Posts

Semoga Ketulusan Doa Semua Islam Akan Menguasai Seluruh Dunia

Image

Ramadhan BulanYang Terbaik..Doa dan Persembahkan Ibadah yang Terbaik

Image

Objektif Ramadhan Kareem

Image
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Marhaban Ya  Ramadhan Semoga Ramadhan kali ini lebih baik buat kita semua berbanding Ramadhan yang lalu. Mudah-mudahan kita semua  tidak akan terlepas peluang-peluang berinfaq dan wakafkan diri untuk mempersembahkan ibadah yang terbaik semata-mata harapkan Redha Allah dan  meraih anugerah  'TAQWA' di sisi-NYA.  Sabtu, 12  JUN 2015 Alhamdulillah, Allah izin ibu berpeluang ikut serta  majlis taaruf bersama wakil  wanita    tujuh NGO termasuk Perkim di Putra Palace, Kangar Perlis dianjurkan oleh wanita  'I' PERLIS. Syukur Allah beri peluang ibu menyaksikan sendiri perjalanan sejauhmana 'adil' dan prihatinnya peranan mereka yang diberi amanah oleh IM alami melayani kami sebagai anak didik mereka di Malaysia. Setelah menyaksikan sendiri barulah ibu faham kenapa masih terdengar rasa tidak selesa di kalangan mereka yang di'abai'kan peranan mereka sebagai Murabbi dan 'syuyukh' dalam IM di Malay...

Fahamilah Tujuan Hidup Sebenar

Image
Di dalam Al-Qur’an, Allah SWT mengisahkan doa para malaikat pemikul ‘Arsy dan para malaikat di sekitar ‘Arsy untuk orang-orang mukmin di bumi. Mereka berdoa, رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (7) رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (8) وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (9) “ Ya Rabb kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala! Ya Rabb kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa  mereka, isteri-isteri mereka, dan anak k...

Usrah Baitul Dakwah 2

Image
Murabbiku berpesan; "'Hari ini ada amal tetapi tiada hisab...hari esok (kiamat) adalah hari hisab, tiada lagi peluang beramal... Alangkah amannya dunia jika semua manusia yakin dengan adanya yaumul hisab..hari di mana segala amal dikira di padang Mahsyar... Dengan keimanan  kepada hari Akhirat, tiada manusia  yang berani  menindas dan menzalimi orang lain bahkan tersebarnya kasih sayang kerana  Allah seluas-luasnya. Justeru itu betapa pentingnya  kita semua  mengikut  ajaran ar Rasul. Apa yang Rasul ketahui dan kita tidak ketahui?  Sehingga  jika kita mengetahui apa yang Rasul ketahui kita akan sedikit tertawa  dan banyak menangis.... Sabda Rasulullah  SAW yang bermaksud; "Syurga dan neraka ditampakkan kepadaku, maka aku tidak melihat kebaikan dan keburukan  seperti hari ini. Seandainya kamu mengetahui apa yang  aku ketahui, kamu benar-benar akan sedikit tertawa  dan banyak menangis" Anas bin Malik r...

Hikmah Sempena UIang Tahun Isra' Mikraj

Image
Jumaat, 26 Rejab 1346 Hijrah, MATRI dikunjungi oleh bekas paderi  bernama  Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam  yang pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun. Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Sejak menganut Islam pada 4 September 1978,  beliau lebih mesra dipanggil Ustaz Ayub Abdul Rahman kini  berusia sekitar 60an..  Beliau  adalah tokoh yang  paling layak membandingkan  ajaran Kristian dan  Islam kerana amat mengetahui  isi dan selok belok kitab Injil  bahkan sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan ketokohannya ala 'Ahmad Deedat' alaf baru. Syukur, Allah selamatkannya kerana terdetik di hatinya  untuk menolong orang Islam masuk s...