Sentuhan Kasih Jiwa Anak Kita
Melihat tajuk di buku sahaja sudah terasa indahnya isi kandungan buku yang baru kami terima melalui Pos Laju. Mendapat diskaun 50% dari harga asal yang harganya kadang menjangkau hingga RM100 (berkulit tebal). Pesan kepada kakak minta tolong beli dua naskah, satu untuk rujukan guru-guru di Tadika dan Taska, satu lagi simpan untuk anak yang akan balik dari Tanah Suci. Sebelum itu, rupa-rupanya ada kenalan telah tolong belikan dua naskah dan dipos laju. Satu untuk anak menantu serumah dan satu lagi untuk kegunaan buat persiapan untuk ceramah di salah sebuah SMK di Kedah yang minta ibu berikan input kepada ibu bapa. Tajuk ini sungguh menyentuh perasaan. 'Sentuhan Kasih Jiwa Anak Kita' menggunakan kaedah Rasulullah SAW dipermudahkan oleh Dr Muhammad Muhammad Badri, penulis buku dengan 10 teknik 'HUMAN TOUCH.' Membaca buku setebal 896 halaman terasa bagaikan menghadapi peperiksaan. Inilah hakikat hidup yang sebenarnya, sentiasa diuji sejauhmana keikhlasan kita mengabdikan diri hanya kepada Allah. Hakikat inilah yang perlu disampaikan kepada semua ibu bapa.
Alhamdulillah, sahibah karib yang menemani sepanjang slot penyampaian, merespon dengan amat positif. "Alhamdulillah, bukan hendak memuji tetapi sememangnya penyampaian tadi bagus sangat sesuai bagi mereka yang baru berazam untuk berubah perbaiki cara mendidik anak. Penyampaian tadi tenang, santai, lancar dan mudah difahami"
Syukur Alhamdulillah, memang ibu mohon Allah aturkan yang terbaik kerana diri sendiri memang tidak mampu hendak buat sebaik yang Allah aturkan. Subhanallah. Ketika sarapan tadi, suami berpesan "buatlah penyampaian yang terbaik, jangan laju, perlahan-lahan ikut kemampuan dan akal pendengar yang ada di hadapan." Berkat doa suami dan anak yang berada di Tanah Suci, Allah lancarkan dengan sebaik-baiknya agar mesej '10 Human Touch' sampai kepada semua ibu bapa yang amat sayang kepada anak-anaknya.
Kaedah marah-marah, leteran, ugutan, sindiran dan mengaibkan anak-anak memang sudah tidak relevan langsung sekarang. Kita perlu kembali kepada teknik Rasulullah SAW menggunakan sentuhan cinta dan kasih sayang. Jika marah sekalipun, Rasulullah hanya diam, tidaklah terjerit-jerit me'neraka'kan rumah tangga. Jika anak terjerit-jerit, memang wajar sebab ibu bapa telah silap tunjukkan contoh. Kenapa tidak? Isteri terjerit-jerit marah suami, bagaimana nak bawa anak-anak mencium bau syurga?
Ibu bapa adalah guru pertama bagi anak-anak dan rumah tangga adalah sekolah pertama bagi anak-anak. Banyak kali ibu ulang-ulang .
Pengerusi majlis mengulas di akhir sesi penyampaian "sentuhan rasa yang memang patut diamalkan menjadikan anak-anak semakin dekat Allah dan dengan kita selaku ibu bapa yang patut dihormati. Di awal usia remaja kebanyakan mereka mulai ingin menjauhi ibu bapa. Jika tidak gunakan teknik sentuhan kasih sayang, mereka sanggup memusuhi ibu bapa, kerana ibu bapa tidak memahami perasaan mereka. Memang payah nak peluk dan cium anak-anak yang sudah besar ni...," akuinya. Segalanya perlu dibiasakan sejak kecil.
La hau lawa quwwata illah billah

Comments
Post a Comment