Alhamdulillah, Promosi IDM Semakin Rancak
Benarlah janji Allah dalam surah Muhammad dengan firman-Nya;
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Semoga semuanya untuk ummah. Insya Allah, mudah-mudahan sedikit sebanyak novel ini memberi inspirasi akan terbentuk generasi Rabbani..Aamiin
Setakat ini, ada ibu-ibu yang sudah membacanya terinspirasi;
"kalau Maher sekecil itu boleh, mengapa tidak aku yang sudah berusia ini...."
Maknanya novel ini bukan hanya untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk kaum ibu belajar bagaimana ibu bapa dan guru-guru Maher berusaha semaksimanya mendidik Maher ceria dengan ujian yang dihadapinya kerana Allah.
Berikut adalah sedutan dari bab 1
Bab 1 : Kita Dari Syurgakah?
“Cikgu, saya
mohon... tolonglah...” rayu Maher seperti nyawanya berada di hujung tanduk.
Cikgu
Elias tidak menjawab. Sebaliknya, mata guru disiplin Sekolah Rendah Agama
Ibn Rusyd (SRAIR) kelihatan
seperti ingin menelan Maher. Guru disiplin itu memandang Maher yang berdiri berhampiran dengan Puan Mariyah, guru besar sekolah SRAIR
seperti memandang banduan yang
telah dijatuhkan hukuman. Kemudian guru disiplin itu memandang kertas
peperiksaan percubaan tahun 6 yang menjadi punca Maher dipanggil ke bilik guru besar
sekarang.
`Aduh!
Belum terbukti aku bersalah,
aku sudah terlebih dahulu
dihukum,’ Maher merintih. Teringat dia akan kisah Nabi Yusuf yang difitnah dan dipenjara walaupun sudah
terbukti beliau tidak bersalah. Sungguh tenang Nabi Yusuf hadapi fitnah itu,
sepatutnya begitulah Maher. Namun Maher
mengakui jiwanya tidak sekukuh jiwa Nabi Yusuf.
`Ibu...
ayah... tolong Maherrr...’ Maher menjerit
dalam hati sanubarinya. Dengan tidak semena-mena, Maher tersendu
keharuan dan pilu...
Comments
Post a Comment