Posts

Kerdilkan Syaitan hingga Menjadi Debu...Allahu Akbar

Image
Umat Islam jangan sekali-kali takut dengan kuasa 'kerdil'  kebatilan  Israel yang  dayus dan pengecut.. Pembunuh orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak tetapi  mereka amat takut apabila berhadapan dengan Sayap Hamas, Brigade  Izzudin al-Qassam. Amat benarlah firman Allah bahawa syaitan @ iblis serta kuncu-kuncunya tidak akan dapat mengalahkan para Mukhlisin (pejuang-pejuang yang ikhlas). Syaitan juga turut mengakui di hadapan Allah bahawa dia dapat sesatkan semua anak Adam kecuali mereka yang Ikhlas..Terkandung dalam al-Qur'an surah Al Hijr:39-40 Syaitan berkata " Sungguh  aku akan sesatkan manusia  semuanya, kecuali orang yang ikhlas" Sekutu-sekutu syaitan walau di mana, setiap masa dan ketika, sama saja fesyen, tabiat , tipu daya dan tembelangnya. Hakikatnya  memang mereka  amat takut berhadapan dengan orang-orang yang  ikhlas. Sentiasa mencari alasan, tipu helah nak lari dan mengelak.. Bacalah  seerah Saidina Umar, sya...

Menjana Kekuatan Ummah ( 3 )

Image
Kekuatan ummah perlu setara di kalangan umat Islam sedunia samada di negara yang sedang berperang atau tidak, semuanya bagaikan satu tubuh, dicubit peha kanan, peha kiri bahkan satu badan turut merasa sakit. Namun bagi mereka  yang benar-benar  ikhlas  berjuang di jalan Allah, semua kesakitan yang dialami  tidak terasa kerana  janji-janji  Allah  sentiasa menjadikan diri mereka kebal lantaran merindui destinasi  yang abadi menanti mereka di  Syurga. Firman Allah SWT yang bermaksud: 20."Orang yang  beriman yang berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah  orang yang memperolehi kemenangan. 21.Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberi rahmat, keredhaan dan syurga, mereka memperolehi  kesenangan yang  kekal di dalamnya 22.Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar" ...

Menjana Kekuatan Ummah (2)

Image
Berakhirnya Ramadhan, umat Islam digalakkan hidupkan malam hari raya dengan Takbir, zikir, solat, baca Qur'an dan berdoa kerana  waktu ini  merupakan salah satu waktu mustajabnya doa. Allah izin selepas aktiviti rutin menghidupkan malam ibu tertidur dan bermimpi indah hadiah dari Allah..Alhamdulillah,semoga menjadi kenyataan. Insha Allah. Puasa 6 juga merupakan peluang untuk kita semua terus menghidupkan syuur Ramadhan seolah-olah kita berpuasa sepanjang tahun.. (kedua-dua fakta ini ada hadis sohehnya Insha Allah) Berdoalah dan terus berdoa. Siapkan skrip doa paling syahdu, bila-bila masa kita boleh berdoa.. "Ya Allah, satukan hati-hati seluruh umat Islam sedunia  khususnya pemimpin-pemimpin negara Islam..satukan mereka dengan penuh sedar atas  dasar satu akidah  ikhlas  ingin memperhambakan diri hanya sanya kepada-MU.. Ya Allah suburkan silaturahim pemimpin-pemimpin Islam atas dasar berukhuwwah kerana-MU.. Walaupun terdapat  banhyak perbezaan a...

Menjana Kekuatan Ummah

Image
Sebulan Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan nikmat yang amat kita syukuri kerana nikmat berpuasa kali ini banyak mendoakan kemenangan untuk Islam seluruh dunia khususnya perang di Gaza menentang Regim Zionis yang menduduki tanah Palestine secara haram. Tanah Palestine adalah tanah wakaf umat Islam sedunia dan seluruh umat Islam wajib mengambil bahagian untuk membebaskannya dari cengkaman Israel laknatullah.Sebaik-baik bantuan adalah bersama mereka di medan jihad, menaja dan selamatkan anak-anak yang menjadi mangsa kezaliman. Minima bantuan yang boleh kita sumbangkan adalah terus doakan kejayaan mereka tanpa mengenal erti jemu dan putus asa. Iftar hari terakhir Ramadhan di Masjid Shah Alam Bagi meraih kemenangan secara berterusan, kita perlu jadikan 11 bulan lagi dengan syuur, merasai seperti  berada di bulan Ramadhan..teruskan pesta ibadah dengan istiqomah puasa  6 hari di bulan Syawal, puasa Isnin Khamis setiap minggu, puasa 3 hari putih setiap bulan. 13-15 harib...

Inspirasi Cinta Dari-NYA

Image
Para  bakal  graduan  Taqwa  dirahmati Allah.  Ramadhan Kareem  dan   Salam Jumaat  penuh  Barakah Nasyid di atas  merupakan  sajak As Syahid Syed Qutb menjadi sumber inspirasi sepanjang perjuangan agar kita wariskan sesuatu untuk ummah sebelum sampai masa kita transit  di alam barzakh. Tahun 1990, semasa menjalani pembedahan, rohku pernah melayang ke satu alam yang sangat dirindukan...Ku merayu hingga menangis  nak masuk ke alam itu, tetapi tidak dibenarkan. Menangis sungguh-sungguh tak mahu balik selagi tidak dapat masuk ke alam itu..Sampai doktor yang jalankan pembedahan bertanya "kenapa menangis?"..Baru tersedar aku belum layak masuk ke alam tersebut.. 24 tahun selepas itu , fahamlah hikmahnya  Allah izin  ada misi yang perlu diselesaikan, sebelum rohku terbang mendapatkan rindunya..Wallahu 'alam Alhamdulillah sehingga ke saat ini Allah masih beri kita peluang untuk kita tingkatkan kual...

Kelembutan Doa Qunut Yang Menyentuh Hati

Image
Bacaan  Qur'an  Syeikh Mishary Rashed amat menyentuh hati, begitu  juga  doanya... Manfaatkanlah doa  berikut  sepanjang  Ramadhan di waktu-waktu  mustajabnya  doa..Mudah-mudahan kemenangan Islam  di Palestine  dan di negara  umat Islam tertindas  lebih terserlah berkat doa yang tulus ikhlas  dilantunkan  sepenuh  hati  dari  semua  umat  Islam  yang hanya mengharapkan belas kasih dan  redha Allah  semata-mata. Ya Allah segala  Puji-pujian  hanya  milik-MU Engkaulah cahaya langit dan bumi Segala  Puji-pujian  hanya  milik-MU Engkaulah  pendiri  langit  dan  bumi Segala  Puji-pujian  hanya  milik-MU Engkaulah  Rabb   langit  dan  bumi Berserta   segala  yang   ada  di dalamnya Engkaulah yan Haq (Maha  Benar) dan janji-MU adalah bena...