Posts

Hakikat Pengorbanan Sebenarnya

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.  Segala puji-pujian hanya milik Allah yang masih memberi kita peluang muhasabah diri  untuk perbaiki kualiti iman, kualiti ibadah hanya kepada-Nya. Syukur Allah kurniakan taufik-Nya, ibu dapat istirehat daripada memikirkan urusan dunia  yang merimaskan. Selawat dan salam khusus buat Rasul junjungan, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabien, para salafus soleh, ulama-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada-NYA. Alhamdulillah dengan izin Allah memang  banyak perkongsian bahagia yang ingin ibu rakamkan  dalam blog ini. Banyak program online  yang ibu ikuti dan tugas baharu sepenuh masa  di rumah menyebabkan ibu agak sibuk dan tidak berkesempatan  untuk menaip dalam blog ini seperti biasa. Setiap kali hendak mula menaip, apabila  dipanggil terus tergendala dan terhenti serta merta. Rindu hendak merakamkan peristiwa indah, tetapi rut...

Jangan Khianati Dirimu

Image
بسم الله الرحمن الرحيم قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا  Maksudnya;   "Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya" Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanya milik Allah yang telah mengurniakan kepada  kita semua nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam khusus  buat Rasul junjungan SAW serta  generasi Al Qur'an  yang unik yang sentiasa menjadi contoh unggul untuk diikuti oleh umat baginda hingga akhir zaman.Syukur Alhamdulillah kami dikelilingi oleh mereka  yang sentiasa  diproses ...

Makan ini selama 7 hari Badan akan jauh lebih sehat | dr ZaiduL Akbar

Image

Wajib Makan Ikut Iman Bukan Ikut Nafsu

Image
 الحمدلله  والصلاة  والسلام على رسولالله  وعلى  اله  وصحبه  ومن  اتبع  هداه  Alhamdulillah, segala puji-pujian  hanya   milik  Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Selawat dan salam ditujukan khas  untuk junjungan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga dan para sahabat baginda.  Dalam meniti usia senja dan menanti giliran kembali ke Rahmatullah, syukur Alhamdulillah Allah izin dan ilhamkan ibu merasai untuk  cuba menghayati cara makan Rasulullah dan para sahabat  yang  sentiasa 'clean' tidak mengotorkan usus yang menjadi punca menjemput banyak penyakit kini. khususnya penyakit  3 serangkai melibatkan kerosakan  jantung, buah pinggang dan  banyak lagi organ  dalam tubuh kita. Kini  ibu sedang menyesuaikan diri memilih makanan yang tidak bergoreng, tidak minum air bergula, kurang atau tidak makan nasi.  Ibu melatih diri  ha...

Anugerah Istimewa Syawal 1441 Hijrah

Image
بسم الله الرحمن الرحيم إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَجَٰهَدُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ ٱللَّهِ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan RAHMAT Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah di atas nikmat Iman dan Islam  yang dikurniakan kepada kita. Semoga Allah tetapkan jiwa ini sentiasa istiqomah  di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.  Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan SAW, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta  jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada-NYA hingga hari Kiamat.      Alhamdulillah, masuk 2 syawal ramai umat Islam berpuasa  6 hari berturut-turut. Suami juga mengajak ibu mulakannya pada 2 Syawal. Hari ini dalam sej...