Posts

Antum Pewaris Syurga Firdaus?

Image
Selepas perkongsian  tajuk 'Seronoknya Menjadi Remaja' untuk putera puteri Matri tingkatan 1, pihak urusetia mohon ibu pertimbangkan untuk memenuhi kekosongan ahli panel   forum bertajuk 'Hebat Bersama Al-Qur'an'  Lihat tajuk sahaja  sudah kecut perut sebab itu bukan bidang ibu. Ibu  sarankan urusetia hubungi dua orang ustazah yang memang pakar dalam bidang Al-Qur'an di Matri.  "tak apa kak, umum sahaja pengalaman  harapan seorang ibu yang berharap agar anak-anaknya  sentiasa hebat bersama Al-Qur'an" Pujuk urusetia tersebut. Ibu minta pandangan suami terlebih dahulu, kerana beliaulah guru Al-Qur'an ibu setiap hari. "Cakap sahaja pengalaman dan harapan seorang ibu" katanya.  Hanya satu hari nak prepare memang tak sempat. Ibu  bertekad hendak ulang sahaja kandungan yang disampaikan dalam slot 'Seronoknya Menjadi Remaja' kerana pendengarnya  adalah semua pelajar Matri termasuk  pelajar Khassah. Ada kaitan rapat dengan ...

Hadiah Terbaik Allah Aturkan

Image
Perjalanan ke Bangi bersama anak menantu dan cucu sangat ibu rindukan selama ini. Hadiah istimewa apabila cucu bernama Maher sendirian menghibur kami berulang-ulang kali bersyahadah dan menyebut senikata 'Sayang Allah dan sayang Nabi.' Terhibur sangat mendengarnya. Tok Wan ulas "bahasanya baku" tak pelat langsung menepati sebutan dalam lagu asal Omar & Hana. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suaranya. Apabila ditanya  apa kunci syurga, secepat kilat dia dan abangnya berebut bersyahadah. Paling kelakar bila kakinya sakit setelah melompat-lompat, lalu mengadu sakit... selamba sahaja sebut, ada jual tongkat budak kecik tak? ha ha ha, kelakarnya cucu tok ibu ni. Pengalaman indah ini sangat banyak membantu ibu memurnikan lagi Rancangan Universiti Mutiara Syurga dan akan mulakan gerak gempurnya apabila telah sampai masa Allah  aturkan dengan satu team yang memang sudah terlatih dalam bidang ini sekian lama di utara. Insya Allah. Sebaik sahaja selesai ikuti TO...

Penjelasan Tentang Al-Aqsa

Image
Sebak mendengar lagu ini oleh anak Almarhum Ustaz Asri...Di pondok kecil  Palestine  adalah tanah wakaf umat Islam ~ Saidina Umar Al Khattab   

Mati Hidup Kembali?

Image
Segala puji-pujian hanya milik Allah yang mengaturkan agenda-Nya memberi peluang untuk kita sama-sama meningkatkan kualiti ubudiyyah dan perhambaan kita hanya sanya kepada-Nya. Sesungguhnya kebahagiaan sejati bukanlah kerana kita dapat melancong mengelilingi negara-negara  yang indah di  dunia  yang fana ini, namun bahagia  yang hakiki apabila  kita dapat istiqomah terus berada di dalam rombongan  para sahabat mengumpul  bekalan sebelum meneruskan perjalanan menuju ke destinasi abadi. Apakah persiapan itu?  Persiapan itu adalah iman dan ukhuwwah yang sentiasa ditingkatkan melalui usrah muntijah (produktif dan dinamik) untuk  menempah 'syahid' di medan amal. Semoga impian untuk  syahid itu menjadi lesen atau tiket yang akan mempermudahkan perjalanan roh kita yang masih panjang walaupun kelak jasad sudah menjadi tanah. Mudah-mudahan Insya Allah   roh  kita dipilih untuk  melancong  mengelilingi  syurga-Nya...

Hadiah Maulidur Rasul Sallallahu alaihi wassalam

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb sekelian alam... Selawat dan salam buat Rasul junjungan...Renungi Firman Allah; Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar." Rindu sungguh ingin menghirup udara berkahnya tanah suci Madinah Al-Munawarah dan Makkah al Mukaramah. Semoga rindu yang ada nilainya di sisi Allah kerana Murabbi ibu sering berpesan agar kita usahakan memiliki sifat  'ithar' dan ihsan, inilah maksima ukhu...

Best Friend Forever Fillah ~ BF3 untill Jannah

Image
Ketika mana diamanahkan buat penyampaian bertajuk " Ukhuwwah" untuk tamrin Puteri Matri yang sudah selesai peperiksaan akhir tahun, kami berbincang memilih tajuk yang sesuai dengan jiwa remaja. Terjumpalah  tajuk BF3 yang bermaksud  Best Friend Forever Fillah. Kami cuba guna kaedah terbaru yang kami belajar dari murabbi ketika daurah murabiyyah. Menangi hati remaja dengan menggunakan istilah yang mereka suka. Suda berusia separuh abad, sukar juga  hendak turunkan level memahami jiwa remaja bawah 16 tahun. Terpaksalah imbas atau 'flash back' ketika  ibu berumur 16 tahun ,  39 tahun yang lalu. Ketika  tingkatan 4 di sekolah Menengah Teknik Melaka, ibu sudah mula berjinak-jinak dengan usrah di surau asrama puteri, warden memang kaki usrah.... Latar belakang ibu, asalnya  ke  sekolah  beruniform 'skirt' ...dapat hijrah memakai baju kurung. Hijrah  yang membawa  ketenangan. Alhamdulillah...Allah yang pilih. Lebih beruntung  puter...

Pesan Yang Berbekas

Image
Cukuplah redha Allah tujuan hidup kita.... orang utara kata "biaq pi" dengan gosip-gosip dan umpatan itu nanti di akhirat ada bungkusan istimewa menanti..., mengandungi  pahala mereka diberikan semua kepada kita. jom!!! terus bersangka baik kepada Allah Salah satu tulisan yang sangat menyentuh jiwa ditulis oleh Syeikh Muhammad Sayyid Tantawy, Imam Besar Masjid Al-Azhar, Mesir ‎كُلُّنَا  اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita ‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita ‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita ‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian ‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ ي...