Kaunseling Rabbani Akan Muncul Januari 2017~ Insya Allah

Alhamdulillah, peluang  bermusafir bersama anak menantu dari Perlis  ke KL kemudian  bersilaturahim  dengan anak kandung yang akan membawa  jemaah menunaikan umrah. Allah permudahkan pertemuan di sebuah homestay  di mana  tuannya amat  humble (bekas  pegawai Imigresen ) yang baru bersara . Homestay yang berhampiran dengan KLIA, memudahkan ibu memasak seperti selalu. Dalam perjalanan menuju home stay seorang  wanita menelefon mohon dikaunseling  agar  dapat keluar dari perangkap yang  menyukarkan kehidupannya. Sedang membaca 'waze' mrmudahkan destinasi kami, amat sukar membantunya ketika itu. Sempat dia meluahkan tekanan yang dialaminya. Sudah ramai saya ustaz dan kaunselor  saya jumpa, namun gangguan itu masih lagi ada....
Dalam keadaan tidak selesa, ibu cuma dapat berpesan, nanti  selepas jam 5 hubungi saya lagi, tetapi sebelum itu  puan usahalah memohon ampun kepada Allah. Berdoa mohon kepada Allah tunjukkan jalan keluar "Ya  Allah  apalah dosa-dosa  saya yang menyebabkan saya diuji begini..." Ulang-ulang nanti puan akan mendapat jawapannya.

Ketika  kami solat, bertubi-tubi  bunyi telefon menerpa. Namun selepas selesai  solat terus senyap. Ibu bersangka baik, mungkin wanita itu sudah menemui  jalan keluarnya..

Dalam perjalanan pulang ke Kangar, puas rasa dapat  bersama menantu dan cucu-cucu. Hero  bernama Maher, sungguh teruji  jika  dia  'marah' ingin  mendapatkan umminya sedang  memandu. Fitrah sucinya  terserlah jika kita melayannya dengan penuh cinta  dan kasih sayang. Dakapan dan pujukan lembut diiringi  doa mencairkan segala kekerasan yang perlu bimbingan kita untuk melembutkannya.
"Ya Allah sabarkan Maher...Ya Allah sabarkan Maher" Ibu pujuknya, Umi perlu memandu akan cepat sampai  rumah tok mi, grand pa. Maher  kena......" Alhmadulillah dalam resah gelisahnya  dia jawab Sabar dengan suara yang tegas sambil menonton video kegemarannya belajar  Alif  ba ta...hingga terlena dalam dakapan tok ibu.  

Tiba-tiba mendapat whatsapp daripada  ilustrator  cover  buku  Kaunseling Rabbani  sudah hampir siap. Alhamdulillah, memang dia telah siapkan tepat pada masa diperlukan. Ibu perlu segera  ber'uzlah' untuk mengedit pengisiannya yang  sudah menanti diedit  sejak  awal tahun 2016 lagi. Apabila  cover  sudah siap, semakin terinspirasi  untuk segera menyiapkannya dan target akan diterbitkan paling lewat  15 Januari  2017. Ya  Allah permudahkanlah..ya Allah permudahkanlah... Aamiin.


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil