Posts

Dialog Antara Haq dan Batil

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ . . وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚإِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.   Renungilah firman   Allah SWT  yang bermaksud: "Dan katakanlah: Yang benar (Haq)  telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap"   (QS. Al-Isra': 81). Pesanan Almarhum Dr Mustafha As Siba'i;   " Janganlah engkau menunda-nunda untuk menyerukan kebenaran dengan alasan seruanmu tidak akan didengar, dan tidak ada benih yang akan tumbuh di tanah yang gersang.  Orang-orang puas dengan pendapatmu atau tidak, itu bukan urusanmu. Kerana, yang penting bagimu adalah mengatakan apa yang engkau yakini benar" (Sumber:  halaman 119-120~ dari buku   'Belajar Dari Pengalaman, Sebuah Refleksi Agar  Hidup Lebih Bernilai...

Kerendahan Hati Da'i Yang Dikasihi Allah

Image
Selesai  membaca dan merenungkan surat amirnya ini, bangkitlah kesedaran fitrah  sang Da'i yang melakukan kesalahan itu. Akhirnya  hujung lidahnya dapat merasakan kembali air susu murni yang pernah diteguknya, lalu ia memegang pena dan mulai menulis: Al Ustaz Muhammad Ahmad Ar-Rasyid  di hari pengkebumian UDMZ "Bismillahirrahmanirrahim" Surat anda sudah saya terima. Tidak ada yang saya temukan padanya selain dari kebenaran. Aku tidak tahu apa yang seharusnya  aku katakan  padamu wahai pemimpin yang ditaati, kerana aku sudah menyedari kekeliruanku sejak beberapa hari yang lalu, akan tetapi rasa malu membuatku enggan untuk datang meminta maaf kepadamu. Memang tiba-tiba saja aku merasa terasing dan bingung menoleh kiri dan kanan, kerana wajah kejahiliyahan di sekelilingku membuatku takut, sedangkan dulunya aku merasa kuat dan mulia kerana kebersamaanmu dengan dakwah yang berkah ini,  jiwaku penuh keberanian memandang remeh kepada semua keangku...

Cinta Amir (pemimpin) kepada Da'i

Image
Tersentuh hati membaca buku Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid yang bertajuk 'Hambatan-Hambatan Dakwah' terbitan Robbani Press. Halaman  316-  menceritakan  betapa kasihnya seorang pemimpin kepada da'i yang amat dikasihinya, merendahkan dirinya menulis surat  agar sahabatnya   kembali   istiqomah di atas jalan dakwah dan tarbiyah.. Beliau mengisahkan sebuah kisah tentang nasihat seorang amir (pemimpin) kepada  anggotanya yang telah banyak beramal. Surat itu disambut dengan kerendahan hati, penuh sedar dan insaf dan diakhiri dengan meminta maaf.. Para ulul albab dan orang-orang yang mempunyai hati yang hidup mendapat 'ibrah dari kisah-kisah yang disampaikan  dan mereka yang bersalah akan menyedari kesalahannya dengan kisah itu sehingga ia dapat dijadikan sebagai teguran. Kisah ini bermula dari suatu kesalahan yang diperbuat oleh seorang da'i, sedangkan sebelumnya ia adalah da'i yang sangat dicintai. Dengan kesalahan tersebut ia meninggalkan Jam...

Warisi Istighfar Para Anbia

Image
Renungilah  sedalam-dalamnya kisah burung  Hud-Hud di dalam Al-Qur'an. S esungguhnya  haiwan  juga mengerti bahawa  kebatilan dan  kesesatan adalah berpunca daripada syaitan. Seekor burung Hud-Hud, sumbangannya amat kecil namun kisahnya  telah direkodkan di dalam Al Quran kerana kejujurannya... Sewajarnya, sebagai manusia kita perlu merasa malu dengan Hud-Hud, spesis burung yang kecil tetapi amat bermanfaat untuk misi besar iaitu mengajak manusia mentauhidkan Allah.. Apakah pengajaran  di sebalik kisah burung Hud-Hud yang diancam untuk disembelih oleh nabi Sulaiman?...Kisah   menarik ini amat wajar diceritakan kepada anak-anak  terakam indah di dalam al-Qur'an, surah An-Naml : 21-25. Fokus di sini kepada ayat 24; "Aku  (burung hud-hud) dapati dia (puteri Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah;  dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, se...

Secantik Azam Bonda Hajar

Image
Hari ini 9 Zulhijjah 1434 HIJRAH ..hari Arafah..perbanyakkan doa mulai lepas Zohor hingga  Maghrib. Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ .“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”. [HR. Tirmizi no. 3585. “Hasan”]. Sama-samalah  kita semua turut  berdoa semoga  semua  jemaah  haji selamat, doa dimakbulkan dan mendapat haji yang  mabrur..amin.  Berikut  adalah  Perkongsian  dalam buletin Haluanita... Bonda   Siti  Hajar ra. ~ Antara Cinta dan Pengorbanan Oleh Puan Hjh Norlida Bte Md.Top Kisah keunggulan wanita bernama Siti Hajar, dikaitkan dalam falsafah   ibadah umrah...