Posts

INSPIRASI HIJRAH

Image
Menjelang  bulan Zul hijjah sepatutnya  diketengahkan  tentang isu  Haji atau Korban. Peliknya ibu memilih  topik hijrah. Hijrah  yang dimaksudkan adalah  hijrah  qalbu, Qalbu itu adalah jantung yang menjadi Raja kerajaan dalam badan kita. Istilah mudah ialah jantung hati atau  hati nurani. Raja ini akan menjadi sihat dan sejahtera apabila bermula dari iman yang mencintai ilmu makrifatulah. Awal agama adalah mengenal Allah. Ilmu yang memberi kefahaman dan kesedaran hasil jiwa yang tunduk mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT.   Hijrah ini perlu sentiasa berterusan dan tiada hentinya melawan  dan tundukkan hawa nafsu. Hanya Iman yang mampu menundukkan hawa nafsu agar sentiasa  mentauhidkan Allah SWT sepanjang masa, ketika dan di mana sahaja kita berada. Jika inginkan hidayah untuk insan tersayang, mohonlah kepada Allah kerana DIA pemilik jiwa dan segala yang ada di langit dan bumi.. Berikut adalah insan yang ter...

Permata Syurga

Image
Alhamdulillah, Allah izin dalam kepuasan berkarya  menyiapkan novel kanak-kanak  dengan bimbingan editor Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau  yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidangnya. Terselit jua rasa duka. Asyik kena betulkan sampai dua tiga kali dalam satu bab. Kadang-kadang terbuka luas  ruang  untuk meninggalkan medan itu. Memikirkan masa hadapan generasi pewaris...gagah-gagahkan   diri  untuk terus mendapat bimbingan hingga  selesai diterbitkan kelak. Insya Allah. Mohon doa  semua pihak. Novel ini mengisah Kembara Suci  seorang kanak-kanak lelaki berumur 12  tahun diuji dengan fitnah oleh guru disiplinnya... Bagaimana dirinya hadapi fitnah menjelang menghadapi peperiksaan UPSR Siapakah  yang  membantunya  agar dibersihkan  daripada  fitnah tersebut? Bagaimana akhirnya dia  amat  bahagia  kerana tidak membenci guru  yang memfitnahnya sebaliknya guru itu belajar darin...

Kebangkitan Islam! (An - Nahdhoh)

Image
3 Zulkaedah 1438 Hijrah Sejak minggu kedua Syawal kerja memerah otak, semoga Allah terimanya dan redho walaupun tidak sempurna. Subhanallah, bab memikirkan isi kandungan sesuai dengan jiwa kanak-kanak bukannya mudah ketika usia emas ini. Namun novel kanak-kanak yang tarbawi amat perlu diketengahkan kepada generasi baru agar mereka kelak lebih laju akan bangkit bersama Islam. Jumaat kelmarin, Allah izin sempat bersama seorang pensyarah UUM melawat Maahad Tahfiz Sains Darul Mutaqin di Changloon Kedah untuk memantau aktiviti di sana. Amat menarik, kuliah Dhuha dijalankan serentak dengan program Aulad. Memang perlu programkan aktiviti anak-anak membangunkan jiwa mereka agar mengenal Allah, barulah ada jaminan kebangkitan generasi baru akan lebih laju, berpaksikan aqidah tauhid. Jika Tauhid menjadi akar An Nahdhoh (kebangkitan) Islam, Insya Allah  hala tujunya akan sentiasa  betul dan tidak menyimpang  dari landasan  yang sebenarnya.. Insya Allah.Kita hanya merintis ja...

Mana Yang Utama?

Image
Rasa penuh agenda setiap hujung minggu berada di zon Selatan sepanjang Syawal tahun ini. Syukur dapat bersilaturahim dengan  family sekitar Shah Alam jika tiada sebarang program di Bangi. Allah izin Muhasabah diri sendiri agar terus fokus perbaiki diri untuk faham setiap périntah Allah dalam Qur'an. Syukur Allah pertemukan dengan team pencinta al-Qur'an mendalami bahasa Arab Al Qur'an. Semoga Al-Quran sentiasa menyentuh dan mengetuk qalbuku agar tidak lalai. Ibu banyak belajar dari suami agar tidak marah..sentiasa sabar..jangan komen apa-apa. Muncul bila mampu ketika diperlukan.. Lebih selamat DIAM dan fokus dengan kerjaya utama dalam  penulisan menyebarkan  قال الله    dan       قال رسول Serahkan kepada Allah aturkan  segala  aktiviti terbaik yang boleh ibu sumbangkan untuk ummah seluruhnya... Ketengahkan kisah-kisah  wanita  dalam Al Qur'an sebagai pembina peradaban. Apabila mendengar ceramah Ustaz Budi Ashari terjawab ...

Syaitan Menangis?

Image
Rabu, 1 Syawal, selepas  solat sunat hari Raya  kami tidak ke mana-mana sekadar menunggu  tetamu yang berhajat ziarah di rumah. Anak sulung  sudah membuat tempahan pelbagai juadah walaupun mereka beraya di rumah mertua. Alhamdulillah lega rasanya, menantu baru  dari Johor bawa lontong istimewa, ibu sekadar menyediakan lodeh dan sambal kacang sahaja untuk meraikan tetamu. Rupa-rupanya  lontong mendapat sambutan di hari Raya pertama  ini khususnya tetamu yang berasal dari Johor. Tahun depan, panjang umur kena tempah lebih.Insya Allah. Tahun ini lebih ramai tetamu  memanggil  'ibu' termasuklah  ahli keluarga  sebelah arwah isteri pertama  Ustaz. Panggilan  yang lebih selesa menurut mereka, kerana  janggal hendak memanggil 'Mak Su' (sebelah suami)  atau Mak Ngah (sebelah keluarga  arwah) , Maklumlah orang baru. Abi Mishary beraya bersama mertuanya di Dungun Terengganu manakala Abi Fateh di Tanjung Malim. Hanya ...

Sambut Aidil Fitri Dengan Jiwa Rabbani

Image
Kesan  tarbiyah Ramadhan sewajarnya melahirkan insan Rabbani.. Amat tersentuh jiwa apabila di hujung Ramadhan Allah menegur  melalui artikel  seorang  pakar Hadis dari seberang ...Subhanallah, Alhamdulillah..Allahu Akbar. Terima kasih ya Allah kerana  menyelamatkan kami dari terjebak dalam budaya merestui 'riba' yang menguasai ekonomi dunia kini.... Beikut  adalah khutbah  yang wajar  dibaca dari qalbu yang terdalam, menjelaskan punca  kenapa  amat payah umat Islam kembalikan zaman kegemilangan kerana  masih terjerat  dalam budaya 'riba' tersembunyi di sebalik  sistem keewangan Islam yang didakwa oleh kebanyakan perbankan Islam  kini. Wallahu 'alam الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد الله أكبر جل ثناؤه، الله أكبر عظم شأنه، الله أكبر علا ذكره، الله أكبر الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله، وكفى بالله شهيدا. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا ...

Pentingnya Doa Memohon Keampunan

Image
Semoga  kita semua  beroleh  keberkatan  Lailatul Qadr 1. Perbetulkan niat  untuk  cari redha Allah 2. Perbaiki  cara  berdoa  untuk  ikut  sunnah Rasulullah SAW Contohnya  Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam  ketika berbuka membaca, ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan  Insya Allah”   (HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan) Nabi Muhammad  shallallahu ‘alaihi wa sallam – sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau  radhiyallahu ‘anha  berkata,  “Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?”  Beliau menjawab,  “Katakanlah: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ  تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى "Ya Allah sesungguhnya E...