Warisi Akhlak Rasulullah S.A.W Berkorban Asalkan Umatnya Selamat....
'Caring and sharing' sebenarnya adalah akhlak Rasulullah yang Allah utuskan sebagai 'Rahmatan lil alamin' ~ Pembawa Rahmat ke seluruh alam'..
Semasa Kursus LAP di Bangi, seorang Murabbi kemukakan betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada umatnya merujuk Firman Allah SWT:
لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Translation
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman. (Surah At-Taubah :128)
Dalam kesibukan berlumba-lumbanya insan mulia membuat kebajikan (fastabiqul khairat), membantu mangsa banjir di Kelantan khususnya.. ada ramai non Muslim turut berbakti ingin menyaksikan sendiri musibah yang menimpa mangsa banjir. Samada hendak menolong atau melancong, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala isi hati dan niat masing-masing. Ada saksi melaporkan di kawasan mangsa banjir tersebut menjadi pesta kenderaan pacuan 4 roda.. Betapa ramainya rakyat yang perihatin menyayngi Kelantan dan sentiasa bersedia membantu..Alhamdulillah..
Sebelum peristiwa banjir besar dua minggu lepas founder LAP ada maklumkan bahawa team LAP sedang menyiapkan modul ' Caring 'Abd' yang bakal dikongsi pada cuti bulan Mac 2015..Insya Allah.
Hikmahnya banjir besar kali ini, Allah izin menzahirkan keperihatinan rakyat Satu Malaysia.. Budaya 'Caring' mula mewarnai bumi 'Serambi Makkah'
![]() |
Salah satu aktiviti yang memberi kepuasan dan keseronokan adalah menjahit |
Persepsi bahagia antara seorang dengan seorang lain memang berbeza mengikut visi yang ingin dicapai....
"Sambung belajar nak.. sambung belajar nak.. kaya raya, bahagia dan senang hidup kau nanti"
Seorang ibu yang sangaaat prihatin mengakhiri nasihatnya setelah ibu call semula apabila ibu dapat ada 5 'miscall' sebelum waktu Dhuha pada pagi 12 Rabiul Awal.
"Aamiin....Terima kasih mak cik masih ingat dan sudi menasihati saya..dah rasa mak cik macam mak saya.. Saya doakan mak cik sentiasa sihat dalam beribadat..."
Dari kejauhan dan sudah hampir dua tahun tidak berjumpa ibu solehah ini. Memang sebak tiba-tiba berpeluang mendengar suara kasih seorang ibu yang penyayang. Sedang tunggu peluang menziarahinya bersama anak menantu dan cucu, termasuk menziarahi bonda tercinta yang amat dirindui kini...
Dari kejauhan dan sudah hampir dua tahun tidak berjumpa ibu solehah ini. Memang sebak tiba-tiba berpeluang mendengar suara kasih seorang ibu yang penyayang. Sedang tunggu peluang menziarahinya bersama anak menantu dan cucu, termasuk menziarahi bonda tercinta yang amat dirindui kini...
Selepas mengakhiri perbualan, ibu termenung panjang memikirkan nasihatnya..Terasa umur ibu masih muda belia, macam lepasan SPM pulak! Alhamdulillah, jiwa terasa sentiasa muda apabila diberi peluang dan kepercayaan oleh ALP untuk mengurus selia 'ahli-ahli syurga' di Taska dan Tadika. Apabila berada di medan pra sekolah ini baru terasa kepuasan menginfakkan tenaga mentarbiyyah dan cuba menaikkan taraf dan 'self esteem' pengasuh dan guru-guru lebih fokus kepada memahami konsep ibadah yang luas dalam melayani semua ahli syurga bagai di syurga.. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua ALP, team LAP dan semua insan tersayang yang mendoakan ibu... Kalian semua sentiasa tersemat dalam doaku..
Ibu sempat berpesan kepada puteri-puteri, khususnya ibu-ibu muda, dan beberapa sahibah yang akan dan sudah bersara dari kerjaya makan gaji samada di Johor mahupun di Bangi baru-baru ini..
"Bila sudah lalui dan mengalami sendiri kerjaya yang sebelum ini dipandang 'sepi', baru terasa nikmatnya ibadah untuk menyelamatkan generasi pewaris kita dari jurang kehancuran. Nak selamatkan lebih ramai bahkan semua ketika mereka masih di awal usia...Yang penting kita hendak bersama mereka ke syurga..berkorbanlah apa sahaja, Insya Allah.. memang seronok!".
![]() |
"Ya Allah..janganlah Kau turunkan bala ke atas kaumku" ~ doa Rasulullah apabila cuaca di Madinah diselubungi awan gelap dan tanda-tanda ribut akan berlaku. Baginda bergegas ke masjid solat dan bermunajat.. Baca seterusnya di http://genta-rasa.com/2015/01/banjir-besar-hudud-perubahan-cuaca-penebangan-hutan/#more-3026 |
Jiwa ibu lebih mudah menyerap ilmu apabila berpeluang mendengar dan berkongsi pengalaman 'susah senang' mengurus institusi pra sekolah sebagai kerja ibadah berbanding dengan mereka yang baru buat 'trial & error' melalui bacaan buku tanpa melalui pengalaman berharga ini dengan sentiasa mendampingi kanak-kanak di Taska mahupun di Tadika. 'Beku'nya usrah atau halaqah apabila para ahlinya tidak terjun ke medan..
Benar kata pengurus Tadika yang melalui pengalaman lebih 20 tahun, staff kita bermula dari '0' (zero)..peranan kitalah mendidik mereka melalui contoh.." Semoga di hujung usia ini sama-sama kita manfaatkan peluang yang Allah kurniakan sentiasa berada di medan dakwah dan tarbiyah untuk menyelamatkan Akidah dan menyuburkan fitrah kanak-kanak yang masih banyak ruang 'bersih'nya, agar mereka dapat membezakan antara hak dan batil sepanjang hayat.
Semoga Allah aturkan peluang-peluang belajar dan mendidik dalam rangka berbakti memartabatkan institusi pra sekolah ini untuk melahirkan 'Graduan Taqwa' seawal usia, khususnya bayi '0-2' tahun yang selalu diabaikan peluang untuk install 30 juzu' dengarkan sahaja bacaan al-Qur'an setiap hari.. Insya Allah, kerana Allah, ibu sahut pesanan mak cik Aminah yang baik hati.Insya Allah. Doakan Allah permudahkan jalan-jalan-NYA..
Dalam persiapan menjadi murabbiyah subjek 'seerah' dan 'Little 'Abd love all prophet' untuk 'ahli -ahli syurga' terbaca artikel yang menyayat hati tentang junjungan Rasulullah S.A.W;
Seorang kanak-kanak bernama Zaid yang sedang sakit tenat merindui Rasulullah bertanya pamannya ('uncle atau pak cik)
”Kalau Nabi bukan orang kaya, bagaimana baginda boleh membantu kita, rakyat yang miskin ini, Paman ?” tanya Zaid kehairanan.
Paman Atib tersenyum. ”Nabi kita punya kasih sayang, wahai Zaid. Dengan kasih sayang itulah Nabi menolong semua umatnya,” kata Paman Atib dengan lembut. ” Bila beliau ada sedikit wang, akan dibahagi-bahagikannya kepada para fakir miskin. Beliau juga mengajarkan pada orang kaya, agar sentiasa membantu saudara-saudara mereka yang kesusahan. Kasih sayang Nabi tidak terbatas, wahai Zaid. Kasih sayang Nabi meliputi seluruh alam.”
Zaid tercenung. ”Subhanallah...” ucapnya sayu.
”Bila seseorang memberi kasih sayang, ia akan diberi kasih sayang pula oleh Allah dan orang-orang lain,” kata paman Atib.
Zaid termenung lagi memikirkan sikap tuannya bernama Raban. Walaupun Raban kaya, tetapi ia tidak disayangi orang kerana sifatnya yang kejam. Kekayaan Raban tidak ada artinya dibandingkan kekayaan kasih sayang Nabi. ”Paman..., kalau kasih sayang Nabi seluas alam ini, berarti Nabi juga menyayangi anak-anak ?” tanya Zaid penuh harap.
Bacalah selanjutnya kisah benar yang menyayat hati di http://jomtengok-ilhamku.blogspot.com/2011/11/kisah-menyayat-hati-kerinduan-anak.html?m=1
Comments
Post a Comment