Pelancaran Novel Islami & Tarbawi Untuk Ummah

DEDIKASI




Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Alhamdulillah, hanya dengan izin, penyusunan  dan pertolongan Allah SWT sahaja, novel tarbawi ini dapat dilancarkan dan  dapat dimanfaatkan dalam proses untuk membina  generasi muda berakhlak mulia, semulia akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.  

Selawat dan salam buat murabbi agung, Rasulullah SAW, kaum keluarga, para sahabat, tabiien, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar  serta jiwa-jiwa yang ikhlas hingga akhir zaman.

 ‘Jazakumullahu khairan kathira’ ditujukan khusus  kepada  suami yang sangat penyabar menemani serta lima anak menantu  dan 13  cucu yang amat ibu harapkan doa kalian. Alhamdulillah ahli keluarga kurniaan dan anugerah  Allah yang  sentiasa husnul zhon (bersangka  baik) masih lagi  dalam proses untuk mengenali, memahami, memotivasi bahkan  menjadi  sumber inspirasi  kepada ibu beroleh ketenangan dan terus  dapat menulis tanpa mengenal erti  jemu. Semoga  usaha ini menjadi amal jariah kita sekeluarga hingga  hari Kiamat.   

Terima kasih  tidak terhingga diucapkan kepada Puan Azmah Nordin, matan penulis dan editor ternama dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang  sudi membimbing  ibu hingga lahir  novel sulung ini. Syukur, Allah mempertemukan kita  melalui Ummu Anas dalam group Visi Sastera  Haluan. Tanpa didikan dan bantuanmu, tidak mungkin novel ini dapat  diterbitkan. La hau la wala  quwata Illa billah.

Juga penghargaan setinggi-tingginya buat anaknda  Nurul Atiqah bte Mohd Azmi, ilustrator dan penyusun kata novel yang menarik sekali. Jazakullahu khairan jaza juga kepada  semua ahli Kumpulan Visi Sastera Haluan, warga Tunjung (Matri, Srati, Tadika Ummu Aiman dan Taska Ummu Salamah), adik beradik ibu dan  ALP  serta warga  SmarTop Subur Fitrah Pre  School..Jazakumullahu khairan katihra  di atas keperihatinan, sokongan moral  bahkan doa yang tulus ikhlas mengiringi jihad pena ini yang akan berterusan  hingga akhir hayat. Insya Allah. 

Semoga  segala urusan kita  sentiasa  dipermudahkan dan dalam keredhaan Allah selamanya. Aamiin. 
          
Sekian, Wassalam
Salam hormat daripada
Teacher  Ibu

Tunjung, Perlis. 
12 Rabiul Awal 1438 Hijrah


Berikut  adalah  wakil-wakil yang boleh  dihubungi untuk menempah novel kanak-kanak ikut  zon masing-masing

1. Johor

a. Pn Sofiyah :  019-4745861 

b. SmarTop Subur Fitrah Integrated  Pre School
    Hubungi  No  hp : 019-2156457 ( juga  wakil Selangor dan Wilayah Persekutuan)

b. Pn Anim 012 - 751 7964 

c. Pn Asnah 019-7774046

2. Perlis

Pn Sariffah  :  01120764385  /  019-4103158


3. Perak 

a. Thohirah : 019- 560 7075
b. Dhaniar   : 012-5170384

Insya Allah akan up date  lagi nanti.






Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil