Cucu-Cucu Hero mulai minat membaca. Alhamdulillah
Alhamdulillahi Robbil Alamin. Terkesima seketika mendengar anak sulung bercerita anak 'Hero'nya yang keempat yang baru berusia 9 tahun mulai minat membaca. Tiap-tiap malam sebelum tidur baca satu bab novel IDM, hampir separuh novel sudah dibacanya. Maklumlah ada gambar pemain bola sepak sedang solat berjemaah di padang.
Anak ketiga pulang ke Tunjung, kami dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang selepas mengambil novel yang telah ditempah dari pencetak. Alahai kasihannya, tidak menang tangan mereka hendak 'binding'. Ya Allah permudahkanlah segala urusan mereka.
Permintaan yang menempah semakin bertambah, semoga mereka sabar menanti giliran mendapatnya. Semua nak kejar dalam cuti sekolah agar anak-anak dapat fokus menghayati cerita yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan sebagai seorang hamba dan pengabdi yang taat kepada Allah SWT.
Perlis, Pulau Pinang , Kedah dan Perak paling rancak membuat tempahan serentak dengan program JDK, berusaha menjana dana tabung aktiviti. Moga Allah permudahkan segala urusan ingin memenangkan Deen-Nya. Insya Allah. Ibu akui memang letih memikirkan operasi pemasarannya. Mujurlah ada sahibah satu keluarga bantu uruskan tempahan dan pengedarannya. Semuanya Allah sudah aturkan yang terbaik di sisi-Nya.
Jika kita bekerja dengan niat untuk memenangkan Deen Allah, Insya Allah pasti Allah permudahkan perjalanan menuju kemenangan di sisi-NYA.
Sebaik sahaja mendapat hadiah IDM, cucu Hero juga berusia 9 tahun dari KL juga sudah mulai minat membaca. Tok ibu intai sebentar tadi, nampak dia sudah mulai membelek Novel IDM seperti tidak sabar hendak mula membacanya. Alhamdulillah, bahagia sungguh kelihatan Wanm cucu-cucunya rajin membaca. Sebak rasa hati, mesej dakwah sedang berjalan...
Kepada para ibu dan ayah yang dirahmati Allah, ingin ibu ingatkan jangan terlalu cepat meletak label "Hmm mana budak-budak ni nak bacanya! budak lelaki ingat nak main aje". Fikirlah secara positif. Usaha semaksimanya untuk jadikan budaya membaca sebagai aktiviti yang menghibur jiwanya. Salah satu caranya adalah melalui membaca novel tarbawi. Pentingnya naiawaitu, lintasan di fikiran dan hati kita itu boleh jadi doa. Doa dari jiwa yang negatif dan penuh prasangka akan membantutkan potensi yang terpendam dalam jiwa mereka.Sebaliknya doa dari jiwa yang bersih dan sentiasa nampak kelebihan anak-anak, maka potensi yang terpendam itu akan terserlah sedikit demi sedikit.
Ibu teringat kenakalan salah seorang anak abang yang pernah ibu didik sejak darjah 2 sekitar tahun 1990a memang terkenal dengan nakal dan terjal bukan main, sampai guru-guru kaunselor sekolahnya tingkatan 5 sudah tak larat nak melayan kenakalannya yang kuat melawan, tidur di dalam kelas jika guru tidak serasi dengan jiwanya, selalu cabut balik asrama waktu belajar.
Suatu hari ibu siapkan buku motivasi ringkas tidak sampai 28 halaman. Segaja masukkan dalam begnya sebelum hantar balik masuk asrama. Subhanallah, sebelum balik asrama dia sudah habis baca dari kulit ke kulit. Memuji lagi " bagus buku ni, saya suka baca...." Inilah bukti, kena kreatif mencari peluang dan ruang agar mereka minat membaca. Hari ini anak itu sudah jadi motivator 'ternama' dah... semoga menjadi kisah yang menginspirasi semua ibu bapa, sentiasa fikir positif tentang bakat terpendam dalam jiwa anak..usah dikuburkan dengan cara lama "asyik nak marah"...
Suatu hari ibu siapkan buku motivasi ringkas tidak sampai 28 halaman. Segaja masukkan dalam begnya sebelum hantar balik masuk asrama. Subhanallah, sebelum balik asrama dia sudah habis baca dari kulit ke kulit. Memuji lagi " bagus buku ni, saya suka baca...." Inilah bukti, kena kreatif mencari peluang dan ruang agar mereka minat membaca. Hari ini anak itu sudah jadi motivator 'ternama' dah... semoga menjadi kisah yang menginspirasi semua ibu bapa, sentiasa fikir positif tentang bakat terpendam dalam jiwa anak..usah dikuburkan dengan cara lama "asyik nak marah"...
Berikut adalah sedutan Bab 4:
“Tugas khalifah
Allah adalah memimpin diri, keluarga dan ummah mengikut apa yang Allah
kehendaki.” Ayah berusaha memahamkan Maher.
Terdetik dalam
qalbu Maher bukankah Cikgu Elias juga seperti orang cerdik pandai tetapi kenapa dia tergamak memfitnah Maher yang masih perlukan
bimbingannya? “Cikgu Elias tidak layak
menjadi khalifah” getus qalbu Maher, marah.
Ayah meneruskan
ceritanya hingga Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. “Ooo Kota
A Famosa itulah bukti Melaka ditawan…betul tak ayah?” Tanya Maher, “Ya,” jawab ayah, sejak itulah Melaka menjadi pintu masuk kuasa Eropah menjajah
seluruh Asia Tenggara. Selepas Portugis,
Belanda pula yang menawan Melaka.Tetapi sayangnya pada zaman Belanda, hampir
semua bangunan bersejarah telah dimusnahkan termasuklah istana-istana.
“Kenapa ayah?” Tanya Maher inginkan kepastian dari
ayahnya. “Belanda mengebom, memusnahkan semua istana dan madrasah untuk menyembunyikan fakta bahawa Islam telah mengemilangkan Melaka di mata dunia.”
Ayah menjawab soalan Maher dengan serius. Maher semakin teruja hingga melopong
mulutnya mendengar nasib sedih yang
menimpa Melaka. Sesedih itu juga
perasaan Maher apabila kertas jawapan Tengku Faizal yang telah renyuk itu
dijadikan bom oleh Cikgu Elias untuk memusnahkan kegemilangan Maher di SRAIR.
“Kenapa Portugis dan Belanda hendak menjajah Melaka ayah?” Maher bertanya untuk mendapat
kepastian.
“Dalam Al-Qur’an sudah ada jawapan yang lengkap. Nanti
Maher rujuk Qur’an surah Al-Baqarah ayat 120 dan surah AlMaidah ayat 82. Memang
orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berhenti memusuhi Islam,” Maher buka Ipad
ayah membaca maksud ayat tersebut.
“Maher lihat apa yang terjadi kepada umar Islam di Gaza, Rohingya, Syria sekarang
ditindas oleh musuh-musuh
Islam. Begitulah yang pernah terjadi di Melaka suatu
ketika dahulu,” kata ayah membangkitkan semangat Maher agar sentiasa berjuang melawan kebatilan walaupun
ditindas.
“Ooo patutlah Israel sekarang mengalami kebakaran
teruk sebab pernah menzalimi umat Islam di Palestine” sahut Maher yang pernah
melihat kebakaran yang berlaku pada 24 November 2017 melalui You tube.
Comments
Post a Comment