Posts

Hakikat Cinta

Image
Dengan nama Allah   Yang Maha Pemurah   Lagi Maha Penyayang  Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya ibu berkesempatan menaip untuk menyimpan kenangan sebagai bekalan kepada semua  anak cucu apabila ibu telah kembali ke Rahmatullah kelak. Mutakhir ini memang ada rasa sebak di media sosial kerana  ada  asatizah  tertentu mengaibkan asatizah lain yang belum terbukti maksiat yang dilakukannya. Allahu Akbar sedangkan asatizah berani sangat mendedahkan aib saudara seiman, saudara  seperjuangan berdakwah menegakkan Deen Allah, apalah yang dapat diharapkan dengan golongan rakyat biasa?  Pesta   'makan daging' saudara sendiri dimulakan  oleh golongan asatizah!!! Nauzubillahi min zalik Gossip, mengumpat atau membawang sudah menjadi darah daging masyarakat dan amat sukar dibenteras jika golongan asatizah menunjukkan contoh seburuk itu. Biasanya jika ada sesuatu kemusykilan, ibu akan lua...

5 Cabaran Sentiasa Menanti

Image
Hari Ahad, 12 September  sebelum Subuh,  Allah izin terlintas dalam fikiran hendak masukkan input 5 cabaran untuk menjawab persoalan bahagiakah umat Islam yang dizalimi khususnya di Palestine, Kashmir dan Uygur. Ibu terlupa siapakah ulamak yang mengemukakan cabaran tersebut. Cepat-cepat ibu merujuk suami yang setahu ibu memang selalu terdengar dalam ceramahnya tentang peringatan itu. Suami minta ibu rujuk buku Dr Fathy Yakan, 'Cabaran Dalam Dakwah' kalau tidak silap. Bagi ibu semuanya Allah aturkan untuk bersihkan nama ibu setelah sekian lama difitnah. Memang tidak dinafikan masih ada orang Islam yang dengki dengan perjuangan suci ini. Bagi ibu, cukuplah suami dan anak kandung ibu dan sahibah yang memahami merestui dan mendoakan ibu dalam jihad ini. Berhati-hatilah dengan 5 cabaran berikut:  1. Orang Islam yang dengki dan membencimu  2. Orang Munafiq yang memusuhimu  3. Orang Kafir yang memerangimu  4. Hawa nafsu yang mengongkongmu  5. Syaitan yang ...

WANITA & KELUARGA | Mengejar Bahagia

Image

Hazamin Fadhli Rabbi

Image
Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah, Hazamin Fadhli Rabbi, Allah izin ramai yang terkesan secara positif mendengar input bicara santai ibu khusus untuk anak-anak muda. Ibu terharu ada guru Matri berterus terang semasa post mortem "ana ulang dengar input teacher ibu 4 kali, rugi siapa yang tak dengar...". Seorang bekas ibu tunggal menyapa "biasanya lisan yang di'backup' dengan pengalaman memang mudah terkesan di hati" Boss kami membuat kesimpulan keseluruhan "Alhamdulillah program ini memang berjaya sangat-sangat, Alhamdulillah terima kasih kepada semua team pelaksana. Mudah-mudahan program seperti ini menjadi contoh kepada program yang lain, bukan sekadar adakan program semata-mata tetapi kita hendak membina ummah, perlukan follow up".  Ibu bersyukur anak muda yang menjadi team pelaksana semuanya sangat positif, tak pernah membantah idea ibu. Kesan tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, "Sami'na wa atho'na...

WANITA & KELUARGA | Emosi Wanita dalam Institusi Kekeluargaan di Era Pan...

Image
Alhamdulillah, bahagia rasanya dapat melihat perkembangan dan kebangkitan anak muda sama-sama berganding bahu mendidik ummah. pegawai psikologi ini ibu baharu taaruf tak sampai setahun, tapi ibu amat terharu kerendahan hatinya ingin belajar dan belajar lagi.. Tak sangka dia panggil 'ibu' dalam perbualan dan wassap walaupun semasa Program membina keluarga Samara dia panggil 'teacher ibu'. subhanallahi wabihamdi subhanallah al azim Benarlah takdir Allah sentiasa 8ndah dan tidak pernah salah...

Membina Keluarga SAMARA

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah yang telah mempermudahkan team pelaksana keluarga SAMARA menjayakan program hari ini. Ujian sedikit, lap top ibu asyik terputus wi fi dan slot terakhir naik angin ke kepala menyebabkan agak panik sedikit semasa membuat rumusan. Daripada borang penilaian, ramai yang minta program seperti ini dilanjutkan lagi dengan 'Bahasa Cinta' Sudah nak masuk umur 60 tahun, rasa macam tak sesuai dengan ibu. Ibu cadangkan Cikgu Azmi dibantu oleh ustazah Fatimah Syarha. Berkat doa team, sahabat dan sahibah, Alhamdulillah perjalanan program lancar. amal jamaie yang membahagiakan kami ibarat satu family. Alhamdulillah. Banyak perkara teknikal dapat ibu belajar dari anak muda. Alhamdulillah

“Kami masih dalam proses Membina Bahagia'

Image
Booklet  Samara ini  telah ibu siapkan  bersama anak menantu pada tahun 2011 menjelang pernikahan mereka   pada  tahun2012.   Setelah baitul dakwah kami diuji dengan  poligami dan perceraian, ibu terus terlupa tentangnya. Setelah beberapa kali bermesyuarat dan terpilihnyatajuk ini baharu ibu teringat tentang bookletini dan minta anak menantu cari kembali sumbernya dari e mel Kenali Keluarga SAMARA           Dalam apa jua ujian dan tekanan yang kita hadapi di Era pendemik Covid-19, sebenarnya kehidupan ini sungguh indah jika diniatkan untuk beribadah, dipandu dengan ilmu dan dibina dengan cinta .  Firman Allah SWT yang bermaksud,   “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Surah Az-Zariyat: 56)         Cara ahli keluarga mendidik diri dan ahli keluarga, mengolah lintasan hati, mencorakkan pemikiran dan bertindak untuk tu...