanlah suaminya dalam keadaan lebih baik sebagai imam dalam keluarganya tanpa susah payah"
Insya Allah nampak gayanya, ibu ini bakal menjadi Muslimah solehah jika diaturkan program 'usrah' secara istiqomah.

"Jauhnya melayang fikiran tu". Ibu tegur salah seorang guru yang baru dikenali hampir sebulan..
"Entahlah, saya rasa tak bahagia...."
Bagusnya guru ini berterus terang, tidak bahagia bukan kerana faktor persekitaran tetapi kerana masalah dalam dirinya sendiri..dakwanya ada gangguan.
Sudah usaha merawat tetapi belum nampak peluang kesembuhan. Sakit misteri...Wallahu alam.
"Kukuhkan hubungan hati dengan Allah.. Banyakkan istighfar jika sebelum ini sering berburuk sangka kepada Allah..."
Terus menitis air matanya mengakui kerana selalu berburuk sangka "kenapa hajatnya tidak dimakbulkan?"
Darah muda, ingin serba ada walaupun mendapat pendidikan 'deeniyah' sejak kecil.

Pendaman sampah-sampah emosi terperap dan tidak dikeluarkan walaupun bertahun-tahun solat dan berpuasa. Ibu latihnya jalani terapi Emotional Freedom Techniq'(EFT). Terapi ni hanya 10% sahaja, 90% lagi bergantung kepada ketulusan hati ikhlas dan pasrah serahkan kesembuhan kepada Allah SWT.

Masa juga perlu untuk proses pemulihan di samping usaha, doa dan tawakkal kepada Allah SWT..
Hidup ini indah jika budaya pasrah dan redha mewarnai kehidupan selamanya.
Hidup menjadi payah jika  sentiasa 'demand' agar dapat apa yang nafsu  kehendaki..sedangkan Allah Maha Mengetahui segala yang TERBAIK untuk semua hamba-NYA..

"Ya Allah Engkaulah Penguasa dan pelindung  kehidupan kami di dunia dan akhirat. Matikanlah kami dalam keadaan menyerah diri kepadaMU dan hubungkanlah kami dengan orang-orang yang soleh..Aamiin"

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil